Assalamualaikum....
Post kali ini ingain saya kongsikan 3 rukun ukhuwah.^_^ Pertama, tasammuh yakni berlapang dada dengan sahabat. Ini bermaksud menerima segala kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada sahabat. Menerima segala kelebihan bermakna tidak hasad dengan kelebihan yang dimiliki oleh sahabat manakala menerima segala kekurangan bermakna tidak benci atau putus persaudaraan sekiranya terdapat kekurangan yang pada umumnya tidak disenangi. Namun, seorang sahabat yang baik sentiasa mencuba unutk membaiki kekurangan sahabatnya dengan cara yang berhikmah dan menarik sahabat ke kandang ubudiyah dan akhirnya berjuang bersama demi Islam.
Peringkat kedua pula ialah musawah yakni kesamarataan seperti menyayangi sahabat seperti menyayangi diri sendiri. Segala suka dan duka mahu dikongsi bersama. Dengan memiliki sifat empati dalam diri menyebabkan rasa tidak sanggup melihat sahabat di dalam kesakitan atau keperitan biarpun kita di dalam kebahagiaan. Baginya, biarlah kesakitan itu dirasai juga supaya dapat meringankan beban sahabat disamping mencari sebarang kemungkinan untuk membantu sahabat. Seorang sahabat yang baik juga akan berasa bahagia melihat sahabatnya bahagia, jauh sekali untuk merasa hasad terhadap sahabatnya itu.
Peringkat ketiga pula ialah ithar, iaitu mendahulukan atau melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Hakikatnya, peringkat inilah yang sangat susah untuk diamalkan kerana tidak semua orang sanggup mengorbankan diri sendiri demi orang lain.
Konklusinya, Islam tidak hanya menyuruh memelihara hak terhadap Tuhan dan RasulNya, namun Islam juga menuntut penganutnya memelihara hak bersama manusia lain baik ibu bapa, sahabat atau orang yang beragama lain. Islam bukanlah hanya tertakluk kepada hubungan dengan Allah namun juga dengan manusia.
Jika dilihat secara mendalam, konsep ukhuwah inilah yang membawa kepada perpaduan umat Islam yang menjadi salah satu sumber kekuatan bagi menegakkan agama Islam. Rasulullah s.a.w bersabda, “seseorang itu bergantung kepada agama temannya, maka berhati-hatilah kamu ketika memilih teman”. Dengan nilai tegur-menegur, sokong menyokong dan ajak mengajak ke arah kebaikan, nescaya akan tertanamlah nilai cintakan Islam dan semngat untuk menegakkan Islam.
Namun, konsep ukhuwah ini hanya akan tercapai sekiranya seseorang itu bersahabat kerana Allah. Ini kerana orang yang bersahabat kerana Allah akan menyedari bahawa SAHABAT BUKAN HANYA TEMPAT UNTUK MELUAH DUKA ATAU BERKONGSI SUKA TAPI SAHABAT IALAH ANUGERAH DAN AMANAH (rasanya, ini menjadi motto saya...huhu ^_^)
UHUBBUKUM FILLAH!!
with lOts Of lOve
wassalam...
Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
-
Perlu diketahui bahwa setinggi apa pun jabatan, sehebat apa pun profesi,
sebanyak apa pun uang, apabila dihiasi dengan ketidakjujuran, maka tidaklah
akan...
4 years ago