tAk KeNaL mAka tAk CinTa

Salam Ramadhan..Salam Mujahadah..Salam Mahabbah

Alhamdulillah, kita sempat menyambut Ramadan tahun ini...
Seronoknya...
Tapi ada yg dah pikir lebih jauh
Sebab lepas Ramadan, RAYA!!
Yang pikir lebih jauh..
ADAKAH AKU SEMPAT UNTUK MENYAMBUT PUASA TAHUN DEPAN...

Sedikit coretan mengenai Ramadan...

Bagaikan menanti tetamu istimewa datang ke rumah..
Segala persiapan yang lebih dari biasa juga akan kita lakukan.
Tidak cukup dengan hanya mengemas rumah
Bahkan membeli perhiasan baru atau membuang habuk-habuk pada siling yang sebelum ini tidak pernah dibuang.
Semua ini dilakukan hanya untuk menyambut tetamu istimewa itu.
Apatah lagi apabila tetamu istimewa itu telah tiba.
Pasti kita akan melayaninya dengan lebih istimewa.

Begitu juga dengan Ramadan...
Sepatutnya, ketibaan bulan yang sering kita sebut sebagai tetamu istimewa ini disambut dengan lebih luar biasa, lebih istimewa.
Namun, persiapannya berbeza dari perspektif ibadah, tarbiyah.

Jika sebelum ini Al-Quran bukanlah setiap hari dibaca disebabkan kesibukan.. persiapan menyambut Ramadan membuatkan kita lebih berusaha untuk bukan sahaja membaca malahan mentadabbur Al-Quran setiap hari.
Jika sebelum ini jarang sekali untuk kita bersedekah..
sekarang bersedekah menjadi antara amalan utama.
Dan begitu juga dengan amalan-amalan lain supaya amalan-amalan ini akan terus konsisten dan semakin bertambah ketika Ramadan tiba.

Namun begitu...
jika difikirkan kembali..
persiapan-persiapan yang dilakukan seperti situasi-situasi di atas hanya akan dilakukan jika kita mengenali dan mencintai tetamu itu.
Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali Ramadan yang menyebabkan Ramadan mampu menjadi ‘booster’ bertambahnya amalan, meningkatnya takwa.
Adakah kita benar-benar mengenali Ramadan atau kita hanya mengatahui tanpa menghayatinya?

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk itu dan dan membezakan antara yang benar dan salah….” Surah Al-Baqarah:185

Inilah antara istimewanya Ramadan.
Bulan di mana manual-manual perjalanan kita semasa di dunia untuk kembali ke rumah asal kita di syurga diturunkan.
Bukan itu sahaja, kitab Injil, Taurat dan Zabur juga diturunkan pada bulan ini. Terbukti kasih Allah kepada hambanya...
kerana Dia tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari sendiri jalan yang penuh dengan persimpangan.
Persoalan pokoknya, adakah kita benar-benar mengikut manual yang ditunjukkan Al-Quran?

Bulan Ramadan ini jugalah di mana kasih Allah pada hambanya mencurah-curah dengan pelbagai anugerah.
Pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, syaitan dirantai, pahala amalan berganda-ganda.
Bulan ini juga membuktikan betapa cintanya junjungan nabi Muhammad S.A.W kepada kita...
umatnya yang tidak pernah baginda temui.

Buktinya, adanya Lailatul Qadar.

Rasulullah S.A.W pernah mengadu kepada Allah
bahawa umatnya mempunyai jangka umur yang pendek jika dibandingkan dengan umat yang terdahulu.
Baginda mengadu lagi bagaimana ibadah umatnya dapat menandingi ibadah umat-umat yang terdahulu di mana jangka hayatnya lebih panjang.
Kemudian, dikurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad yang lebih baik dari seribu bulan.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa hebat dalam sejarah Islam yang berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah:

Perang Badar Al-Kubra terjadi
Mekah dikuasai
Sebagian peristiwa dalam perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadhan
Islam sampai ke Yaman
Penghancuran berhala Latta dan Uzza di bulan Ramadhan
Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan Utsmani
Pasukan Mongol dihancurkan di Palestina pada bulan Ramadhan
Penyerahandiri penduduk Taif kepada Rasulullah
Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Penaklukan Andalus
Mesir menghancurkan kekuatan Isreal di Suez

Pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’ terbukti di sini.
Apakah erti Ramadan bagi kita?
Adakah ia sama sahaja dengan bulan-bulan lain?
Atau benarkah ungkapan ‘kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi’ benar-benar tersemat dalam diri?

Semoga kita semua termasuk dalam golongan manusia yang beroleh keuntungan hasil dari kehebatan Ramadan ini.

Selamat menjalani ibadah RAMADAN.

2 comments:



[MH] said...

Salam Nadh,Rindu sangat nak mentadabbur ayat2 Al Qur'an bersama antunna
Terkilan juga rasanya bila tak dpt saam2 merayakan Ramadhan bersama kalian :(

Take care,
kirim salam juga pada adik2 akak yg lain ya

.n.a.k. said...

salam kak fathy..
nampaknya masa jealous sgt2 kat kita ni...
kite x dpt jumpa lah
sdeh
tp nti kalu kite ziarah mesir, kte ziarah akak
:)
InsyaAllah
smoga thabat di jalan tarbiyah dan jalan dakwah

All da best... syukran lak