masih ada lagikah bipolar..??

Bismillah
Sallou 3la annabiyy

Buat duah-duah sekalian,

Pernah satu ketika kita merasai kosong
Dan ketika itu sama ada kita tiada apa-apa tugasan
Atau sudah penat dan ingin berehat sebentar dari tugasan kita
Kemudian, kita melalui satu fasa yg membuatkan kita tenggelam keasyikan dalam kerehatan kita
Tenggelam dengan nikmat dunia yang sekejap

Dan setelah sekian lama kita melayani kekosongan kita atau kepenatan kita
Momentum kita utk kembali bekerja untuk Allah telah kurang
Kapasiti makin menurun
Produktiviti apatah lagi


Dan pada saat inilah..
Kita mula memikirkan perkara-perkara kecil atau remeh
Dan kurang alert dengan perkara-perkara besar yang saangat penting yang sepatutnya menjadi tumpuan kita sampai mati
Masalah-masalah hati semakin menimbun
Mudah terasa hati..
Bertelagah mengenai benda yang remeh..


Tahu kenapa begitu?

Jom kita selusuri kisah ini..

Selepas perang Badar berlalu, umat Islam ketika itu masih lagi tidak dapat melupakan keindahan memori tersebut. Mana tidaknya. 313 vs 1000. Namun, kekeliruan berlaku. Mereka mula menimbulkan soal siapa yang lebih kuat. Muhajirinlah lebih gagah. Ansar lah perwira sehingga satu pergaduhan berlaku antara umat Islam sendiri. 

"Dan bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya (Muhammad) pun berada di tengah tengah kamu? Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus" Ali-Imran:102
 
Rasululullah geram dgn apa yg berlaku. Dan Rasulullah sedar bhw perkara yg berlaku ni adlh krn adanya masa relaks kpd sahabat2 dan krn itulah mrk mula memikirkan perkara-perkara remeh..

Bermula dari itu, Rasulullah mula menghantar siri-siri yg membawa kpd perang Uhud, dan seterusnya menghantar utusan-utusan dan jundullah-jundullah utk menyebarkan Islam


Ya! Rasulullah sangat sensitif dgn masa lapang sahabat2..
Bagaimana pula dgn diri kita?


Hoho.. Mungkin bipolar saya sblm ni (rujuk post lepas) adlh kerana ada masa relaks dari kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyah
Mungkin juga kerana krg kefahaman dan mungkin juga kurang keimanan..

Tetapi benarlah! 
"Bila kita tidak disibukkan dgn perkara-perkara besar, kita akn disibukkan utk perkara-perkara kecil yg remeh"  

 selamat bermujahadah kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-adik.. demi tegaknya agama Islam ni

Kita ingin menjadi pejuang-pejuang islam
Biarpun kemanangan itu bukan di generasi kita
Tapi kitalah antara generasi yg menyumbang kpd kemenangan itu
Ya! Kita harus lebih serius dgn dakwah dan tarbiyah ini
Seluruh kehidupan kita utk Islam
Tidak mahu jadi daie yg sekular
Hanya islam ketika program
Tapi, di luar program kita hanyut, kita larut

Astaghfirullah!
Nak menangis T__T sebab rasa bnyk lg bnda yg nk kne cater, bnyk yg kne belajar
Tapi inilah hakikatnya
Kita ada baaaaaanyak bnda yg kne buat, tapi masih tak serius (sayalah ni! T_T tulun saya!)
Sungguh! Saya rasa sgt terharu dengan Allah sbb beri saya peluang utk sedar mengenai perkara ini..
Sedarkan kelemahan-kelemahan saya yg perlu diperbaiki
Sedarkan diri saya utk memanfaatkan setiap masa yang ada untuk Islam
"Kita akan ditanya tentang masa muda, ke mana kita gunakan. Dan kita akan ditanya tentang masa lapang, ke mana kita habiskan"

Terima kasih Allah!
Terima kasih sahabat!

P/S : Baru-baru ini jatuh hati dgn lagu Benammi.. Boleh belajar bahasa Arab sekali
P/S 2 : Syurhabil sdg sunyi. Menanti pejuang-pejuang pulang membawa pengalaman dan semangat
P/S 3 : Masih berusaha menyusun waktu dgn efisien utk dakwah dan tarbiyah.. Study pun a part of tarbiyah kan? Tarbiyah aqli :) 

Wallahu a3lam

Bilik Ar-Rantisi,
with NAI, NSS & NAN
Syurhabil,
Wara' Safeway,
Irbed





errr.. bipolar?

Bismillah..
Sallou ala annabiyy


Tau x apa tu bipolar?
Bipolar tu ialah mood ekstrem kemudian beralih ke mood yg ekstrem yg lain


Kebelakangan ni, aura bipolar tu datang pula tiba-tiba (aura sahaja bukan kuat sgt pun)
Geram, sakit hati, bahagia, suka, sedih
Semuanya ada..
Tapi, semua ni disebabkan saya berada atas jalan dakwah tarbiyah ni..
Eh, tidaklah bermakna bhw saya nak lari dr jalan ni
Tapi kan..  Memang betullah apa yg Allah ckp
Allah dah ckp yg Allah akn beli harta dan jiwa mukmin utk dibayar dgn syurga
(At-Taubah:111)
Allah kan ada ckp lagi jangan kira yg kamu ni beriman selg belum diuji (Al-Ankabuut:2-3)

Memang lah manusia ni..
Dah berapa bnyk dpt.. Tapi pengamalannya pulak macam mana?
Itulah yg pentingnya tarbiyah.. 
Yg dh dilupakan, ada org akn ingtkan...
Yg selama ni buat tak elok, ada org tolong betulkan..
Memang-lah! Tarbiyah dari Allah tu amat mencabar jiwa
Allah akan uji kita dgn bnda yg kita lemah

Taknaklah, bila kita kata kita ni ikut tarbiyah..
Sebenarnya jasad kita je yg ikut tarbiyah
Join Bulatan Gembira, Conference Riang, Jalan-jalan Ukhuwah dan lain2
Tapi roh dan perasaan tak ikut bersama-sama
Takut bnda ni jd rutin shj tnpa ada penghayatan



Haish! Ni yg pentingnya ada ujian dr Allah..

Hmm...

Time tgh ber'uzlah' (mengasingkan) perasaan tnpa ada pengasingan jasad
(emm... faham ke? mksdnya.. bknlah kita melarikan diri dr org lain utk stabilkan diri.. tp kite cuba biar perasaan kita yg tak best tu dilarikan dgn kembalikan balik kpd Allah) td, ada je bnda2 best yg Allah nak tunjuk..


Ada ukht di Malaysia yg sdg terlompat-lompat utk pikul beban dakwah ni
Ada ukht yg share ayat-ayat yg 'BOOMM' terkena kt atas kepala sendiri. Mmglah! Kalimah yg baik (apa-apa yg kembali kpd Allah esp ayat Al-Quran) mmg sgt mencairkan hati, runtuh segala ego..
Ada dgr taujihat dari syuyukh-syuyukh melalui Encik Bilal Sony saya..
Dan paling best bila Allah sedarkan kita apa yg kita kurang dan ilhamkan formula-formula dalam menangani kekurangan tersebut.. (Kalau ada perasaan tak best tu, maksudnya adalah benda yg kne baiki)

Fuh! Memang jalan ini panjang.. Nafas pun kenalah panjang..

"Bila kita tak sibukkan diri dgn perkara-perkara yg besar, kita akn mula mengambil kira perkara-perkara kecil"

Eeee.. Seronoknya berada atas jalan dakwah tarbiyah ni!!
Macam-macam sentuhan dapat!
Err.. Sharing! Kite pun nak org merasai bnda yg sama jugak kan..

Terima kasih Allah!

Moga terus kuat semua~

Bilik Ar-Rantisi
with NAI
Wara' Safeway,
Irbid

tarbiyyah dan AQ

Bismillah 
Sallou 3la annabiyy

Kerana alQuran itu diturunkan ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat di jalan Dakwah dan Tarbiyah
Jadi utk memahami alQuran dgn sebenar-benarnya dengan menghayati suasana dan sebab penurunan,  mestilah kita berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah

Indah! Walaupun pahit!

Barangkali tidak mahu rasa jeles dgn mrk yg boleh ke syurga yg lbh tinggi menjd motivasi
Atau tidak mahu menjadi mangsa neraka yg sentiasa mengintai-ngintai. Naudzubillah

P/S : Semoga terus tabah
P/S 2 : Hakikatnya jalan ini memerlukan pengorbanan jiwa, harta, masa kita. Tapi byrnnya redha Allah. Moga diperoleh.
P/S 3 : Teringt kata-kata UQY, "Saya pasti kamu takkan faham alQuran dgn sebenar-benarnya kalau tak berada atas jalan Dakwah dan Tarbiyah". Mmg benar. Scra superficialnya kita faham, tapi deep feeling, suasana kita tak merasainya melainkan berada di jalan ini.


Terima kasih semua
Wallahu a3lam..


^__^


with NAM & NAI
Bilik Ar-Rantisi
RI Syurhabil
Wara' Safeway

ready


After all, Islam is the best solution
People now realize that there's an obvious lack in secular administration
Alhamdulillah! Libya is now freed!
Mahmoud Jibril, senior figure in Libyan's National Transitional Council (NTC) has urged all Libyans to come together to rebuild the country.

Yes. Rebuild. Perhaps with Islamic administration.

belajar dari masa lalu?

Bismillah

Oh! Entri pertama bulan Ramadan
Ramadan Mubaarak
Moga Allah beri kekuatan utk kuatkan diri tym bulan ni spy dpt mengharungi 11 bulan yg menanti dgn lebih mantap


Hmm..
Akhirnya, 1bulan lebih yg hectic hampir berakhir
Rasa mcm nak je usulkan spy dimansuhkan
Lagi-lagi bila clash dgn Ramadan


Berbalik kpd topik..
Sebenarnya sejak kebelakangan ni asyik terfikir saya pada zaman dulu-dulu
Zaman yg saya sudah tinggalkan di belakang, baik dari segi masa atau perlakuan (Alhamdulillah, moga dikuatkan)
Tapi, pengajarannya sangat perlu dibawa ke masa sekarang dan akan datang
Well, there's a saying, 'Experience is the best teacher' (saying yg direka sendiri)

Dahulu.. saya adalah seorg..


1) Pereka fesyen kpd 3 imaginary butik yg dipamerkan dalam buku. 3 jenama tu ialah Colorado Jeans, MareaIssabelle dan dah lupa.. (minta maaf ummi buat kereta ummi terlanggar tiang lampu lepas tgk koleksi kurang sopan akak) Dan pemilik kpd syarikat architecture WhiteGlobal Company utk siri game The Sims, game yg mampu membuatkan pereka-pereka ketagih.

2) Pengumpul fakta-fakta Sains baik dari buku Detective Conan atau Tunas Sains atau lain lagi. Dan fakta-fakta itu dibukukan di dlm beberapa buah buku. (pernah rasa geram yg teramat dekat siapa yg curi buku tu) Dan juga org yg suka menceritakan fakta-fakta tersebut kpd org lain.

 3) Pemikir soalan-soalan Sains dan soalan tu ditulis dalam sebuah buku nota kecil yg dibawa ke mana-mana sahaja. Dalam buku tersebut ada beratus soalan yg tak terjawab smpi sekarang. =_= Ini adlh inspirasi drpd Detective Q, Dan Detective School yg berkata "Seorg detektif perlu berfikir luar dari kebiasaan. Setiap bnda yg dipandang, akan ditafsirkan mengikut kaca mata yg berlainan bukan dipandang begitu sahaja"(lebih kurang ayat walaupun tak tepat)
Jadi timbullah bermacam-macam persoalan pelik yg menyerabutkan kepala je sebenarnya.

4) Budak yg tidak serik dan suka mencuba sesuatu yg baru serta inkuiri yg tinggi. Saya melunaskan keinginan menjahit tangan menggunakan mesin jahit dan mencucuk tapak tgn dgn menggunakan pensil (saya bajet mahsuri sbb darah tak keluar tapi interstitial fluid mungkin?) serta menstapler jari sendiri

5) Penjawab soalan-soalan mengenai Health and Diet di Yahoo! Answers (sapa yg pernah main tahulah mcm mana seronoknya kumpul points dan dipilih sbg Best Answer) Betapa tegarnya diri saya, buku tebal Reader's Digest Foods that Harm, Foods That Heal diletakkan di sblh saya sbg sumber jawapan. 

Oh! Sgt ketara taksubnya saya pada Sains. Sehinggakan nilaian saya telah bertukar sama sekali. Tiada obsesi Allah dalam setiap pandangan. Tapi obsesi yg bersifat logika.
Terima kasih Ummi Abah kerana bersabar menjaga diri ini.

Tapi, apabila Allah menakdirkan saya mengenal Dia dan Islam yg sebenarnya, tidak terdetik untuk kembali kepada masa lalu.
Tapi, saya kena belajar dari masa lalu. 
Kesungguhan saya mencari ilmu. Sikap yg tidak serik. Kepuasan berfikir. Rajin yg terlebih. Mempunyai pegangan yg ditanam kukuh dalam diri.
Alangkah bagusnya jika semua itu diserapkan dalam Dakwah dan Tarbiyah yg berobsesikan Allah dengan himmah (semangat) yg sama, barangkali lebih berganda tapi didasari oleh iman.  

Perlu bersungguh memfikrahkan ilmu.
Perlu banyak berfikir tentang ummat dan improvement diri sendiri.
Perlu belajar bersungguh-sungguh sbg alat khalifah.
Perlu banyak mencari dan memberi.
Perlu terus berpegang teguh dgn risalah Islam.

Sangat tersentuh dengan ayat 29, surah Al-Anfaal

"Wahai org-org yg beriman! Jika kamu bertakwa kpd Allah, nescaya Dia akn memberikan Furqan (kemampuan membedakan yg hak dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yg besar."

Alhamdulillah.
Setelah berkenalan semula dgn Dia dan risalahNya..
Kita cuba utk mencapai taqwa itu.
Dan Allah membantu hamba-hambaNya.
Dia menunjukkan kita nilaian sbnr.
Kita sendiri merasai sedikit sebanyak perubahan itu dari batil kepada hak yakni alfurqaan dlm ayat di atas.
Kita sendiri melihatnya di kalangan sahabat-sahabat kita bgimana mrk berubah 180 darjah.

Tidakkah kita bersyukur?
Semoga Allah terus thabatkan hati-hati ini untuk terus berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah yg berobsesikan Allah.

Selamat manfaatkan Ramadan yg berbaki..
Moga Allah redha..

Ahli byt Syurhabil, tolong ingtkan saya! huhu...

P/S     : Azam utk menulis 4 kali sebulan tidak tercapai lagi. Moga diberi kekuatan. ^__^V
P/S 2 : Currently reading Kerugian Dunia  kerana Kemunduran Umat Islam. Recommended! 
P/S 3 : Exam Food Preservation hari Khamis! Doakan ye..
Bilik Qawiyyul Jism, wara' Safeway
with NSS, adik kecik Syurhabil

Wallahu a3lam..


oh!

Bismillah..

Sallou 3la annabiyy

Ambil kesempatan sekejap tgh baca buku Immune part yg tak faham.. T_T
Oh! Dah lebih 1 bulan tidak ter'update'

Alhamdulillah, dah berpindah total ke rumah Syurhabil di belakang Safeway
Dengan expectation hanya dari Allah
Teringat ada seorg akak kabeer tu kata..
"Duduk Rumah Islam ni, jangan fikir hanya nak baiki diri sendiri, nak mantapkan diri.. Perkara ni takkan jadi. Tapi kita yang kena menyumbang"

Oh! Memang betul pon. Baru tinggal beberapa minggu dengan 11 org lagi anak beranak Syurhabil, macam mana yg saya belajar.. Lagi-lagi bab Syu'uri (Perasaan)..
Hmm... Dah naik satu lagi anak tangga kecil lepas Individu Muslim, Rumah Islam..
Moga lebih Allah Centric dalam DnT~

Okay. Ubah tajuk lain.. 
(Tapi still lagi ada sangkut paut dgn tajuk atas)

Kita selalu minta pada Allah...
Lepas solat atau setiap kali sujud atau dalam solat
atau di mana-mana even bila hati kecil kita berbicara
Alhamdulillah, Allah beri ilham kepada kita utk berdoa
Kena syukur sbb kadang-kadang kita tak terasa pun nak berdoa dalam satu fatrah tu
Oh! Saya pun pernah rasa macam tu.. Astaghfirullah..

Dan bila kita berdoa, memang kita nak Allah makbulkan
Dan Allah akan makbulkan..
Cuma cepat atau lambat atau Dia akn ganti dgn yg lebih baik
Atau takut juga bila doa kita dihijab disebabkan dosa-dosa kita
Naudzubillah

Tapi, boleh jadi Allah tak bagi kita apa yg kita minta gedebuk mcm tu..
Contoh, kita berdoa supaya Allah kurniakan sifat mahmudah dalam diri kita
Kita takkan dapat terus sifat-sifat tu gedebuk sbb bnda ni adlh dr hati, bukannya dibuat-dibuat
Melainkan kita berusaha untuk itu
Jadi, ia perlu dibentuk dan pastinya memakan masa
Pertolongan Allah mungkin dalam bentuk ujian 
Supaya kita mudah untuk mengaplikasikannya
Supaya lebih mudah untuk kita praktis
Atau boleh jadi juga Dia tunjukkan pada kita akhlaq org lain spy kita boleh contohi

Jadi, jangan mudah melatah!
Buka hati, buka minda, buka mata..
Ujian itu boleh jadi pertolongan
Expect hanya Allah 
Terima tarbiyyah yg Dia bagi dgn jiwa yg terbuka
Oh! Inilah tarbiyyah direct dari Allah..
Special kan?


Alhamdulillah~
Mohon doa banyak-banyak pada Allah spy hati terus terbuka utk terima tarbiyyah dari Dia~

Selamat bermujahadah!

pra-Syurhabil, Safeway, Irbed, Jordan
with kak NIZS, KAA in Maktabah Zone Senyap

Wallahu a3lam~

Pantas!

Bismillah~

Sempena 2 sistem yg dah habis belajar iaitu Respiratory System (RS) dan Hematolymphatic System (HLS) + 1 lg yg tgh belajar, Cardiovascular system (CVS), saya ada entri khas utk mereka :P

Saya tersedar yg saya ni suka mengaplikasi lepas mengetahui sesuatu bila belajar sistem ni..
Cthnya,
::Time HLS 2 bulan lepas, saya insist nak cek darah kat Markaz Sihi lepas belajar ttg penyakit darah disbbkan lethargic esp dalam kelas.. Resultnya.. Alhamdulillah, NORMAL! 
::Bila dah belajar RS, saya sedar yg kena treat rhinitis saya yg menyebabkan tidur pun tak lena --> lethargic.. Lepas tu, mulalah ambil anti-histamine yg kurang sedative effect, Loratadine
::Bila dah belajar CVS, Dr cakap kena makan something yg ada Omega-3 spy HDL dalam badan kita bertambah and then reduce kita pnye LDL, pd hari yg sama sy terus beli.. 
(lepas tu, promote kat org lain promosi 2 botol Omega 3 dgn 11JD - harga asal 1 botol ialah 11JD)


Huhu..


Ko-en yg perasan dgn fi'il saya cakap,
"Nad selalu mcm ni kan.. Lepas belajar, terus nak beli, nk cek semua"


Nihayah pula bertambah ngeri
"Ngeri tgk awak punya laci penuh dgn ubat"



Tapi.. saya perasan satu perkara


Bila dinisbahkan dgn Dakwah dan Tarbiyah (DnT - matlamat utk Allah)..
Adakah kita akan melakukan perkara yg sama?
Bila kita dah dapat something, adakah kita terus buat? Tak dapat buat pun, kita try tak utk buat?

Dan utk menjadikan diri kita tertolak berbuat sesuatu
Kita perlukan kefahaman
Dalam kes di atas, saya mmg jenis org yg faham kepentingan kesihatan, macam mana nak buat, kesan-kesan. Jadi, segala apa yg ke arah sihat, saya akan cuba utk buat.
Tapi, bagaimana pula dgn DnT?
Kalau kita betul-betul faham ttg DnT, kita akan cuba ke arah itu juga
(Oh! Kagum dgn mereka yg berubah 180 degree. MasyaAllah)


Tapi, hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...

Memang akan ada obstaclenya..


Jajan bnyk dijual kat kedai, kawan-kawan suka masak makanan sedap+berlemak, selalu malas nak exercise, dan external+internal factors lain...


Sama jugak dgn DnT..


Karat jahiliyah masih ada, ujian hiburan, exam, study, rasa inferior, malas, down sbb bnyk sgt bnda tak buat, kawan yg tak supportive, menjaga diri tak menjadi fitnah utk DnT, kisah-kisah lama
Semua ni adlh cabaran utk mereka yg berada di atas jalan ini..


Ia mmg satu kepayahan...
Tapi kepayahan ini yg membentuk kekuatan
Kalau kita positive dgn ujian ni



Teringat kata-kata seorang kakak (dgn sedikit gubahan)..
"Kalau kita obses dgn sesuatu perkara, kita mmg akan buat sesuatu ke arah bnda tu, dan boleh jd kita tak memandang bnda lain dah"
(Betul x?)

Jadi paksikan apa yg kita buat kerana Allah
Ber'DnT' kerana Allah
Bukan kerana org lain, bukan ikut-ikutan, bukan nak glamour, tp utk UA, utk mardhatillah
Semoga istiqamah
Dan selamat bertaqwa
Kerana istiqamah itu natijah taqwa



setiap bait-bait yg kutulis
seperti menumbuk-numbuk diriku
mari bermujahadah!

KK,irbed,DQ,Jordan
with NIZS n NKRU

29:69
Wallahu a3lam