Kita saudara??

Salam 'alaikum

Cerita yang akan saya ceritakan...
Adalah cerita benar!!


Dulu-dulu...
Saya langsung tak kisah tentang apa yang berlaku di Palestin
Lantaklah..
Sape yang kena tembak..
Sape yang kena bunuh..
Sape yang kena rogol..
Saya macam takde perasaan langsung!!
Kalau ada pun..
Time tgk video clip atau ada ceramah-ceramah tentang Palestin


(sungguh kejam!! Tapi, dulu saya tak peduli semua ni..Bagaimana dengan anda?)


(Bagaimana pula dengan ini? Andai terjadi di negara kita... Na'uzubillah!!)

Kalau ada perbincangan dengan kawan tentang saudara seIslam...
Banyak juga yang kami bincangkan
Tapi rupanya... hanya sekadar di permukaan
Tak masuk lagi kisah-kisah disebaliknya yang lebih mendalam
Yang membuatkan saya menjiwai sedalam-dalamnya

Sebabnya...
Bagi saya...
Mereka bukan family saya
Mereka tiada kena mengena dengan saya
Apa susah!!
Bila mati kubur lain-lain (selalu je dengar ayat ni)

Maklumlah...
Saat itu saya tak faham lagi
Bahawa umat Islam ini seperti satu anggota
Kalau dicubit paha kanan, kiri terasa juga
Saya tak faham lagi...
Bahawa nabi tidak mengaku orang yang tidak memperdulikan saudaranya sebagai umatnya ketika di akhirat nanti
Walaupun saya tahu
Tapi saya tidak faham

Tapi...
Bila suara Gaza kedengaran bulan Januari lalu
Saya mula menyedari
Bahawa selama ini...
Saya bergembira tika saudaraku yang lain dalam duka
Saya bergelak tawa tika saudaraku yang lain menangis hiba
Saya dalam kelalaian tika saudaraku yang lain sedang peka
Dengan di mana bom dijatuhkan
Ke mana missile dihalakan



(Helikopter2 yang membawa missile sering berlegar-legar di udara penjara terbesar di dunia...GAZA)


(Kalau hari itu ditakdirkan Allah rumah si fulan mahu dibom oleh Zionis Israel..BOOM!!!)

Waktu itu...
Saya mula mencari..
Bahagian mana yang saya mampu untuk tolong
Tapi..
MASALAHNYA..
Saya tak tahu nak mula dari mana

Saya mencari puncanya...
Punca ketidaktahuan itu!!
Rupanya.. saya tak tahu the origin of the story
saya tak tahu kenapa terjadinya badai di Palestin

Jadi saya mula mencari
Menghadiri ceramah-ceramah yang menceritakan tentang sejarah dan konflik di Palestin
Membeli buku-buku tentang Palestin
Menjadi promoter buku Palestin (hehe.di Pesta Buku Antarabangsa 2009)
Sehinggalah..
Saya tahu dan saya dalami konflik di sebaliknya
(tetapi bukanlah 100%)


(Palestin...negara yang diisytihar oleh Saidina Umar Al-Khattab sebagai tanah orang Islam diakui Yahudi sebagai milik mereka!! Kini..mereka yang dilaknat Allah menguasai Palestin malah menguasai dunia buat masa ini)

-------------------------------------------------------------

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
Al-Hadith




(Mereka inilah golongan yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadith)

-------------------------------------------------------------

Sebagai epilog
Terimalah cerita ini...~
Hari raya pertama
Saya berkesempatan menemui 2 orang akhawat Thailand (Ukht Asma' dan Ukht Fadhilah) yang belajar di Jordan
Saya bertanyakan salah seorang dari mereka bagaimana keadaan tempat tinggalnya
Katanya...
Tempat tinggalnya tidak aman (kerana di situ majoritinya orang Islam)
Sejak dahulu lagi
Pasti ada sahaja serangan
ceritanya lagi..pada bulan Ramadan yang lalu
Ramai yang ditembak ketika solat tarawih

Ya Allah!!
Saat itu saya jadi hiba
Mata saya berair
Hanya tinggal untuk berlinang sahaja (Sungguh!! saya tak tipu)
Sedih mendengar nasib saudaraku

Saya bertanya lagi kepadanya
Ada atau tidak perasaan takut tinggal di situ?
Katanya..
Kejadian tembak secara tiba-tiba sudah biasa bagi mereka

Subhanallah!!
Pasti.. Mereka pasti sentiasa bersedia memburu syahid
Menang atau syahid!! Inilah target tentera-tentera Islam

Begitu juga penderitaan saudara kita di Uighur
Jika didapati ada yang bangun malam
untuk bersahur atau melakukan ibadah lain
Nahaslah mereka!!
Mereka ditegah melakukan kebaikan tetapi kita diajak melakukan kemungkaran!!
Inilah agenda MEREKA LA'NATULLAH





*Ya Allah, bebaskanlah pemikiran, hati dan diri kami dari agenda musuh-musuhMu yang mahu mnghancurkan Islam*

P/S: Saya tak tahulah kenapa saya punya blog tak boleh gne tulisan, size and colour lain... nk center align pon takleh..Pelik2)

Wallahu a'lam

kuat??

Salam 'alaik...

Just a short entry...

Kekuatan JIWA dapat dicapai dengan IMAN
Kekuatan AKAL pula dicapai dengan ILMU
Kekuatan ANGGOTA dicapai dengan SENAMAN


"Dan persiapkanlah apa sahaja kekuatan yg kamu sanggupi"(8:60)

Kebenaran memerlukan kekuatan untuk mempertahankannya...

>>> Kita mestilah mempertanggungjawabkan diri untuk mewujudkan kekuatan ini
Dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha untuk mencari sebab-sebab yang membawa kepada kekuatan ini <<< Imam Hasan Al-Banna

Persoalannya...
Adakah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kekuatan tersebut?
Sedangkan kafirin berlumba-lumba menanam pelbagai kekuatan dalam diri mereka...
Bagaimana mahu tandingi kekuatan mereka baik dari segi ilmu ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sekiranya kita tiada atau kurang kekuatan tersebut?
Jadi, mari bersama kita bina kekuatan!!



Abdus Salam memenangi Nobel Prize dalam Physics dan orang pertama membaca ayat Al-Quran ketika majlis penyampaian Nobel Prize


Kematian Imam Hasan Al-Banna amat menggembirakan golongan kafirin dan munafiqin


Yvonne Ridley, wartawan British yang kemudiannya memeluk Islam tetap teguh dengan aqidahnya walaupun dikecam


Sheikh Ahmad Yassin, pengasas HAMAS di Palestin. Mampukah orang yang tidak kuat menubuhkan pertubuhan yang diburu oleh Israel hingga sekarang?

"Kekuatan yang perlu dicari bukanlah tertakluk kepada kekuatan iman sahaja, tetapi PUNCA SEGALA KEKUATAN IALAH KEKUATAN IMAN"

Ya Allah, moga kami thabat di atas jalan kebenaran!! Bantulah kami mempersiapkan segala kekuatan~

Wallahu a'lam

TeLah kuJejaKi buMi iTu

Salamun 'alaikum....

Segala puji bagi Allah dan selawat junjungan buat nabi tercinta, Muhammad s.a.w

Jam lebih kurang 5 pagi....
Pada tarikh 13 hb September 2009, Sabtu

dengan langkah kanan,
dengan semangat yang berbara,
dengan niat yang kukuh,
dengan jantung yang berdegup,
dengan doa di dalam hati,
saya keluar dari pesawat ROYAL JORDANIAN
melangkah berpijak ke Queen Alia International Airport, Amman, Jordan
buat pertama kalinya...
Saya yakin...
Hidup baru akan bermula
Dengan tarbiyah terhadap jiwa ini...
Apapun, saya tahu..
Saya perlu ada permulaan yang baik
"Futur (lemah semangat) selepas bersungguh-sungguh adalah disebabkan buruknya permulaan"

............................................................

Tenang..
Sungguh tenang Jordan hari itu
Cuma kehadiran kami yang seramai 43 orang
membuatkan suasana agak kurang tenang
Tapi tidak kelam kabut
Tapi dasarnya, suasana itu memang tenang

Namun, tenang itu tidak seperti hati saya sebelum saya ke Bumi Anbiya' itu
Ada sedikit rasa gembira
Ada secebis rasa sedih
Yang pasti ada sedikit getaran
Ada juga rasa takut

Beberapa hari sebelum saya ke Jordan
Saya membaca buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal yang sebelum ini pernah belajar di Bumi Jordan
Buku itu merupakan buku tarbiyah sedikit sebanyak kehidupan beliau di Jordan
Banyak juga yang saya pelajari dari buku itu
Lagi-lagi...
Pada waktu yang genting itu
Kegembiraan dan kesibukan boleh menutup NIAT saya untuk ke Bumi Anbiya'
Oh! Peringatan amat diperlukan dan amat berguna saat itu.

Kadang-kadang buku sebegitu perlu dibaca
Mungkin ada yang berpendapat
'we don't have any idea of what other's life likes'
Tapi dasarnya, tujuan hidup kita sama
Kita sepatutnya menuju ke arah yang sama
Kita sepatutnya mempunyai niat asal yang sama
Cuma menggunakan kenderaan yang berbeza
Kalau kenderaan sama...
Mungkin jenis yang berbeza
So, siapa kata kita tiada kaitan dengan hidup orang lain?!

Lagi? Kenapa perlu baca?
Supaya kita belajar dari pengalaman orang lain
Supaya kita lebih jelas
perasaan gembira itu untuk apa...
sedih untuk apa...
takut untuk apa...
Sebab..
Kadang-kadang kita tak nampak apa yang orang yang lain nampak
Dan kadang-kadang orang tak nampak apa yang kita nampak


...............................................................

Suatu hari...
Saya berfikir sejenak
Niat (atau dengan kata lain matlamat) perlu dipasang awal-awal
Dan perlu jelas
Sebabnya...Takut-takut.. kalau tiada niat atau matlamat...
Tak nampak mana jalan yang betulnya...
Sebab saya tahu...Kat dunia ni banyak cabang jalannya...
Jalan hiburan...
Jalan glamour...
Jalan ilmu...
Dan macam-macam lagi
Yang akhirnya membawa kepada 2 jalan utama
JALAN KEBENARAN atau JALAN KESESATAN

Kemudian...saya berfikir lagi..
Tiba-tiba..
Perasaan takut mula menguasai diri
Takut sungguh!!
Kenapa?
Sebabnya..Saya takut..
Kalau saya tak dapat apa yang saya patut dapat di Bumi Anbiya' ini..
Terfikir lagi...InsyaAllah saya akan dapat kalau saya mencari
Tapi... saya takut lagi..
Sebab saya takut kalau saya tak tahu saya perlu cari 'itu'...

Namun begitu,
Ketakutan itu semakin reda...
Kerana saya yakin Allah akan membantu saya selagi niat saya betul
Maksudnya memang kena selalu beringatlah
Dan bersangka baik dgnNya...
Sebab Allah kata...
"Aku adalah seperti apa yg hamba aku fikirkan"

Semoga tarbiyah di bumi Jordan dapat mengajar saya serta kawan-kawan yang lain erti sebenar hidup ni

Wallahu a'lam

~KEMBALI~

Salam Ramadhan... Salam Mujahadah...

**Semoga Allah memberi keinsafan kepada kita**

Kembali
Far East

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Amin