Hanya padaMU

Salam 3laikum.. Salam Maulud Nabi
Sallou 3la annabiyy..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Ini sahaja yg mampu saya ucapkan setelah beberapa hari berlalu penuh dgn macam-macam dugaan
Bermula dgn malam sebelum bertolak ke bumi tarbiyyah sana
Hingga ke hari ini

Tapi, masalah tak akan selesai
Setiap hari ada perkara yg mendatang
Dari perkara yg kurasa ringan hingga perkara yg berat sgt
Dan setiap hari pasti ada perkara yg perlu dibaiki
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara

Memang terasa hidup bertuhan
Sentiasa mendidik hati ini adalah tarbiyah drNya
Mungkin kalau orang yg tiada Tuhan sbg motivasi
Entahnya, mungkin bunuh diri
Ish, teruk sgt tu
Takpun, mood swing sepanjang bulan 

Saya teringat walaupun dah beberapa hari FZTH berakhir
Tapi, saya merasai kesannya, pengajarannya, zouqnya

Saidina Umar berkata kepada sahabatnya: "Impikanlah"

lalu seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
lalu seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin"

lalu Saidia Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
 
Bila diingat kembali kata-kata di atas
Terasa terbakar semangat DnT
Terasa perlu berlari lebih laju
Melompat lebih tinggi
Untuk diri kita dan untuk orang lain

Sekalipun, DnT menunjukkan saya betapa banyaknya perkara yg perlu diubah
Tapi, DnT juga mengajar saya utk menjadi rijal
Rijal yg sesuai dgn Generasi Y
Rijal yg tetap dgn pendirian
Rijal yg sentiasa mengembalikan segalanya kpd Allah
Kun Rajulan, Nadhirah!

Walaupun kadang-kadang rasa tak termampu
Tapi, sekarang saya sedar
Saya ada Harun
Juga Abu Bakar
Yang sentiasa cuba mengingatkan
Atau sudi menarik tgn saya saat saya di belakang

Jazakumullah
Moga berjumpa di Jannah!

Wahai Rasulullah, akan aku cuba menyelusuri jalan yg telah dilaluimu bersama mereka-mereka yg menegakkan kalimah Allah!

Wallahu a3lam
[Jika harapan diletakkan kepadaNya, kita akan redha dgn apa yg berlaku.. Tapi, jika harapan diletakkan kepada manusia, boleh jadi kita akan kecewa. Aku perlukanMu ya Allah]

0 comments: