Cube fikirkan...

Dimulakan dgn bismillah dan selawat

Salamun 3laikum

Jika difikir kembali...
Sebenarnya, kita punya masa yang terlalu banyak utk melakukan amal ibadah yg khusus
(Sememangnya setiap kehidupan ini ialah ibadah jika dilakukan kerana Allah)
Terutama dgn sunnah-sunnah Rasulullah
Benar
Rasulullah telah menggariskan beberapa perbuatan dan perkataan yang boleh kita lakukan setiap hari
Bermula dari pagi hingga ke malam
Dari sunnah yg senang utk dilakukan hingga agak berat
Dan sunnah-sunnah inilah yg akan mendekatkan kita kepadaNya
Dan membantu kita untuk melakukan sesuatu keranaNya
Dan perlakuan itu bukanlah sia-sia
Dan bukanlah untuk nafsu semata-mata
Cuba fikirkan kembali....
Berapa kali dalam sehari kita masuk ke tandas
Tapi adakah setiap kali...
Kita melangkah dengan kaki kiri?
Atau kita melangkah dengan doa?
Begitu juga ketika keluar
Adakah kita melangkah dengan kaki kanan?
Dan dgn doa mengiringi langkah?
Sungguh rugi...
Saat yg boleh dikatakan bonus utk menambah pahala
Tapi dibuang begitu sahaja

Cuba fikirkan kembali....
Adakah kita melangkah dgn langkah kanan dgn doa serta niat i'tikaf
setiap kali masuk ke dalam masjid? Dan begitu juga dgn keluar dari masjid
Sedangkan boleh tahan bnyk jugak keluar masuk masjid
Dan mungkin boleh tahan selalu jugak tidur dan baring-baring dalam masjid
Tapi jangan biarkan pahala terbang melayang

Cuba fikirkan kembali....
Adakah setiap kali selepas 5 kali ambil wudhu'
Kita akhiri dgn doa
Ini tidak lagi dicampur dgn wudhu' utk solat dhuha
Atau mungkin solat malam..solat hajat
Dan mungkin kerana terbatal wudhu'
Bayangkan...
Betapa banyaknya peluang yg ada
Tapi dibazirkan

Cuba fikirkan kembali...
Berapa banyak kali kita makan?
Tapi rata-rata yg saya perhatikan...
Mostly akan membaca bismillah
Syukur...
Tapi jarang-jarang yg mengucapkan hamdalah
Alhamdulilah...semua makan dgn tangan kanan
Sedikit kasihan pada mereka yg kidal dan makan pun dgn tgn kiri
Err..mngkin kasihan banyak kot
Sebab org lain boleh buat sunnah yg ini..
Si kidal x boleh
Mungkin boleh praktis utk makan tgn kanan
Rugi-rugi
Saya pun selalu begitu
Perlu diingatkan sentiasa

Cuba fikirkan kembali...
Adakah pembelajaran kita dimulai dengan doa??
Jika sebelum ini di sekolah rendah
Atau mungkin di sekolah menengah
Kita akan membaca doa...
Tapi..kini adakah kita masih meneruskan amalan itu??
Jika diamalkan.. Alhamdulillah

Sebenarnya...
Memang banyak lagi ruang yg ada utk kita melakukan sunnah
Lagi-lagi sunnah yg kecil-kecil sebegini
Tapi sayang... ianya dibazirkan begitu sahaja
Rata-rata kita tahu...
Sunnah itu dan ini...
Tapi hanya di otak
Tapi tidak dibuktikan

Ya!!
Memang susah
Tapi ia memerlukan praktis
Praktis yg berterusan

Huhu..
Saya suka sungguh mendengar kata-kata ini
"Hidup ini sungguh singkat dan kita tidak punya masa yang terlalu banyak untuk melakukan banyak kebaikan. Jadi, kita perlu kreatif untuk menambah amalan"
Dan melakukan sunnah-sunnah yg senang ini juga adalah suatu bentukj kekreatifan
Sebab pengamalannya adalah setiap hari

Jom latih diri bersama!!

Wallahu a'lam

..::KerJa seiKhLas haTi::..

Sesungguhnya..
kebenaran TIDAK akan memimpin, kebaikan TIDAK akan tersebar, keadilan TIDAK akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh
dengan wujudnya

orang-orang yang menggadaikan prinsip demi keuntungan dunia
dan
orang-orang yang bersifat riya’
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat, dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.

.

Kebenaran, kebaikan, kemuliaan HANYA akan tertegak dengan …

orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan
prinsip,
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
Mereka adalah
orang-orang yang
berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.

~ As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan mukhlisin

*takut*

Salam 3laikum + salawat

Apa yg kutakuti...

Saya takut...

PERTAMBAHAN UMUR SAYA

tak sejajar dengan

tahap
KETEGUHAN IMAN
KEMANTAPAN FIKRAH
KEMATANGAN PEMIKIRAN

tapi...takpe2

saya akan cuba untuk menjadikan
HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI
dengan
MUHASABAH HARI INI
DAN MERANCANG HARI ESOK

anda pula bagaimana?

(p/s : semoga kita tak tergolong dalam golongan yang sama sahaja tahap iman dan pemikirannya walaupun umur semakin lama semakin bertambah--zikir dan fikir)

~masih mencari dan mengumpul kekuatan~

wallahu a'lam

~MENARIK!!~ jgn lepaskan peluang yg ada...!!!

salam 'alaik...

Khas buat mereka yg....
  • mempunyai ahli keluarga berumur 13-16 tahun
  • berumur 13-16 tahun
  • perasan berumur 13-16 tahun


ssq

Nak mendaftar??
Tapi tak nampak number telefon urusetia:
Nah!
Hafiz Bai : 0197517051
Nurul Damia : 0136456228

kalau nak tahu dgn lebih lanjut, layari...

http://kbm-ssq-5r.blogspot.com/


Nak daftar online pon boleh kat web tu...

JOM!!

Memang menarik!! (saya dah pergi. tapi tym tu old version)

Jap2..

Ada satu lg announcement




KAPPeL

09



Kursus Asas Pra Perkahwinan




Tarikh
9 - 10 JANUARI 2010
Sabtu & Ahad

Tempat
Masjid As-Syakirin, KLCC



Yuran
RM 50
Akaun pendaftaran masih belum dibuka. InsyaAllah akan dibuka secepat yang mungkin.

(P/S: jgn daftar pada saya... saya hanya tolong mempromote!!)


wassalam...

Tahukah Kita Semua... =) Sejarah nabi kita di sana

Salam 'alaikum...

~bunyi tajuk macam skema...
tapi, post ini memang serius...
kerana ianya tentang SEJARAH... (subjek yang kurang diminati orang)~

Tapi, perlunya sejarah untuk diketahui adalah untuk...

* Belajar dari kesilapan sejarah supaya tidak mengulangi sejarah
* Supaya tidak diperbodohkan sesuatu pihak kerana kurangnya ilmu sejarah
* Sunnatullah bahawa setiap perkara ada turun naiknya

Teringat saya kata-kata Abul A'la AlMaudoodi

"IN DEALING WITH THE QUESTIONS ABOUT THE ATTITUDE OF THE PRESENT DAY MUSLIMS TOWARDS ISLAM, THE TREATMENT OF THE FAITH AND ITS INFLUENCE ON THEIR LIVES, WE MUST FIRST GLANCE AT THE PAST HISTORY OF ISLAM. OUR PRESENT CONDITION HAS RESULTED FROM OUR STATE IN THE PAST, AND OUR FUTURE WILL SIMILARLY EMERGE FROM OUR PRESENT AND BE INFLUENCED BY IT. THEREFORE, IN ORDER TO STUDY AND ANALYZE THE PRESENT ATTITUDE OF THE MUSLIMS TOWARDS ISLAM, WE MUST KNOW THE ATTITUDE TOWARDS IT IN THE PAST."
Sumber dari: ISLAM TODAY, Abul A'la Al Maudoodi

Syaif (lihatlah),
Betapa pentingnya sejarah
Kerana sejarah berkait dengan masa depan
Sejarah bukanlah hanya terhenti setakat masa yang dahulu
Kerana kesinambungannya atau kesannya datang pada masa depan
Sebab itu kita semua kena tahu APA SEJARAH KITA...

---------------------------------------------------------

Berbalik pada fokus utama...
Sebenarnya...
Saya mahu berkongsi ilmu tentang Palestin dan Sejarah serta Perkaitannya dengan nabi-nabi terdahulu...
Peringkat Pertama..
iaitu mengambil tahu dan mencari telah terlaksana dan perlu diteruskan dengan membaca buku dan menghadiri ceramah serta program
Peringkat kedua perlu dibuat
iaitu dengan berkongsi dan menyebarkan
InsyaAllah...
Isu ini sepatutnya menjadi isu yang sangat dekat di hati orang Islam
(begitu juga dengan isu-isu lain)

P/S: Palestine sangat dekat dengan saya, nun dekat di Jordan.. Tapi barang-barang boikot juga berlambak di sini... JANGAN BELI!!

-------------------------------------------------------

Baiklah... perkongsian bermula!! =)

Bermula dengan....
Nabi Ibrahim : berasal dr Ur, Mesopotamia, Iraq..
Setelah cuba dibunuh Raja Namrud, Nabi Ibrahim diperintahkan untuk lari ke Kana'ah-bumi yg berpenghuni (Palestine pada masa ini..)
Di sana... Nabi Ibrahim menyebarkan kalimah Tauhid
Nabi Ibrahim mendapat 2 org anak..
Ismail (anak bersama Hajar) dan Ishak (anak bersama Sarah)

Nabi Ismail : diperintahkan agar dihantar ke gurun yg tiada penghuni (kini ialah Makkatul Mukarramah)

(kisah Nabi Ismail hanya setakat ini dalam post ini...)

Nabi Ishak : Nabi Ishak dan ibunya, Sarah tetap di Hebron, Palestine.
Mempunyai ramai anak..antaranya Nabi Ya'kub

Nabi Ya'kub : digelar Israel (kerana suka berjalan pada waktu malam.
Mempunyai 12 org anak yang digelar Bani Israel dan anak bongsunya bernama Yusuf

Nabi Yusuf :
Dimasukkan ke dalam perigi buta oleh abang-abangnya yg dengki kepadanya
Diselamatkan dan dibeli oleh menteri dari Mesir
Membesar di Mesir dan akhirnya mengajak adik beradiknya berpindah dr Hebron dan tinggal di Mesir
(sumber: Surah Yusuf)

Nabi Musa : Nabi Musa diutuskan setelah Bani Israel berkembang biak selama 520 tahun
Bani Israel ditangkap dan diperhambakan kepada Firaun
Nabi Musa diutuskan utk menyelamatkan Bani Israel
Berjaya menyelamatkan Bani Israel dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dua (surah AlBaqarah:50-51)
Di Semenanjung Sinai, Allah memerintahkan Bani Israel (kaum yg beriman yg terselamat) mendapatkan tanah Palestine utk memerintah berdasarkan kalimah Tauhid (Surah Al-Maidah:21)
Perintah diabaikan sehingga mereka hidup tidak bertanah selama 40 tahun

Nabi Yusa'a : Bani Israel dipimpin oleh Nabi Yusa'a setelah Nabi Musa wafat
Bani Israel menyesali kedegilan mereka dan Nabi Yusa'a memimpin mrk mendapatkan 'tanah yg diberkati' (surah Al-Maidah:23)

Nabi Yusa'a, Nabi Ayub, Nabi Zulkifli : Kemenangan dan kekalahan silih berganti krn mendapat tentangan yg kuat sehingga satu tentera yg kuat di bawah pimpinan Talut dapat mengalahkan mereka

Nabi Daud : Talut ingin mengahwinkan anak perempuannya bagi siapa yg berjaya memburu Jalut.
Nabi Daud muncul dan akhirnya Nabi Daud berjaya membunuh Jalut
Nabi Daud dilantik menjadi Raja Israel dan mengasaskan kerajaan Tauhid
(perkataan Zionis dikatakan diambil dari Bukit Zion di mana Nabi Daud berjaya menaklukinya)

Nabi Sulaiman : Nabi Daud diganti anaknya, Nabi Sulaiman
Allah menganugerahkan suatu kerajaan yg tidak pernah diberikan kepada sesipa pun
Kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman diasaskan dari 1000BC - 922 BC sebab selepas kewafatan Nabi Sulaiman, kerajaannya berpecah kepada 2 antara anak-anaknya, iaitu Kingdom of Israeli dan Kingdom of Judiah..
Mereka berperang sesama sendiri dan kerajaan sekitarnya
(sebenarnya, saya tak berapa nak tahu ttg kisah kerajaan yg terbahagi ni..kalau ada yg tahu beritahulah yer...)

Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa :
Kekufuran Bani Israel semakin menjadi-jadi
Allah mengutuskan nabi-nabi ini
Nabi Zakaria dibelah
Nabi Yahya, anak Nabi Zakaria dipancung
Nabi Isa diangkat ke langit

Dan sejarah ini bersambung sehingga ke episod seterusnya...

Sehingga ke hari ini...

Yang sebenarnya...

Tujuan asal mereka ialah...
Untuk menghancurkan umat Islam...
Untuk melemahkan aqidah umat Islam...
Untuk melancarkan serangan pemikiran umat Islam...

Mereka...
Baik golongan Yahudi atau Nasrani
telah melancarkan berbagai-bagai perkara untuk menghancurkan umat Islam
Sehingga kini....
Kita berjaya ditindas
Hidup dalam ketakutan
Hidup dalam kejahilan
Hidup dalam 'tangan' mereka
(kerana secara tidak sedar.. hidup kita diatur utk mengikut mereka)

ADAKAH KEMENANGAN MEREKA HARI INI HANYALAH SATU NASIB?
ATAU SATU PERANCANGAN RAPI YG DIBUAT MEREKA?

maka...

MARI HAYATI SEJARAH KITA DAN BELAJAR DARINYA(HUHU..SEJARAH PENTING TAU!!)..
KERANA SUDAH SUNNATULLAH SETIAP PERKARA ADA TURUN NAIKNYA
DAN PASTINYA ISLAM AKAN NAIK SATU HARI NANTI
TAPI KEMENANGAN ISLAM BERDASARKAN REALITI DAN PERLUKAN USAHA

BANYAK LAGI CARA UNTUK MENJADI SAVIOUR OF ISLAM..TAPI HARI INI DALAM KONTEK SEJARAH
(SAYA PERLU BELAJAR BANYAK LAGI..ILMU SANGAT SEDIKIT..)

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRIMU, NESCAYA AKAN TERTEGAKLAH ISLAM DI BUMIMU

~mulakan dari diri sendiri..JOM KOREKSI IMAN~

Ya Allah, thabatkan hati ini di atas jalanMu
Jadikan kami penyelamat agamaMu

p/s: Tadi saya baru dengar sejarah-sejarah kemenangan, kejatuhan Islam dari zaman NAbi Muhammad hingga zaman Turki Uthmaniyah secara overview.. semangat ngah membara..ALHAMDULILLAH

wallahua'lam...