we're NOT perfect

Bismillah

Salam 3laikum
Sallou 3la annabi s.a.w

Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab yg bertimbun
Saya sedar yang ada antara tanggungjawab kita yg mungkin tercicir


Bermuhasabahlah andai sesuatu yg tidak ingini berlaku
Tapi, Allah ingin mengajar kita
Kerana kita tidak sempurna
Kerana kita makhluk lemah dan terbatas
Tapi diberi kemampuan yg bnyk

Wallahu a3lam..

(mending myself mode)



China dan Candu

Salam 3laikum...

Balik-balik tentang Cina..
Macam tiada isu lain yg nak ditimbulkn
(Tapi sy suka menulis tentang perkra yg saya baca
Mngkin satu hari nanti, saya boleh rujuk semula perkara yg saya tulis esp bila saya lupa)


Cumanya, kali ini bukan lagi berkisar ttg Rahsia Islam di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar
Tapi kali ni diambil dari buku Formula Bisnes Negara China (juga oleh Ann Wan Seng)
Walaupun tajuknya mengenai bisnes, tapi pengajarannya boleh diambil dari sudut Dakwah n Tarbiyah
(Awalnya, tertarik nak baca buku ni

Sebab dari kecik, suka nak meniaga
Walaupun barang yg dijual cukup cikai)

------------------------------------------------
China pernah mengalami zaman Kegemilangan yg memuncak di zaman pemerintahan Ming
Dan China juga pernah mengalami Zaman Kejatuhan yang dahsyat di zaman pemerintahan Dinasti Manchu 100 tahun lalu yang menyebabkan kuasa-kuasa besar membhgikan negara China sesama mereka

Tragedi duka ini bermula apabila Barat mula menemui jalan ke Timur walaupun ia menjadikan perdagangan melalui laut semakin rancak
Ini disebabkan oleh pedagang Barat menggunakan candu sbg bahan dagangan
Kesannya, Barat mendapat untung yg lumayan
China mendapat kerugian besar
Kerana candu melemahkan ekonomi negara dan menyebabkan rakyat kurang aktif
Barat menggunakan kuasa candu utk menguasai China dan meracuni penduduk
Ditambah lagi dgn kelemahan pentadbiran membuatkan China lebih mudah dikuasai

Walaupun pemerintah berusaha utk menghapuskan perdagangan candu namun, semua usaha tidak berjaya
Malah, menyebabkan campur kuasa politik Barat dalam urusan pentadbiran China
China juga terpaksa membahagikan tanah mereka kepada Barat disbbkn tekanan ketenteraan dan membayar hutang
Rakyat China juga bangkit menentang pemerintahan Manchu dan pemerintah menunggu masa utk digulingkn

Dr Sun Yat Sen, seorg doktor berpendidikn Barat mengetuai revolusi menamatkn dinasti Manchu yg diberi nama Parti Kuomintang (berpusat di Pulau Pinang). Mereka berjaya menamatkn sistem monarki Manchu, namun mereka gagal utk mengembalikan keamanan politik dan kemakmuran ekonomi China disbbkn kerosakan yg terlalu teruk.


Pihak komunis mengalahkan puak Kuomintang dalam perang saudara selama 10 tahun. Walaupun pihak komunis berjaya mengembalikn keamanan, tetapi motivasi rakyat China utk memajukn diri mati kerana mrk menggunakan konsep sama rata. 
Mereka yg bekerja kuat tidak akn kaya krn harta mrk utk negara dan dikongsikan dgn org lain. Bukan itu sahaja, perdagangan dan kegiatan ekonomi kapitalis tidak dibnrkn. China menjadi ngra yg ketinggalan di bawah pemerintahan selama 4 dekad.


Tahun 1978, dunia China mula berubah di bawah pimpinan Deng Xioping. Beliau membuat pembaharuan dlm bidang politik mengikut arus zaman dan berusaha memecahkn tembok yg memisahkn mrk dgn ngra lain. Beliau juga berjaya menggiatkn bidang kajian atas kesedaran tidak mahu terlalu bergantung pada pihak luar dan perkembangan sains dan teknologi dalam masa kurang 1 dekad
China juga mula mengambil Barat sebagai contoh dalam memajukan negara selepas melihat Jepun menjadi lebih maju dgn menggunakan cara yg sama walaupun mereka sangat mengekalkan nilai-nilai dan adat-adat mereka.

Apa yg lebih mengejutkan, China menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang sgt pantas iaitu melebihi 10 peratus. Ini dianggap luar biasa krn kadar itu dicapai ketika ekonomi Asia mengalami kemelesetan. Bahkan, ngra China sama sekali tidak terjejas seolah-olah tidak ada perkara buruk yg berlaku.

Dan kini, pelabur berlumba-lumba utk memasarkn produk mrk di China. Mngkin dulu lambakan produk yg tertulis Made in China berada di pasaran. Tapi, skrg lambakan produk Made For China.

Dgn situasi skrg di mana China telah mendahului Jepun sebagai Ekonomi Kedua Terbesar selepas Amerika dua bulan lalu (tak caya cuba baca ni (klik), China bakal mendahului Amerika dalam beberapa dekad lagi mungkin. 


--------------------------------------------------

Banyak isu yg boleh ditimbulkn melalui jatuh bangun China dari negara yg hebat kepada negara yg sakit dan kemudian kembali menjadi negara yg kuat

Antaranya ialah....

Isu candu seperti hiburan yg menusuk jiwa org Islam.. 
Kefahaman dan perpaduan rakyat utk bangkit menentang kebatilan.. 
Mencontohi orang lain dalam perkara kebaikan (biarpun lain agama) tanpa mengubah nilai Islam yg sebenar.. 
Perlunya seseorang yg memulakan perubahan..
-----------------------------------
Satu lagi fakta menarik..

Menurut sumber yg boleh dipercayai, China tidak pernah menandatangani perjanjian yg melibatkan penindasan Palestin. 
Jadi, apa yg akan berlaku jika China mendahului Amerika?
Allah membantu kebangkitan Islam melalui pelbagai cara. Contohnya, melalui kemenangan pihak yg menyebelahi Islam. Tapi, apa peranan kita?
Adakah hanya menunggu kemenangan itu? Atau menunggu keajaiban yang akan berlaku?


Wallahu a3lam.. 

Moga Allah golongkan dalam golongan mereka yg membantu Islam.. Amin
Cuba mencari kekuatan dalam kepayahan
Walaupun aku tahu ianya sukar
Tapi, aku tahu Allah ada bersama aku
Dan aku tahu kekuatan itu akan lemah 
Jika Allah tiada di hatiku...


Irbed