Pantas!

Bismillah~

Sempena 2 sistem yg dah habis belajar iaitu Respiratory System (RS) dan Hematolymphatic System (HLS) + 1 lg yg tgh belajar, Cardiovascular system (CVS), saya ada entri khas utk mereka :P

Saya tersedar yg saya ni suka mengaplikasi lepas mengetahui sesuatu bila belajar sistem ni..
Cthnya,
::Time HLS 2 bulan lepas, saya insist nak cek darah kat Markaz Sihi lepas belajar ttg penyakit darah disbbkan lethargic esp dalam kelas.. Resultnya.. Alhamdulillah, NORMAL! 
::Bila dah belajar RS, saya sedar yg kena treat rhinitis saya yg menyebabkan tidur pun tak lena --> lethargic.. Lepas tu, mulalah ambil anti-histamine yg kurang sedative effect, Loratadine
::Bila dah belajar CVS, Dr cakap kena makan something yg ada Omega-3 spy HDL dalam badan kita bertambah and then reduce kita pnye LDL, pd hari yg sama sy terus beli.. 
(lepas tu, promote kat org lain promosi 2 botol Omega 3 dgn 11JD - harga asal 1 botol ialah 11JD)


Huhu..


Ko-en yg perasan dgn fi'il saya cakap,
"Nad selalu mcm ni kan.. Lepas belajar, terus nak beli, nk cek semua"


Nihayah pula bertambah ngeri
"Ngeri tgk awak punya laci penuh dgn ubat"



Tapi.. saya perasan satu perkara


Bila dinisbahkan dgn Dakwah dan Tarbiyah (DnT - matlamat utk Allah)..
Adakah kita akan melakukan perkara yg sama?
Bila kita dah dapat something, adakah kita terus buat? Tak dapat buat pun, kita try tak utk buat?

Dan utk menjadikan diri kita tertolak berbuat sesuatu
Kita perlukan kefahaman
Dalam kes di atas, saya mmg jenis org yg faham kepentingan kesihatan, macam mana nak buat, kesan-kesan. Jadi, segala apa yg ke arah sihat, saya akan cuba utk buat.
Tapi, bagaimana pula dgn DnT?
Kalau kita betul-betul faham ttg DnT, kita akan cuba ke arah itu juga
(Oh! Kagum dgn mereka yg berubah 180 degree. MasyaAllah)


Tapi, hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...

Memang akan ada obstaclenya..


Jajan bnyk dijual kat kedai, kawan-kawan suka masak makanan sedap+berlemak, selalu malas nak exercise, dan external+internal factors lain...


Sama jugak dgn DnT..


Karat jahiliyah masih ada, ujian hiburan, exam, study, rasa inferior, malas, down sbb bnyk sgt bnda tak buat, kawan yg tak supportive, menjaga diri tak menjadi fitnah utk DnT, kisah-kisah lama
Semua ni adlh cabaran utk mereka yg berada di atas jalan ini..


Ia mmg satu kepayahan...
Tapi kepayahan ini yg membentuk kekuatan
Kalau kita positive dgn ujian ni



Teringat kata-kata seorang kakak (dgn sedikit gubahan)..
"Kalau kita obses dgn sesuatu perkara, kita mmg akan buat sesuatu ke arah bnda tu, dan boleh jd kita tak memandang bnda lain dah"
(Betul x?)

Jadi paksikan apa yg kita buat kerana Allah
Ber'DnT' kerana Allah
Bukan kerana org lain, bukan ikut-ikutan, bukan nak glamour, tp utk UA, utk mardhatillah
Semoga istiqamah
Dan selamat bertaqwa
Kerana istiqamah itu natijah taqwa



setiap bait-bait yg kutulis
seperti menumbuk-numbuk diriku
mari bermujahadah!

KK,irbed,DQ,Jordan
with NIZS n NKRU

29:69
Wallahu a3lam
 

r.e.v.o.l.u.s.i

Bismillah~

Jalan Dakwah dan Tarbiyah mengajar kita utk bergerak ke arah kesempurnaan
Kesempurnaan dari segala aspek (dapat rasa kan?)
Kalau dulu... 
Kita dari golongan jahiliyah (tidak mengetahui) yg tak tahu Islam sebenar macam mana.. 
Yg tahu rukun iman, islam, material PQS, PSI dan Pend Islam je..
Sekarang...
Kte dah masuk dalam golongan ma'rifah (org yg mengetahui) apa Islam yg sbnrnya.. InsyaAllah
Dah faham matlamat hidup, kena buang jahiliyah, kewajipan sampaikan kat org lain, marhalah itu, peringkat ini, rukun itu..
Tapi...
Takkan selamanya dalam keadaan ma'rifah tanpa berinjak ke muharrikah (org yg bergerak utk Islam)?
Kena apply apa yg kita dapat dari jalan ni... 

Jahiliyah --> Ma'rifah --> Muharrikah
 
Ulang suara dgn lebih jelas:
Kalau dulu kita dari fasa jahiliyah ke fasa ma'rifah
Sekarang kita bergerak dari fasa ma'rifah ke fasa muharrikah tanpa meninggalkan sayonara jahiliyah dan menambahkan ma3rifah
 
Kalau dulu orang tanya,
"Apa turning point awak utk berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah?"
Sekarang kita tanya diri kita,
"Macam mana aku nak menyumbang di jalan ini dan menjadi muharrikah bkn hny ma'rifah?"
 
 
 
Habis tu, nak buat macam mana?

Sebenarnya, kita perlukan revolusi!
Kita taknak jadi kepala-kepala hanya menyimpan bahan-bahan yg kita dapat
Atau kita taknak juga jadi tin-tin kosong yg berdegar-degar berkata itu dan ini tntg Islam tp tiada pengamalan
Dan kita juga tak mahu perjuangan Rasulullah terhenti di tgn kita


Apa stepnya?
Permulaan yg baik
Hammasah (semangat) yg tinggi
Permulaan yg baik
Dgn kata lain, NIAT. Buat betul-betul KERANA Allah, bukan BERSAMA Allah. (Rujuk 17:22, beza ma3a Allah dan lillah)
Lain tau!
Cthnya, kte ber'blog' sbb nak buat diari, tp tulislah jugak pasal Islam
Yg sepatutnya, objektif kita nak sampaikan Islam dgn berblog

Hammasah yg tinggi 
Hammasah atau semangat perlu tinggi dan dibekalkan dgn 3 titik kekuatan..


Ingat tak apa titik kekuatan umat Islam?

1) Iman - hubungan kita dgn Allah, melihat dr neraca Allah
2) Fizikal - planning yg sistematik utk menjd Muslim yg hebat, aktif
3) Ukhuwah - sayang menyayangi, menasihati, tak biarkan 'berjalan berseorangan'

Jom kuatkan diri krn dakwah ini nafasnya panjang! 

Kita ditakdirkan berada di atas jalan ini bukan utk disia-siakan
Tapi utk menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah
Kita bukanlah kaki yg berjalan berseorangan
Tapi kita adalah kaki-kaki yg berlari ke arah satu tujuan
Semoga terus thabat~~


Allah lebih mengetahui
Menyahut cabaran ukhti A
Ta3rif/Takween/Tanfiz?
Himmah Aliyah itu penting!

IRBID
12.52 p.m
Sabtu

rindu saat itu

Bismillah..
Sallou 3la annabiyy

Semalam sebelum mata aku tertutup
Tiba-tiba ada keinginan utk dgr lagu Opick (Rapuh)

Mendengarkan lagu tu membuatkan aku tiba-tiba teringt perasaan yg pernah aku alami
Yg mana malam tu aku cukup rindukan perasaan tu
Imbauan yg sayu...



Bila dgr lagu tu...
Hati aku berbicara mcm ni..


Kalau kita asyik fikir nak ikut nafsu
Kite takkan dapat rasa nikmatnya mujahadah
Kita takkan dapat rasa sakitnya menahan nafsu
Kita takkan rasa hebatnya kekuatan yg Dia bg kat kita
Kita takkan rasa kesepian yg membuatkan kita mencari Dia kembali
Kita takkan rasa diri kite kerdil dihadapan Dia
Kita takkan rasa indahnya saat-saat menangis memohon cintaNya


Sungguh! 
Ia nilai yg sungguh mahal yg hanya diketahui oleh org-org yg pernah merasainya


Dan aku pasti ramai yg merindui saat dirinya paling dekatdgn Tuhannya
Boleh jadi ia saat paling sakit tapi bahagia
Boleh jadi ia saat paling tenang dan bahagia


Dan aku tahu setiap org ada kisahnya
Benar! Manusia itu rapuh!
Tapi, harapan dan takut itu mesti ada padaNya

 


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

*Rasa lebih sesuai penggunaan aku utk entri ni.. huhu
*Keep praying for those in Japan (saat ini mereka perlukan tempat pergantungan. MOga Allah memberi hidayah kpd mrk bhw Dialah sebaik-baiknya)
*Ada teman baru, Rantisi utk en. htc saya, bilal utk en. phillips saya.. ^__^
 
Wallahu a3lam 

Teman baru

Bismillah
Sallou 3la annabiyy

"Kita kena sentiasa bawak kaca mata tarbiyyah kat mana-mana sahaja kita pergi"

"Kalau Islam ni utk solat atau ibadah, hanya 5minit x 5 kali je kita Islam, masa yg selebihnya kita tak Islam? Sebab tu kita kena Islam dalam seluruh kehidupan seharian kita. Sebab most hidup seharian kita bukan dgn bersolat pun"


*Kredits utk mereka yg sentiasa mengingatkan saya*

Maaf kalian, saya masih lagi banyak bnda yg kena ubah. Berubah ni takkan berhenti selagi hidup kan? 
Berubah kepada yg lbh baik
Berubah utk Istiqamah
Berubah utk mengamalkan fikrah
Takpe, saya akan cuba.

Zinnirah, cik half-frame, saya akan bawak awak kemana je saya pergi.
Mus3b, en Vaio cool, saya akan gunakan awak utk kebaikan, InsyaAllah.
^__^

Wallahu a3lam

Mereka..

Salam 3laikoom
Entri ini berbaur kecintaan 

Ummi saya..
Kalau saya tak mendengarkan suara saya lebih dari dua hari
Ummi saya dah cukup risau
Abah pun sama..
Bila dah lama sikit
Abah suruh orang cari saya di Irbid
Sdgkan saya di bumi lain
Nasib baik tak kecoh satu Irbid je 
'Err.. takutlah plak tetibe ada kat dalam YahooGroup PERMAI.. ahakzz'
(Sowi ummi, abah, salah bgtau tarikh pulang..huhuhu)

Hari tu...
Saya telefon ummi
Seperti biasa tanya setiap perkembangan adik-adik
Ummi pun bgtau saya

Nu'aim
"Masa dia rajin, selalu jugak kemas-kemas rumah.. Selalu jugak dia tolong-tolong"

Nabihah 
"Hari tu dia ada call ummi utk ingtkan kunci pintu belakang. Dia mmg caring sikit"


Nu'man
"Nu'man pg tusyen utk semua subjek. Kalau tak pergi, tak belajarlah dia"


Na'imah 
" Imah ada request kat ummi utk baca alQuran dalam group anak usrah Ummi"

Nabhan
"Nabhan nak masuk skolah Na'imah nnti.. sebab tak kena duduk asrama"


Mereka di zaman muda dahulu

Duduk di luar negara berjauhan dgn mereka membuatkan saya sedar kepentingan doa..
Berdoa utk kebaikan mereka
Berdoa utk kejayaan mereka
Berdoa utk keredhaanNya ke atas mereka
Dan yg paling penting, berdoa supaya kami bertemu di syurga nnti (ayat ni Nabihah dah hafal! ^__^)
Nabihah pernah suarakan, "Kalau akak nak tengok-tengokkan kitorg, kenapa akk belajar oversea? Patutnya akak belajar kat Malaysia and duduk rumah je"

Huhu..
Tak semudah tu, Bihah
I learnt a lot being in here

Wait for me this june k...
InsyaAllah

(Tak terlupa, ucapan tahniah utk kecua-dua makcik dan pakcikku yg baru berkahwin and pakcikku yg bakal berkahwin diz wiik.. T__T)

Wallahua3lam


Are we a part of them?

Bismillah
Assalam 3laikum
Sallou 3la annabiy

"Dan ketika utusan Kami (para malaikat) dtg kpd Ibrahim dgn membawa khabar gembira, mrk mengatakan, "Sungguh, kami akan membinasakan penduduk kota (Sodom) ini krn penddknya sungguh org-org yg zalim. Ibrahim berkata, "Sesungguhnya di kota itu ada Lut." Mereka berkata, "Kami lbh mengetahui siapa yg ada di kota itu. Kami pasti akn menyelamatkan dia dan pengikutnya kecuali isterinya. Dia termasuk org-org yg tertinggal." 
Al-Ankabuut:31-32

Teringat ketika kami mentadabbur ayat ini ketika stranded di Cairo Airport atas sebab kebangkitan yg berlaku. Kami menisbahkan kerisauan Nabi Ibrahim terhadap Lut dgn Muslimin yg berada di Mesir pada waktu itu. Risaukan keselamatan mereka, risau dgn apa yg bakal terjadi dan apa nasib mereka selepas itu. Sewajarnya, seorg Muslim itu mesti mendalami jiwa Muslim-Muslim yg lain biarpun berlainan nama keluarga, bangsa, tapi kita tetap satu agama.
Tapi, sejarah yg baru tercatat dah buktikan yg mereka memperoleh kemenangan pertama; kroni jahiliyah turun takhta dan kemenangan juga bg mereka yg syahid. Biarpun masa depan mereka masih lagi tidak diketahui tapi mereka berjaya memperoleh apa yg mrk perjuangkan.

Counter strike sebenar sdg berlaku di dunia realiti. Bertempur biarlah di alam realiti bukanlah di alam maya

Itu mereka. Tapi kita?

Pada saat terjadinya rusuhan, mungkinkah kita hanya melafazkan kelegaan kerana di tempat kita tidak terjadi sedimikian?
Atau mungkin tidak mengambil tahu langsung tentang mereka?
Atau hanya sekadar meng'update' berita terkini kerana takut ketinggalan isu semasa?

Moga kita tidak tergolong dalam kategori di atas. 
Benarlah. Tidak sama mrk yg memperjuangkan Islam sebelum Islam bangkit dan slps Islam bangkit. Pastinya keutamaan di sisiNya terletak pada mrk yg perjuangkan Islam sebelum kebangkitan krn susah payah mrk memalingkn diri dr perkara jahiliyah yg disogok oleh org kafir, memekatkan diri dgn Islam, berjuang dgn harta, nyawa demi keredhaan Allah.
Tapi kemenangan itu bukanlah perkara yg paling utama. Perkara yg lebih besar ialah pengampunanNya dan syurgaNya. (Surah As-Saaf:10-13)
Barangkali, inilah motivasi terbaik kerana jika kemenangan shj yg diburu, mungkin boleh mengundang frust disbbkn perjuangan yg bertrusan tidak menampakkan hasil. Tapi jika redhaNya yg dicari, itulah yg akn berterusan walaupun kita mati sblm hasilnya kelihatan.

Selepas Tunisia, Mesir bangkit.. Kemudian Yaman, Jordan, Bahrain, Libya (walaupun ada antaranya yg hanya memulakan bibit-bibit). Dan pasti, ia tidak terhenti setakat ini dan pastinya akan radiate ke tempat lain. Mereka semakin sedar bhw ketidakadilan dan penindasan berlaku ketika berada di bawah pemimpin yg jahil Islamnya. Barangkali, inilah siri-siri ygmembawa kpd kebangkitan Islam. 

Adakah kita hanya berdiam diri dan menunggu sehingga semua negara Islam bangkit?
Mungkin tidak terlambat utk bersama-sama mrk. Tapi, dr segi masa, ianya sedikit terlambat.
(perkaitan dlm sejarah nabi - tentang perbezaan mrk yg masuk Islam sebelum hijrah dan selepas hijrah serta sebelum dan selepas Fathul Mekah)

Dan, mesti diingat, bukan hanya org Islam yg mengatur strategi utk menegakkan kalimah Allah, tapi mrk yg menentang juga mengatur strategi.

Persoalannya, apakah tindakan kita utk menjadi sebhgian drpd mereka yg sdg berjihad?
Islah nafsak, wad3u ghayrak
Ubahlah diri, dan serulah yg lain
Mari kita 'core'kan diri bersama!
Dan mari kita doakan mereka yg sdg berjihad
Smoga kita menjadi a part of them.

 "Jihad zaman dahulu ialah menentang kufur tapi jihad sekarang ialah bukan sahaja menentang kufur tapi menentang Islam yg kelabu asap"
 
Wallahu a3lam

Hanya padaMU

Salam 3laikum.. Salam Maulud Nabi
Sallou 3la annabiyy..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Ini sahaja yg mampu saya ucapkan setelah beberapa hari berlalu penuh dgn macam-macam dugaan
Bermula dgn malam sebelum bertolak ke bumi tarbiyyah sana
Hingga ke hari ini

Tapi, masalah tak akan selesai
Setiap hari ada perkara yg mendatang
Dari perkara yg kurasa ringan hingga perkara yg berat sgt
Dan setiap hari pasti ada perkara yg perlu dibaiki
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara

Memang terasa hidup bertuhan
Sentiasa mendidik hati ini adalah tarbiyah drNya
Mungkin kalau orang yg tiada Tuhan sbg motivasi
Entahnya, mungkin bunuh diri
Ish, teruk sgt tu
Takpun, mood swing sepanjang bulan 

Saya teringat walaupun dah beberapa hari FZTH berakhir
Tapi, saya merasai kesannya, pengajarannya, zouqnya

Saidina Umar berkata kepada sahabatnya: "Impikanlah"

lalu seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
lalu seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin"

lalu Saidia Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
 
Bila diingat kembali kata-kata di atas
Terasa terbakar semangat DnT
Terasa perlu berlari lebih laju
Melompat lebih tinggi
Untuk diri kita dan untuk orang lain

Sekalipun, DnT menunjukkan saya betapa banyaknya perkara yg perlu diubah
Tapi, DnT juga mengajar saya utk menjadi rijal
Rijal yg sesuai dgn Generasi Y
Rijal yg tetap dgn pendirian
Rijal yg sentiasa mengembalikan segalanya kpd Allah
Kun Rajulan, Nadhirah!

Walaupun kadang-kadang rasa tak termampu
Tapi, sekarang saya sedar
Saya ada Harun
Juga Abu Bakar
Yang sentiasa cuba mengingatkan
Atau sudi menarik tgn saya saat saya di belakang

Jazakumullah
Moga berjumpa di Jannah!

Wahai Rasulullah, akan aku cuba menyelusuri jalan yg telah dilaluimu bersama mereka-mereka yg menegakkan kalimah Allah!

Wallahu a3lam
[Jika harapan diletakkan kepadaNya, kita akan redha dgn apa yg berlaku.. Tapi, jika harapan diletakkan kepada manusia, boleh jadi kita akan kecewa. Aku perlukanMu ya Allah]