ready
belajar dari masa lalu?
Bismillah
Oh! Entri pertama bulan Ramadan
Ramadan Mubaarak
Moga Allah beri kekuatan utk kuatkan diri tym bulan ni spy dpt mengharungi 11 bulan yg menanti dgn lebih mantap
Hmm..
Akhirnya, 1bulan lebih yg hectic hampir berakhir
Rasa mcm nak je usulkan spy dimansuhkan
Lagi-lagi bila clash dgn Ramadan
Berbalik kpd topik..
Sebenarnya sejak kebelakangan ni asyik terfikir saya pada zaman dulu-dulu
Zaman yg saya sudah tinggalkan di belakang, baik dari segi masa atau perlakuan (Alhamdulillah, moga dikuatkan)
Tapi, pengajarannya sangat perlu dibawa ke masa sekarang dan akan datang
Well, there's a saying, 'Experience is the best teacher' (saying yg direka sendiri)
Dahulu.. saya adalah seorg..
1) Pereka fesyen kpd 3 imaginary butik yg dipamerkan dalam buku. 3 jenama tu ialah Colorado Jeans, MareaIssabelle dan dah lupa.. (minta maaf ummi buat kereta ummi terlanggar tiang lampu lepas tgk koleksi kurang sopan akak) Dan pemilik kpd syarikat architecture WhiteGlobal Company utk siri game The Sims, game yg mampu membuatkan pereka-pereka ketagih.
2) Pengumpul fakta-fakta Sains baik dari buku Detective Conan atau Tunas Sains atau lain lagi. Dan fakta-fakta itu dibukukan di dlm beberapa buah buku. (pernah rasa geram yg teramat dekat siapa yg curi buku tu) Dan juga org yg suka menceritakan fakta-fakta tersebut kpd org lain.
3) Pemikir soalan-soalan Sains dan soalan tu ditulis dalam sebuah buku nota kecil yg dibawa ke mana-mana sahaja. Dalam buku tersebut ada beratus soalan yg tak terjawab smpi sekarang. =_= Ini adlh inspirasi drpd Detective Q, Dan Detective School yg berkata "Seorg detektif perlu berfikir luar dari kebiasaan. Setiap bnda yg dipandang, akan ditafsirkan mengikut kaca mata yg berlainan bukan dipandang begitu sahaja"(lebih kurang ayat walaupun tak tepat)
Jadi timbullah bermacam-macam persoalan pelik yg menyerabutkan kepala je sebenarnya.
4) Budak yg tidak serik dan suka mencuba sesuatu yg baru serta inkuiri yg tinggi. Saya melunaskan keinginan menjahit tangan menggunakan mesin jahit dan mencucuk tapak tgn dgn menggunakan pensil (saya bajet mahsuri sbb darah tak keluar tapi interstitial fluid mungkin?) serta menstapler jari sendiri
5) Penjawab soalan-soalan mengenai Health and Diet di Yahoo! Answers (sapa yg pernah main tahulah mcm mana seronoknya kumpul points dan dipilih sbg Best Answer) Betapa tegarnya diri saya, buku tebal Reader's Digest Foods that Harm, Foods That Heal diletakkan di sblh saya sbg sumber jawapan.
Oh! Sgt ketara taksubnya saya pada Sains. Sehinggakan nilaian saya telah bertukar sama sekali. Tiada obsesi Allah dalam setiap pandangan. Tapi obsesi yg bersifat logika.
Terima kasih Ummi Abah kerana bersabar menjaga diri ini.
Tapi, apabila Allah menakdirkan saya mengenal Dia dan Islam yg sebenarnya, tidak terdetik untuk kembali kepada masa lalu.
Tapi, saya kena belajar dari masa lalu.
Kesungguhan saya mencari ilmu. Sikap yg tidak serik. Kepuasan berfikir. Rajin yg terlebih. Mempunyai pegangan yg ditanam kukuh dalam diri.
Alangkah bagusnya jika semua itu diserapkan dalam Dakwah dan Tarbiyah yg berobsesikan Allah dengan himmah (semangat) yg sama, barangkali lebih berganda tapi didasari oleh iman.
Perlu bersungguh memfikrahkan ilmu.
Perlu banyak berfikir tentang ummat dan improvement diri sendiri.
Perlu belajar bersungguh-sungguh sbg alat khalifah.
Perlu banyak mencari dan memberi.
Perlu terus berpegang teguh dgn risalah Islam.
Sangat tersentuh dengan ayat 29, surah Al-Anfaal
Dia menunjukkan kita nilaian sbnr.
Ahli byt Syurhabil, tolong ingtkan saya! huhu...