tAk KeNaL mAka tAk CinTa

Salam Ramadhan..Salam Mujahadah..Salam Mahabbah

Alhamdulillah, kita sempat menyambut Ramadan tahun ini...
Seronoknya...
Tapi ada yg dah pikir lebih jauh
Sebab lepas Ramadan, RAYA!!
Yang pikir lebih jauh..
ADAKAH AKU SEMPAT UNTUK MENYAMBUT PUASA TAHUN DEPAN...

Sedikit coretan mengenai Ramadan...

Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah..
Segala persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan.
Tidak cukup dengan hanya mengemas rumah
Bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk pada siling yang sebelum ini tidak pernah dibuang.
Semua ini dilakukan hanya untuk menyambut tetamu istimewa itu.
Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu telah tiba.
Pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.

Begitu juga dengan Ramadan...
Sepatutnya, ketibaan bulan yang sering kita sebut sebagai tetamu istimewa ini disambut dengan lebih luar biasa, lebih istimewa.
Namun, persiapannya berbeza dari perspektif ibadah, tarbiyah.

Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah setiap hari dibaca disebabkan kesibukan.. persiapan menyambut Ramadan membuatkan kita lebih berusaha untuk bukan sahaja membaca malahan mentadabbur Al-Quran setiap hari.
Jika sebelum ini jarang sekali untuk kita bersedekah..
sekarang bersedekah menjadi antara amalan utama.
Dan begitu juga dengan amalan-amalan lain supaya amalan-amalan ini akan terus konsisten dan semakin bertambah ketika Ramadan tiba.

Namun begitu...
jika difikirkan kembali..
persiapan-persiapan yang dilakukan seperti situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan jika kita mengenali dan mencintai tetamu itu.
Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali Ramadan yang menyebabkan Ramadan mampu menjadi ‘booster’ bertambahnya amalan, meningkatnya takwa.
Adakah kita benar-benar mengenali Ramadan atau kita hanya mengatahui tanpa menghayatinya?

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk itu dan dan membezakan antara yang benar dan salah….” Surah Al-Baqarah:185

Inilah antara istimewanya Ramadan.
Bulan di mana manual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal kita di syurga diturunkan.
Bukan itu sahaja, kitab Injil, Taurat dan Zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih Allah kepada hambanya...
kerana Dia tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari sendiri jalan yang penuh dengan persimpangan.
Persoalan pokoknya, adakah kita benar-benar mengikut manual yang ditunjukkan Al-Quran?

Bulan Ramadan ini jugalah di mana kasih Allah pada hambanya mencurah-curah dengan pelbagai anugerah.
Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, syaitan dirantai, pahala amalan berganda-ganda.
Bulan ini juga membuktikan betapa cintanya junjungan nabi Muhammad S.A.W kepada kita...
umatnya yang tidak pernah baginda temui.

Buktinya, adanya Lailatul Qadar.

Rasulullah S.A.W pernah mengadu kepada Allah
bahawa umatnya mempunyai jangka umur yang pendek jika dibandingkan dengan umat yang terdahulu.
Baginda mengadu lagi bagaimana ibadah umatnya dapat menandingi ibadah umat-umat yang terdahulu di mana jangka hayatnya lebih panjang.
Kemudian, dikurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad yang lebih baik dari seribu bulan.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah:

Perang Badar Al-Kubra terjadi
Mekah dikuasai
Sebagian peristiwa dalam perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadhan
Islam sampai ke Yaman
Penghancuran berhala Latta dan Uzza di bulan Ramadhan
Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan Utsmani
Pasukan Mongol dihancurkan di Palestina pada bulan Ramadhan
Penyerahandiri penduduk Taif kepada Rasulullah
Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Penaklukan Andalus
Mesir menghancurkan kekuatan Isreal di Suez

Pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’ terbukti di sini.
Apakah erti Ramadan bagi kita?
Adakah ia sama sahaja dengan bulan-bulan lain?
Atau benarkah ungkapan ‘kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi’ benar-benar tersemat dalam diri?

Semoga kita semua termasuk dalam golongan manusia yang beroleh keuntungan hasil dari kehebatan Ramadan ini.

Selamat menjalani ibadah RAMADAN.

...:::ERTI PERJUANGAN:::...

Salam jihad buat semua...

Sebelum berceloteh pendek
izinkan saya untuk luahkan perasaan sebentar..

Sebenarnya
Semalam hari Jumaat
Bnyak perkara yang tak diingini berlaku
Sangat banyak

Saya rasa tak perlulah cerita
Kalau cerita pun, anda takkan faham perasaan saya
Sebab hanya Dia sahaja yang faham

(P/S: Honestly, peristiwa hari itu benar-benar mengajar saya yang sebaik-baik tempat mengadu ialah Allah sbb org lain takkan faham betul-betul perasaan kita)

Cerita yg sebenarnya mahu dismpikan ialah......

Semalam...(hari yang sama...tapi berkisar waktu malam)
Saya borak-borak dengan Abah tentang negara Islam

Abah kata...
Sama ada Islam belu tertegak
Atau belum tertegak
Tetap ada ujian

Kalau Islam belum tertegak
Ujiannya seperti skrg ini
Kalau Islam sudah tertegak
Ujiannya dalam bentuk yang lain pula

Kejayaan yang sebenarnya bermula
Bukanlah ketika Islam sudah tertegak nanti
Tetapi apabila kita berjuang untuk menegakkan Islam

Abah kata lagi...
Dalam dunia ni ada 3 golongan
Golongan yang tidak peka langsng sama ada dunia ini sedang berubah atau tidak
Golongan yg peka dengan perubahan tapi tak mahu menyumbang sama
Golongan yang peka dgn perubahan dan melakukan sesuatu

Saya terfikir sejenak...
Teringat tentang satu perkara
Allah doesn't matter wat the outcome
But He cares of our effort

Saya terfikir lagi...
Adakah saya ni betul-betul keluarkan effort demi Islam?
Dan adakah Allah menerima effort saya ini?
Bagaimana pula dgn anda?

Wallahu a'lam

...::: MaNa RuMaH aSaL? :::...


Salam 'alaik...

Saya puas?
Nampaknya, saya masih tak puas
Ini post kedua untuk hari ini

Sebenarnya....
baru lepas exam computer literacy petang tadi
Agak susah!!

Sebenarnya...
Teringat dengan apa yang ustaz Ridhaudin tanya...

"Kenapa awal-awal lagi Allah berfirman kepada malaikat untuk jadikan khalifah di muka bumi sedangkan masa itu nabi Adam masih dalam syurga?"
Buktinya...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat 'Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi'..."
(surah Al-Baqarah:30

Allah menyatakan ayat ke-30 dahulu, kemudian, Dia menyatakan pula ayat ini....

"Dan kami berfirman, 'Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga dan makanlah dengan nikmat (berbgai makanana) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi0 janganlah kamu mendekati pohon ini. Nanti kamu akan termasuk orang-orang yang zalim"
(Surah AlBaqarah:35)

Dan akhirnya, barulah ayat yang menyatakan penurunan Nabi Adam ke muka bumi

"Lalu syaitan memperdayakan keduanya dari syurga...." (Surah Al-Baqarah:36)

Kemudian ustaz jawab...
(Ustaz tanya kami..tetapi beliau yang menjawab)

Ini bermakna...
Rumah sebenar kita ialah SYURGA.
Dan itulah tujuan Al-Quran diturunkan
Sebagai peta bagaimana untuk kembali ke rumah kita
Siapa yang tak jumpa jalan...
Akan tersesat ke neraka..
(Ya Allah, jauhilah diri kami dari kesesatan)

Wallahu a'lam

Bi'ah

Salam 'alaik...

Dahulu....
Apabila berpindah ke tempat baru, saya cenderung untuk memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan diri di tempat itu.
Sekarang...
Saya cuba untuk berfikir bagaimana untuk mewujudkan bi’ah solehah (persekitaran yang baik) di mana saja tempat yang saya pergi.
Biarpun kekuatan saya masih belum mantap....
Tapi saya tetap ingin mahu merubah suasana itu...
Sya pasti anda juga begitu

Saya pernah terbaca dari blok seseorang
Bunyinya lebih kurang begini “Terdapat banyak golongan yang leka di luar sana, Namun, ada juga golongan yang sentiasa ingin melakukan perubahan ke mana saja mereka pergi”.
Saya juga mahu menjadi seperti ini.
Merekalah Muhsinin dan Mukhlisin yang bergerak untuk Islam.

Mewujudkan bi’ah solehah sama seperti menegakkan syi’ar Islam.
Ini bertepatan dengan tujuan utama kita diciptakan ke muka bumi ini adalah sebagai khalifah Allah
iaitu untuk menarik manusia yang terkeluar dari kandang ubudiyyah ke tempat asalnya.

Bi’ah solehah juga boleh membantu diri kita sendiri
iaitu dengan adanya teguran rakan-rakan saat kita lemah iman.
Mungkin juga, melalui perlakuan rakan-rakan kita sudah mampu menyedarkan kita kembali.
Dan mengikut pengalaman saya, sahabat-sahabat kita yang sudah terdidik dengan bi’ah solehah akan menjadi pesaing kepada kita supaya menjadi lebih baik.
Namun, ini semua lebih terkesan andainya wujudnya bi’ah solehah.
Namun, inilah masalah saya, kurang kekuatan untuk memulakan persekitaran yang baik ini....



Pengalaman saya : Untuk mengetahui jalan kebenaran, untuk memantapkan keimanan dan fikrah, ramai orang memilih untuk ke usrah atau ke majlis-majlis ilmu agama yang lain.
Namun begitu....
Tidak ramai yang memilih untuk mengaplikasikan apa yang diperoleh dari majlis agama atau usrah.
Tidak ramai yang membuat ‘follow-up’ daripada menghadiri usrah.
Dan ini menyebabkan fenomena ‘tazkirah hanya di waktu usrah’ berlaku.
Di mana, kita mula insaf sebentar di waktu usrah dan kembali ke tabiat asal kita selepas itu. (saya mahu baiki diri saya)
Sedangkan, bi’ah solehah boleh menjadi tazkirah sepanjang masa untuk diri kita.
(kadang-kadang saya terlupa kerana terlalai dengan dunia)

Saya teringat naqibah saya, Kak Aisyah mengatakan, ‘usrah sebenar bermula apabila setelah tasbih kafarah dibaca sehinggalah pembacaan surah Al-Fatihah yang seterusnya’

Alhamdulillah....
Saya menyedari betapa tersangat-sangat pentingnya untuk mewujudkan bi’ah solehah dalam keluarga kerana ia boleh menjadi penguat iman dan perangsang diri.
Pendapat saya, tidak perlulah memulakan gerakan ‘mewujudkan bi’ah solehah’ dengan melakukan perkara yang berat dan secara drastik.
Bagi saya, mulakan dengan sunnah nabi seperti membaca do’a masuk toilet, doa belajar, solat berjemaah dan banyak lagi.




“Tegakkanlah Islam di dalam diri, nescaya akan tertegaklah Islam di atas muka bumi”(Hassan Al-Hudaibi-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-2)

Peringatan buat diriku yang sering lupa...

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menguatkan Islam dalam diriku

..::HADIAH DARI TEMAN::..

Salam 'alaik

Sekadar ingin meluah rasa...
Sabtu, 8 Ogos 2009, saya ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu

Walaupun pada mulanya, pilihan yang terlalu banyak membuatkan diri saya keliru untuk memilih ke mana arah yang harus dituju..
Sama ada ke majlis kahwin Ustaz Jalaludin di Negeri Sembilan, atau game atau ke Darul Quran..

Sebelum itu juga, rakan sekelas juga ada mengatakan pada saya untuk membatalkan niat saya ke Darul Quran...katanya, "Bukannya majlis konvo batch kita pun..."

Namun, hati ini tetap yakin bahawa saya perlu memilih ke Darul Quran...



Alhamdulillah... keputusan yang saya buat tidak merugikan

1) Saya dapat juga berjumpa dengan rakan sefikrah, Saadah Zainal
2) Saadah memberi saya buku '50 KATA-KATA BERPENGARUH DAN CERITA DISEBALIKNYA' dan poster Pesanan Luqmanul Hakim
3) Saya berjumpa dengan kak Fairuz, fasilitator saya pada waktu dahulu
4) Ada juga buku yang saya beli dari sana, GERAKAN FREEMASONRY, dan beberapa souviner
5) Berkongsi pengalaman dengan Husna yang memberi pengajaran kepada kami
6) InsyaAllah, dapat keberkatan dari tempat yang diberkati

------------------------------------------------------------

PENGEMIS CINTA ILAHI, PERINDU SYAHID SEJATI menulis pada saya...

Ya sohibati Nadhirah,
Moga ukhuwah kita tetap mekar berbunga meskipun jauh di mata, di hati tetap bertakhta....

Sedikit bingkisan rindu...
"Bila kamu resah, pergilah ke majlis ilmu,
Jika keresahan masih mendakap kamu, bacalah Al-Quran
Jika keresahan tetap belum hilang, bersunyi-sunyilah di malam hari, adukan rasa hati pada Tuhan,
Jika masih lagi resah, doalah kepada Allah agar ditukar hati kamu kepada yang lain"
(Ibnu Mas'ud)

'Selamat berjuang Sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkanku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita'

"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah, dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila ia berbicara, ia berbicara dengan Allah. Apabila ia berdiskusi, diskusinya tentang Allah, ia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama Allah. Maka ia dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah"
(Abu Bakar Al-Kattani)

-----------------------------------------------------------


Syukran, ya ukhti..
Ana uhibbuki fillah...
Wa uhibbukum fillah...

Saya tahu, sahabatku ini mahu Islam tertegak di muka bumi ini..
Begitu juga saya




Wallahu a'lam

Salah Siapa?

Salam 'alaik...

*saya sedang memikirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini*




Saya terfikir...
Kalau masing-masing mengharapkan orang lain untuk menegur orang yang berbuat salah...
sedangkan mereka menyedari tentang keperluan amar ma'ruf nahi mungkar..
Apa akan terjadi pada umat ini?

Saya juga terfikir...
Kalau masing-masing ingin menyalahkan orang lain...
Tanpa ada kesedaran untuk membaiki ummah
Siapa yang mahu membetulkan apa yang salah?

Hakikatnya...
Iman yang menggerakkan diri untuk melakukan perubahan...
Iman yang merangsang diri untuk mencari kekuatan...

*Semoga kita thabat di atas jalan kebenaran*

Walau apapun...
"KEKUATAN PERLU DICARI BUKANNYA DITUNGGU"

DI MANA PRINSIP HIDUPKU?

Assalamualaikum...

Setelah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup, semakin jelas dalam diri saya kepentingan memegang prinsip hidup berlandaskan Islam yang sebelum ini saya cuba tanamkan dalam diri. Di mana saya telah berjanji untuk berpegang dengannya walau di mana saya berada. Saya pasti kadangkala, kita pasti akan berdepan dengan situasi yang membuatkan kita teragak-agak sama ada untuk mempertahankan prinsip kita atau menyerahkan diri kepada keadaan tanpa berbuat apa-apa tindakan.

Saya teringat dengan firman Allah yang menyatakan, “ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan, kamu masih teragak-agak” Surah Ali ‘Imran:142-143

Benar. Berdasarkan ayat ini, secara perkaitan dengan kehidupan diri sebagai remaja Muslim, dapat kita lihat bahawa sebelum ini berdegar-degar kita menyuarakan prinsip kita untuk melakukan itu dan ini, untuk menjauhi itu dan ini baik dalam hati kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Namun, apabila kita benar-benar berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita untuk menegakkan syiar, kita mungkin keliru dengan apa yang hendak dilakukan. Sedangkan menegakkan prinsip Islam dan tegar dengan prinsip itu sebenarnya salah satu cara untuk menegakkan syi’ar Islam.
Berada di dunia yang sekular ini menyebabkan kita acap kali berhadapan dengan situasi yang terang-terangan bertentangan dengan Islam. Ingin juga saya berkongsi cerita mengenai peristiwa yang benar-benar mencabar prinsip saya dan sahabat.
2 orang peserta dari setiap group dipilih oleh fasi untuk menjadi pasangan pengantin pada malam kebudayaan. Soalan- soalan seperti ‘Bagaimana oleh boleh menyukai pasangan awak? Apa perasaan awak sekarang ini? Apa bukti yang awak mencintai pasangan awak?’ dan sebagainya ditanya kepada salah seorang dari ‘pasangan pengantin’. Kadangkala, jawapan yang diberikan berbau lucah dan menjurus kepada keruntuhan akhlaq sebagai seorang Islam. (sungguh tak patut)
Situasi ini menyebabkan ramai yang kalah, dan hanya segelintir yang menang dalam menangani masalah ini dengan solusi yang sepatutnya. Bagi saya, saat inilah golongan yang menyayangi Islam perlu menegakkan prinsip Islam yang sebenar. Menunjukkan kepada mereka yang tidak tahu bagaimana cara Islam yang sebenarnya.
Situasi seperti ini menyedarkan saya bahawa kadangkala kita tidak mampu menghalang sesuatu yang kita tidak sukai dari berlaku. Sudah takdir bahawa perkara tersebut akan berlaku dan mahu atau tidak mahu kita perlu berhadapan dengannya. Jadi, jadikanlah ia sebagai medan dakwah iaitu untuk memberitahu gaya hidup Islam dan syari’at Islam yang sebenar. Untuk memberitahu kepada yang jahil, mengingatkan orang yang lupa, menyedarkan mereka yang lalai.
Saya juga menyedari, peristiwa seperti ini mungkin akan dijadikan rujukan oleh segelintir yang masih mencari-cari cara untuk menjadi Muslim sebenar. Mengapa saya katakan begini? Kerana ia pernah juga berlaku pada diri saya. Dahulu, saat saya keliru dengan apa yang hendak dilakukan ketika berhadapan dengan satu situasi, saya cuba mengingat kembali apa yang dilakukan oleh mereka yang lebih ‘alim apabila mereka berhadapan dengan situasi yang hampir sama.
Tidakkah kasihan andai orang yang mencari itu salah anggap bahawa cara yang ditunjukkan itu betul sedangkan ia bercanggahan sama sekali dengan cara Islam. Jelas bahawa sungguh penting untuk menegakkan prinsip Islam terutama bagi mereka yang sudah maklum diri mereka sentiasa menjadi rujukan orang lain.
Walau apapun, dalam realiti kehidupan sebenar, prinsip yang sentiasa dipegang kukuh membolehkan orang lain jelas dengan diri kita. Orang sekililing tidak confuse dengan siapa kita, apa agama kita, apa pegangan kita. Secara tidak langsung, apa yang kita lakukan mempamerkan diri kita. Lebih-lebih lagi, diri kita tidak hanya memegang title diri, tapi kita juga memegang nama ibu bapa kita juga nama AGAMA. Jangan biarkan Islam dipandang hina kerana kita, jangan biarkan Islam dihina kerana kita, tapi biarlah kita yang menyebabkan Islam dipandang mulia kerana KITALAH DUTA AGAMA.
Pada hakikatnya, prinsip-prinsip diri yang berlandaskan Islam sebenarnya yang menjaga diri kita dari terjerumus ke lembah yang tidak sepatutnya. Keberanian untuk mempertahankan prinsip pada kali yang pertama akan menyebabkan keberanian yang padu dalam jiwa. InsyaAllah.

ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG BERJAYA MENGUASAI PERSEKITARAN,BUKANNYA MEMBIARKAN PERSEKITARAN MENGUASAI DIRINYA. DAN UNTUK MENGUASAINYA, BINALAH PRINSIP ISLAM DAN BERPEGANG TEGUHLAH DENGANNYA.

Wallahu a'lam..