Amal

Salam...

Saya berjalan-jalan di blog orang beberapa hari lepas
Dan terjumpa satu post yg memberi sedikit tamparan (maaf, bukan sedikit tapi banyak) pada saya dari blog ini yg sering saya kunjungi

Dan kata-kata ini saya copy paste dari blog tersebut

-----------------------------------------------

kata2 Ust Rahmat Abdullah ‘sang murabbi’:

“Saya melihat satu simpul kata yang diucapkan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Nahnu qaumun ‘amaliyun”. Kita adalah kaum yang berorientasi pada amal. Artinya da’wah jangan hanya berputar pada memperkatakan masalah. Bukankah juga orientasi qur’an mengajak orang untuk beramal. Sehingga gaya bahasa Qur’an secara umum tidak membuat orang itu melamun, tetapi bekerja, beramal. Di situlah Rasulullah berhasil membentuk sahabat, untuk merasakan kenikmatan ilmu itu dengan beramal. Sementara kegelisahan di mana-mana itu karena orang asyik berkutat pada teori. Bahkan da’inya –naudzubillah- kalau da’inya sudah kering otaknya, kering hatinya sehingga mereka lebih banyak menyerap hal-hal yang informatif dan teoritik tanpa seimbang dengan amaliyahnya, baik amaliyah jasadiyah maupun qolbiyah. “

--------------------------------------------

Sayyid Qutub juga menyatakan dalam bukunya, Ar-Risalaat Ila Ukhti Muslimah.. (boleh download dari website ini.. tapi syaratnya perlu sign up sebelum download)

Tidak mungkin fikrah akan hidup tanpa menjelma ke dalam roh manusia dan kemudian mengamalkannya

Saya memuhasabah diri (dan mari memuhasabah bersama),

Adakah saya benar-benar menghayati kata-kata ini sebelum ini

kerana dalam mengikuti tarbiyah, mesti ada buahnya

dan penghasilan tarbiyah ialah amal dengan fikrah yg benar dan mantap

Memuhasabah diri. Memohon kekuatan agar terus istiqamah.

(P/S: Takut juga saya ingin berbicara tentang soal ini.. kerana menulis memang mudah.. Tapi ini peringatan buat diri saya terutamanya.. Dan izinkan saya berkongsi apa yg saya dapat..)

Semoga anda terus thabat. Dan doakan saya terus thabat.

Wallahua3lam


cari

salam 3laikum jami3n


Mereka mengira bahawa manusia hanya mendekatkan diri kepada Allah hanya pada waktu lemah dan tidak berdaya. Sedangkan pada waktu ia kuat, ia tidak memerlukan Allah.
Selayaknya, setiap kali kekuatan manusia bertambah, setiap kali itu juga pengakuan akan keagungan Allah yang maha Mutlak juga bertambah, kerana setiap kali dayanya bertambah, setiap kali itu ia menyedari dari mana sumber kekuatan itu...

(Sayyid Qutub- Ar-Risalaat Ila Ukhti Muslimah)

Indah sungguh perasaan ini, jika dirasakan setiap kali rasa lemah
Barangkali, ini antara rahsia mereka mampu mencetak pemuda-pemuda demi menyusun batu-bata spy menjadi sebuah binaan
Yang mampu istiqamah dengan apa yg dilakukan iaitu sesuatu yg telah menjadi jiwa dan raga bagi mereka

Biarpun mereka ditmpa pelbagai ujian dari pihak sekularis
Tapi mereka tetap kuat
Dan fikrah yg mereka pegang menjdkan mereka lebih kuat
Ditambah dgn keyakinan serta penyandaran kepada sumber kekuatan
Menjadikan mereka berganda-ganda kuat


(P/S: hari ini kena pg kelas dengan semangat!!!!)

Wallahua3lam

.a.k.u. .m.e.m.a.n.g. .l.e.m.a.h.

Bismillah

Aku mahu sahabat yg boleh membantu aku utk bgn semula
Aku memang lemah
Tapi aku sudah serik dgn perkara yg membawa kepada kelemahan itu
Memang akan sentiasa ada bisikan syaitan
Yang akan sentiasa mencucuk hati aku sampai aku mati
Tapi.. aku perlukan teman untuk mengingatkan aku tentang sekejapnya hidup di dunia ini
Tentang betapa indahnya syurga
Tentang betapa jauhnya lagi perjalanan dakwah
Tentang perlunya TEMAN YANG BENAR-BENAR TEMAN untuk mengingatkan semua itu

Walaupun aku bukanlah org yg sempurna utk dijadikan teman yg benar-benar teman
Tapi sekurangnya ketidaksempurnaan itu saling melengkapi antara kami semua
Hakikat teman... Mereka yg mencerminkan siapa diri kita
Aku sudah belajar dari kata-kata ini...

Oh Tuhan.. Tolonglah aku...
Kerana aku sudah serik dgn perkara yg membawa kelemahan panjang pada diriku
Kerana kurangnya teman yg benar-benar teman
Kerana takut-takut...
Aku tidak mampu mencari kekuatan

Anugerahkanlah aku teman yg Kau cintai.. dan jadikanlah aku teman yg mencintaiMu

Aku memohon kepadaMu,
Irah
Duwar Qubah