nice

bismillah
sallou 3la annabiyy

dari dulu rasa terkesannnn sangat dgn ayat-ayat cinta 29:69
dan alhamdulillah, Allah tambahkan lagi pemaknaan hati terhadap ayat tu

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"

Bila kita sedar yg kita ni perlu tajarrud (bersihkan diri spy semuanya utk Allah)
Kita akan bermujahadah utk memperbaiki diri
Kita mula membuka hati kita dgn expectation hanya Allah
Dan kemudian kita mula rasa yg Allah ajar kita something hasil mujahadah tu
Alhamdulillah!

Lately, suka tanya akhowatsss...
"Apa benda baru yg Allah ajar awak?"
Sebab tahu yg semua org tgh mujahadah
Dan yakin.. yg Allah bg hadiah kt mereka

Hmm..
Thiqah dgn Allah.
Baru lpas teruji dgn kata-kata ini
Semakin belajar utk thiqah dgn Dia

Nice! Alhamdulillah
14hour to go
Alone in Ar-Rantisi
Irbed, Jordan

 

Memaknai Dee N Tea

Bismillah
Sallou 3la annabiyy

Alhamdulillah.. Back to here..
Dan kembali mengumpul jiwa dan perasaan utk menulis sesuatu dari hati
Oppss.. Tapi kita memang kne buka hati sentiasa..
Tapi itulah! Ketika jiwa tgh bergelojak-bersemangat-membuak-buak, laptop takde depan mata..
Kemudian, simpan di hati sajalah atau salur pada org lain
Sebab itulah kena kumpul balik perasaan dan jiwa yg pernah dilalui bila nak tulis balik
As lately, masyaAllah! Alhamdulillah! Baaaaanyak sgt yg Allah ajar~
Huhu..

And one of them is memaknai dakwah dan tarbiyah ni 






Hmmm...

Lain rasanya bila kita melalui jalan dakwah dan tarbiyah
Apabila akarnya berlainan


Mereka yg melalui jalan DnT ni atas sebab ikut-ikutan
Tak sama perasaannya dgn mereka yg melalui jalan ini atas kemahuan 
Apalagi apabila dasarnya ialah kita memang benar-benar mencintai Allah



Setelah bersharing dgn akhawat Dublin yg saaangatlah ruhi. Tapi, tak dapat nk borak lama-lama dgn mereka sbb exam :(
Macam biasalah, kalau sharing dgn akhawat, kita akn bertanya..
Macam mana sejarah tarbiyah?
Dan melalui sharing-sharing tersebut
Saya menyedari sesuatu perkara
Bahawa Allah akan menyediakan hati kita sblm kita benar-benar memaknai jalan dakwah dan tarbiyah ni


Teringat pula saat saya berbicara hati ke hati dgn seorang ukhti 
Saya : Kak E***, akk sekolah Ma'had ke dulu? (Assuming that she studied at Maahad Muhammadi sebab ukhti tu org Kelantan)
Ukhti : Eh, taklah.. Akak sekolah biasa je.. Sekolah Menengah --------------

Huhu.. Tergelak sendirian dalam hati. Teringat yg dulu saya pernah beritahu pada Anak-Anak Singa saya yg comel itu bahawa orang-orang yg ikut tarbiyah ni ramaiiiiii yg dari sekolah biasa, tak amik bahasa Arab pun, dulu tak pakai tudung, dulu selalu rebel.
Betapa tarbiyah Allah ni mengajar mrk dan akhirnya tutur kata mereka sgt membasahi jiwa org lain, memberi kesan pada hati, dan merasai betapa mrk menghargai nikmat tarbiyah yg Allah bagi..

Dan sblm mereka (mungkin kamu juga) memaknai jalan dakwah dan tarbiyah ni,
Allah telah menyediakan mereka 
Ada yang patah kaki, home-sick, terkesan dgn persoalan simple spt mati dan ada yg matlamat utk study tak tercapai sbb tak dpt result yg best, dan macam-macam lagi
(Semua org berbeza kannn)
Dan semua tu membuatkan mrk berfikir, berfikir, berfikir
Allah mula hadir dalam hati,
Dan akhirnya berkenalan semula dengan Allah
Dan Allah-lah yg menjadi drive utk mereka mula memaknai jalan dakwah dan tarbiyah
(Allah sgt suweeeeet. Macam2 Dia aturkan kt kita =)


Tapi, tak kurang juga acap kali saya dgr ayat ini:
Bestnya diorg tu.. Ada turning point membuatkan mrk menghargai tarbiyah. Rasa mcm nk je buat silap sekali ke, pastu return balik..

Rata-rata org yg ckp ni mngkin yg sedia baik (err..), dari family/sekolah tarbiyah..

Tapi kannn...
Allah akn bagi kita macam-macam checkpoint
Checkpoint tarbiyah, checkpoint dakwah, checkpoint penyucian diri
Teruskan mencari.. Teruslah mengislah diri...
Takutnya berada dalam zon selesa bila semakin lama berada di jalan dakwah dan tarbiyah
Ini tak sepatutnya berlaku..
Kena islah diri samapai mati.. (Moga kita dikuatkan)

"Di saat kita merasakan yg kita tidak perlu mengubah diri, itulah saat kefuturan kita"

P/S : Lets keep sharing k, akhowatss~ Sharing membantu kita utk terussss berada dlm range tarbiyah..
P/S 2 : Tgh cuak utk tunggu result GIS.. Haish! =='
P/S 3 : Have to manage holiday wisely! Islam tak naik lagi, x boleh relax.. Yosh!

with lovely 3N yg nak exam esok,
bayt Perubahan.
Pintu Utara,
Irbid, Jordan

never stop and keep moving!

Bismillah

" Maka apabila engkau telah selesai dr sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yg lain " [94:7]
Ya! Amal yg dituntut utk kita lakukan takkan pernah usai.  Tapi pilihan di tangan kita sama ada mahu terus mengalir bersama deru amal atau tidak.
Dan di saat kita beramal, Allah akan menguji kesungguhan kita, keikhlasan kita, keimanan kita.
Allah.. berkata begitu mudah.. Tetapi bila dalam kita beramal, banyak ujiannya. Tapi, inilah tarbiyah Allah dalam mendidik jiwa kita agar sentiasa bersedia, ikhlas, tak cepat mengalah dan mengeluh, sabar..
Wallahu a3lam

masih ada lagikah bipolar..??

Bismillah
Sallou 3la annabiyy

Buat duah-duah sekalian,

Pernah satu ketika kita merasai kosong
Dan ketika itu sama ada kita tiada apa-apa tugasan
Atau sudah penat dan ingin berehat sebentar dari tugasan kita
Kemudian, kita melalui satu fasa yg membuatkan kita tenggelam keasyikan dalam kerehatan kita
Tenggelam dengan nikmat dunia yang sekejap

Dan setelah sekian lama kita melayani kekosongan kita atau kepenatan kita
Momentum kita utk kembali bekerja untuk Allah telah kurang
Kapasiti makin menurun
Produktiviti apatah lagi


Dan pada saat inilah..
Kita mula memikirkan perkara-perkara kecil atau remeh
Dan kurang alert dengan perkara-perkara besar yang saangat penting yang sepatutnya menjadi tumpuan kita sampai mati
Masalah-masalah hati semakin menimbun
Mudah terasa hati..
Bertelagah mengenai benda yang remeh..


Tahu kenapa begitu?

Jom kita selusuri kisah ini..

Selepas perang Badar berlalu, umat Islam ketika itu masih lagi tidak dapat melupakan keindahan memori tersebut. Mana tidaknya. 313 vs 1000. Namun, kekeliruan berlaku. Mereka mula menimbulkan soal siapa yang lebih kuat. Muhajirinlah lebih gagah. Ansar lah perwira sehingga satu pergaduhan berlaku antara umat Islam sendiri. 

"Dan bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya (Muhammad) pun berada di tengah tengah kamu? Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus" Ali-Imran:102
 
Rasululullah geram dgn apa yg berlaku. Dan Rasulullah sedar bhw perkara yg berlaku ni adlh krn adanya masa relaks kpd sahabat2 dan krn itulah mrk mula memikirkan perkara-perkara remeh..

Bermula dari itu, Rasulullah mula menghantar siri-siri yg membawa kpd perang Uhud, dan seterusnya menghantar utusan-utusan dan jundullah-jundullah utk menyebarkan Islam


Ya! Rasulullah sangat sensitif dgn masa lapang sahabat2..
Bagaimana pula dgn diri kita?


Hoho.. Mungkin bipolar saya sblm ni (rujuk post lepas) adlh kerana ada masa relaks dari kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyah
Mungkin juga kerana krg kefahaman dan mungkin juga kurang keimanan..

Tetapi benarlah! 
"Bila kita tidak disibukkan dgn perkara-perkara besar, kita akn disibukkan utk perkara-perkara kecil yg remeh"  

 selamat bermujahadah kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-adik.. demi tegaknya agama Islam ni

Kita ingin menjadi pejuang-pejuang islam
Biarpun kemanangan itu bukan di generasi kita
Tapi kitalah antara generasi yg menyumbang kpd kemenangan itu
Ya! Kita harus lebih serius dgn dakwah dan tarbiyah ini
Seluruh kehidupan kita utk Islam
Tidak mahu jadi daie yg sekular
Hanya islam ketika program
Tapi, di luar program kita hanyut, kita larut

Astaghfirullah!
Nak menangis T__T sebab rasa bnyk lg bnda yg nk kne cater, bnyk yg kne belajar
Tapi inilah hakikatnya
Kita ada baaaaaanyak bnda yg kne buat, tapi masih tak serius (sayalah ni! T_T tulun saya!)
Sungguh! Saya rasa sgt terharu dengan Allah sbb beri saya peluang utk sedar mengenai perkara ini..
Sedarkan kelemahan-kelemahan saya yg perlu diperbaiki
Sedarkan diri saya utk memanfaatkan setiap masa yang ada untuk Islam
"Kita akan ditanya tentang masa muda, ke mana kita gunakan. Dan kita akan ditanya tentang masa lapang, ke mana kita habiskan"

Terima kasih Allah!
Terima kasih sahabat!

P/S : Baru-baru ini jatuh hati dgn lagu Benammi.. Boleh belajar bahasa Arab sekali
P/S 2 : Syurhabil sdg sunyi. Menanti pejuang-pejuang pulang membawa pengalaman dan semangat
P/S 3 : Masih berusaha menyusun waktu dgn efisien utk dakwah dan tarbiyah.. Study pun a part of tarbiyah kan? Tarbiyah aqli :) 

Wallahu a3lam

Bilik Ar-Rantisi,
with NAI, NSS & NAN
Syurhabil,
Wara' Safeway,
Irbed





errr.. bipolar?

Bismillah..
Sallou ala annabiyy


Tau x apa tu bipolar?
Bipolar tu ialah mood ekstrem kemudian beralih ke mood yg ekstrem yg lain


Kebelakangan ni, aura bipolar tu datang pula tiba-tiba (aura sahaja bukan kuat sgt pun)
Geram, sakit hati, bahagia, suka, sedih
Semuanya ada..
Tapi, semua ni disebabkan saya berada atas jalan dakwah tarbiyah ni..
Eh, tidaklah bermakna bhw saya nak lari dr jalan ni
Tapi kan..  Memang betullah apa yg Allah ckp
Allah dah ckp yg Allah akn beli harta dan jiwa mukmin utk dibayar dgn syurga
(At-Taubah:111)
Allah kan ada ckp lagi jangan kira yg kamu ni beriman selg belum diuji (Al-Ankabuut:2-3)

Memang lah manusia ni..
Dah berapa bnyk dpt.. Tapi pengamalannya pulak macam mana?
Itulah yg pentingnya tarbiyah.. 
Yg dh dilupakan, ada org akn ingtkan...
Yg selama ni buat tak elok, ada org tolong betulkan..
Memang-lah! Tarbiyah dari Allah tu amat mencabar jiwa
Allah akan uji kita dgn bnda yg kita lemah

Taknaklah, bila kita kata kita ni ikut tarbiyah..
Sebenarnya jasad kita je yg ikut tarbiyah
Join Bulatan Gembira, Conference Riang, Jalan-jalan Ukhuwah dan lain2
Tapi roh dan perasaan tak ikut bersama-sama
Takut bnda ni jd rutin shj tnpa ada penghayatan



Haish! Ni yg pentingnya ada ujian dr Allah..

Hmm...

Time tgh ber'uzlah' (mengasingkan) perasaan tnpa ada pengasingan jasad
(emm... faham ke? mksdnya.. bknlah kita melarikan diri dr org lain utk stabilkan diri.. tp kite cuba biar perasaan kita yg tak best tu dilarikan dgn kembalikan balik kpd Allah) td, ada je bnda2 best yg Allah nak tunjuk..


Ada ukht di Malaysia yg sdg terlompat-lompat utk pikul beban dakwah ni
Ada ukht yg share ayat-ayat yg 'BOOMM' terkena kt atas kepala sendiri. Mmglah! Kalimah yg baik (apa-apa yg kembali kpd Allah esp ayat Al-Quran) mmg sgt mencairkan hati, runtuh segala ego..
Ada dgr taujihat dari syuyukh-syuyukh melalui Encik Bilal Sony saya..
Dan paling best bila Allah sedarkan kita apa yg kita kurang dan ilhamkan formula-formula dalam menangani kekurangan tersebut.. (Kalau ada perasaan tak best tu, maksudnya adalah benda yg kne baiki)

Fuh! Memang jalan ini panjang.. Nafas pun kenalah panjang..

"Bila kita tak sibukkan diri dgn perkara-perkara yg besar, kita akn mula mengambil kira perkara-perkara kecil"

Eeee.. Seronoknya berada atas jalan dakwah tarbiyah ni!!
Macam-macam sentuhan dapat!
Err.. Sharing! Kite pun nak org merasai bnda yg sama jugak kan..

Terima kasih Allah!

Moga terus kuat semua~

Bilik Ar-Rantisi
with NAI
Wara' Safeway,
Irbid

tarbiyyah dan AQ

Bismillah 
Sallou 3la annabiyy

Kerana alQuran itu diturunkan ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat di jalan Dakwah dan Tarbiyah
Jadi utk memahami alQuran dgn sebenar-benarnya dengan menghayati suasana dan sebab penurunan,  mestilah kita berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah

Indah! Walaupun pahit!

Barangkali tidak mahu rasa jeles dgn mrk yg boleh ke syurga yg lbh tinggi menjd motivasi
Atau tidak mahu menjadi mangsa neraka yg sentiasa mengintai-ngintai. Naudzubillah

P/S : Semoga terus tabah
P/S 2 : Hakikatnya jalan ini memerlukan pengorbanan jiwa, harta, masa kita. Tapi byrnnya redha Allah. Moga diperoleh.
P/S 3 : Teringt kata-kata UQY, "Saya pasti kamu takkan faham alQuran dgn sebenar-benarnya kalau tak berada atas jalan Dakwah dan Tarbiyah". Mmg benar. Scra superficialnya kita faham, tapi deep feeling, suasana kita tak merasainya melainkan berada di jalan ini.


Terima kasih semua
Wallahu a3lam..


^__^


with NAM & NAI
Bilik Ar-Rantisi
RI Syurhabil
Wara' Safeway

ready


After all, Islam is the best solution
People now realize that there's an obvious lack in secular administration
Alhamdulillah! Libya is now freed!
Mahmoud Jibril, senior figure in Libyan's National Transitional Council (NTC) has urged all Libyans to come together to rebuild the country.

Yes. Rebuild. Perhaps with Islamic administration.