SEKADAR RENUNGAN BERSAMA~

Bila kita hidup untuk diri kita, kita akan rasa hidup ini sgt singkat dan hanya mengikut aliran kehidupan manusia.
Bermula dari kelahiran kita ke peringkat seterusnya dan di akhiri dgn kematian.
Tapi, bila kita hidup untuk Allah, kita akan merasa hidup ini penuh dgn tanggungjawab terhadap Allah, diri dan orang lain.
Amal kebajikan perlu dikumpulkan.
Tanggungjawab perlu dilaksanakan.
Setiap nafas tak mahu dibazirkan.
Semuanya diambil sebagai bekalan.
Kerana manusia ini milik Allah
Tetapi, hanya dipinjamkan kpd ibu bapa
Dan setiap yg dipinjam pasti akan dipulangkan
Begitu juga manusia
Manusia akan dipulangkan semula melalui proses yg dipanggil KEMATIAN
Namun bagaimana sucinya bila dipinjam
Allah juga mahu kita dipulangkan dlm keadaan suci berbekalkan iman dan taqwa
Jadi, marilah kita bersiap sedia menghadapi...
MATI YANG PASTI
BALASAN DI KUBUR YANG MENANTI
DAN AKHIRAT YANG DIJANJI

~Peringatan buat diriku yang sering lupa......~

0 comments: