kerdil

Bismillah..

Hari ni aku rasa lebih tenang sedikit. Tak tahu kenapa. Syukur, alhamdulillah. Ketenangan itu Allah yg beri. Hadiah dari Allah lagi-lagi bila sebenarnya banyak benda yang kena buat, banyak benda yg tak betul tak kisahlah diri sendiri yg tak betul ke, kerja tak betul ke.. huhu

Dan hari ini aku terketuk dengan sharing dalam website muharikah.com yg tajuknya Maaf. Ana malu (haaa.. cepat cari). Bukannya terketuk dgn perihal BM dalam cerita tu tetapi terketuk dgn sifat daie yg ada pada ukhti dalam cerita tersebut. Macam lama dah tak dengar cerita macam ni.

Sebenarnya, aku terketuk semula entah buat kali ke berapa.

Hmm.. Memang Allah akan sentiasa ingatkan dan ingatkan kita dengan teguran. 

Memang kadang-kadang bila kita dengar tentang macam mana pengorbanan ukhti A, akhi B atas jalan dakwah dan tarbiyah demi Allah ni, membuatkan kita rasa sangatlah kerdil. Rasa apalah sangat pengorbanan yang kita dah buat. Rasa macam betul ke aku ni cukup serius utk jadi tentera Allah dalam tegakkan Islam ni. Rasa macam kat manalah letaknya diri ni di sisi Allah.  


Alahai.. kecilnya jiwa ni kalau rasa dah cukup dgn apa yg kita dah buat. 
Jangan bagi diri rasa dalam comfort zone. Takut-takut jiwa bertambah kecil dan semakin kecil. 

"Kalau kita biarkan pemikiran kita dalam horizon yg kecil, kecillah jiwa kita. Kalau kita cuba utk lihat perkara besar, kita akan lihat usaha kita perlu digandakan" quoted

Hmm.... Pengorbanan. Atau dgn kata lain, mujahadah kerana Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang memberikan kehidupan kepada kamu. dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
 Al-Anfaal:24

Nak menyahut, nak menyambut itu perlukan mujahadah. Tapi, kita akan merasai itulah yg memberi kita kehidupan. Hati yang hidup. Jiwa yang segar. Iman yg subur. Amal yang ikhlas. 

Berat.

Tapi, Dia sahaja yg berkuasa mengubah hati manusia. Dia berkuasa membuka dan menutup hijab dari hati manusia.

Mohon padanya agar dikurniakan kekuatan iman. Dikurniakan keikhlasan yang akhirnya membuahkan keimanan atas keimanan..

Inilah hakikat. Mujahadah itu sakit. Tapi, hasilnya, membahagiakan org yg pemujahadah. 

Wallahu a3lam.

with NAMZ, WNSWR
ar-Rantisi,
Syurhabil, Wara' Safeway
Irbed   

 
 

 

0 comments: