i.d.e.a.l

Salam maal hijrah
Hari ni bukak buku nota
Tulis apa hijrah
Buat muhasabah
(Tetiap hari kena muhasabah senanye..)


Seorang Muslim..
Kalau nak buat sesuatu
Dia nak pastikan sempurna
Dan kalau boleh dia nak ambil semua kebaikan yang ada
Tapi, keinginan ni hanya timbul bila seseorang ada ilmu ttg itu..


Contohnya,
Kalau seseorang tu dapat jawatan, seperti BADAR
Dia hanya akan betul-betul laksanakan tanggungjawab tu kalau dia betul-betul tahu apa yg dia kena buat dan dia rasa zouq dgn tugas tu
Dan nak rasa zouq  dan penuh tanggungjawab tu perlukan ilmu juga
Baru boleh buat perkara yg boleh katakan ideal dr segi teknikal dan kejiwaan (x tau apa perkataan yg sesuai utk kejiwaan ni)

Teringat kenangan di Syria berjumpa dgn rmi budak-budak yang hafaz alQuran di masjid. Mereka berpakaian biasa-biasa je. Lepas habis sekolah, pg masjid utk tasmi3. MasyaAllah, desire mrk hebat! 

Bercerita ttg ideal..
Tiba-tiba, saya teringat waktu program tahfiz Az-Zikr
Kami membentangkan tentang permasalahan, cara-cara dalam menghafaz (dan lain-lain lagi)
Kumpulan saya membentangkan ttg cara-cara organize masa utk Al-Quran ketika musim persekolahan
Sungguh, jawapan saya sungguh ideal. Terlalu ideal bg saya! (bg org yg hebat, mngkin ni x cukup ideal lagi)
"Sebelum pergi jamiah, hafaz satu mukasurat. Dalam bas nak ke jamiah, boleh tilawah bbrp page atau mengulang ayat yg baru hafaz pg tadi. Di jamiah, sambil menunggu doktor masuk, boleh mengulang lagi. Lepas maghrib, boleh mengulang setengah juzu yg dah hafal sblm ni. Sblm tidur, baca dulu ayat yg nak hafaz esok, tgk-tgk makna. Lepas tu, pasang alQuran sblm tidur"



Kemudian, ada senior yg dah habis hafal satu alQuran yg mmg pastinya sgt banyak asam garam yang beliau dah rasa, "Konfirm ke dapat buat semua ni?"


Saya pun menjawab, "InsyaAllah, kalau susun masa boleh. Memang boleh. Kena disiplinlah"


Ketika tu, rasa pelik. Kenapa tak boleh? Cuma kena mujahadah sikit-sikit. Korban masa tidur pagi kalau suka tidur pagi. Korban masa main-main internet sikit-sikit.


Tapi, saya dah berada di alam realiti sekarang. Terasa apa yang dicakapkan terlalu ideal bagi seorang yang study medik, terlalu banyak exam (boleh kata tiap-tiap minggu), sibuk dgn bnda-bnda lain, kena uruskan hal-hal rumah. Kadang-kadang pulak jatuh, berhari pulak tu.


Tapi, nak kata..
Al-Quran tu Allah yang rezekikan kepada manusia
Even orang yang cacat mental pon boleh dapat alQuran
(tak caya cuba klik sini -tapi, video ni dalam bhsa arab)
Lagilah Allah boleh sahaja menghilangkan Al-Quran walaupun sekejap dari orang yang terkenal dgn kehebatan hafazannya
Sungguh, Al-Quran itu Dia yang menjaganya

Tapi.. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui
Dia tahu kesungguhan kita utk dapatkan sesuatu kebaikan (tak kiralah apapun)
Dia juga tahu kemampuan kita 
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik" Ar-Rum (30:69)


Bila terdengar ayat ni..
Allah mengingatkan saya dgn satu perkara yg baru juga saya fahami walaupun dah lama tahu
(faham dan tahu itu berlainan)
Di dunia ni, Allah akan tapis mereka yang diberi peluang kebaikan,
Di antara yg diberi peluang, Allah akan tapis mrk yg mengambil peluang kebaikan
mrk, Allah akan tapis, mrk yg bersungguh-sungguh.
Dan golongan yg bersungguh nilah yang Allah akan bantu mrk dan tambahkan keimanan mrk
Di mana-mana, akan sentiasa ada filtration Allah

Sungguh!
Terasa luas sungguh nikmat Allah
Banyak peluang yg Dia bagi pada kita semua
Islam, Al-Quran, Medik, Dentist, Bumi Anbiyaa, DnT dan mcm2 lagi
Tapi adakah kita bersungguh utknya?
Hayya bina nu'min saa3ah


Allah, rezekikan kami AlQuranMu dari segala sudut kehidupan kami


Kesempurnaan itu hanya milik Dia
Kata-kata ini hanya utk dikongsi
Semoga dgn menulis menjadi peringatan yang lebih tajam utk si penulis


Mode : Teringat ummi, abah dan lain2 kat umah..Teringat Nabihah, Nu'man, Na'imah, Nabhan.. nak sangat mereka rasa seronok hafaz Al-Quran.. Teringat juga Nu'aim yg tgh berjuang SPM..Teringat juga buku Microbiology yang baru je tgk index utk second exam.. Allah yusahhil umuurana

Wallahu a3lam


 

2 comments:



Raihana Nazri said...

Huhu..
Mujahadah istiqomah
Nak sebut senang, nak buat?

Semoga Allah kuatkan kita~

p/s:nadh,mrkah patho dah kuar smlm.cne?

iqapika said...

wooo.. post yg sgt menarek..
like, like, like!!!1