Kita saudara??

Salam 'alaikum

Cerita yang akan saya ceritakan...
Adalah cerita benar!!


Dulu-dulu...
Saya langsung tak kisah tentang apa yang berlaku di Palestin
Lantaklah..
Sape yang kena tembak..
Sape yang kena bunuh..
Sape yang kena rogol..
Saya macam takde perasaan langsung!!
Kalau ada pun..
Time tgk video clip atau ada ceramah-ceramah tentang Palestin


(sungguh kejam!! Tapi, dulu saya tak peduli semua ni..Bagaimana dengan anda?)


(Bagaimana pula dengan ini? Andai terjadi di negara kita... Na'uzubillah!!)

Kalau ada perbincangan dengan kawan tentang saudara seIslam...
Banyak juga yang kami bincangkan
Tapi rupanya... hanya sekadar di permukaan
Tak masuk lagi kisah-kisah disebaliknya yang lebih mendalam
Yang membuatkan saya menjiwai sedalam-dalamnya

Sebabnya...
Bagi saya...
Mereka bukan family saya
Mereka tiada kena mengena dengan saya
Apa susah!!
Bila mati kubur lain-lain (selalu je dengar ayat ni)

Maklumlah...
Saat itu saya tak faham lagi
Bahawa umat Islam ini seperti satu anggota
Kalau dicubit paha kanan, kiri terasa juga
Saya tak faham lagi...
Bahawa nabi tidak mengaku orang yang tidak memperdulikan saudaranya sebagai umatnya ketika di akhirat nanti
Walaupun saya tahu
Tapi saya tidak faham

Tapi...
Bila suara Gaza kedengaran bulan Januari lalu
Saya mula menyedari
Bahawa selama ini...
Saya bergembira tika saudaraku yang lain dalam duka
Saya bergelak tawa tika saudaraku yang lain menangis hiba
Saya dalam kelalaian tika saudaraku yang lain sedang peka
Dengan di mana bom dijatuhkan
Ke mana missile dihalakan



(Helikopter2 yang membawa missile sering berlegar-legar di udara penjara terbesar di dunia...GAZA)


(Kalau hari itu ditakdirkan Allah rumah si fulan mahu dibom oleh Zionis Israel..BOOM!!!)

Waktu itu...
Saya mula mencari..
Bahagian mana yang saya mampu untuk tolong
Tapi..
MASALAHNYA..
Saya tak tahu nak mula dari mana

Saya mencari puncanya...
Punca ketidaktahuan itu!!
Rupanya.. saya tak tahu the origin of the story
saya tak tahu kenapa terjadinya badai di Palestin

Jadi saya mula mencari
Menghadiri ceramah-ceramah yang menceritakan tentang sejarah dan konflik di Palestin
Membeli buku-buku tentang Palestin
Menjadi promoter buku Palestin (hehe.di Pesta Buku Antarabangsa 2009)
Sehinggalah..
Saya tahu dan saya dalami konflik di sebaliknya
(tetapi bukanlah 100%)


(Palestin...negara yang diisytihar oleh Saidina Umar Al-Khattab sebagai tanah orang Islam diakui Yahudi sebagai milik mereka!! Kini..mereka yang dilaknat Allah menguasai Palestin malah menguasai dunia buat masa ini)

-------------------------------------------------------------

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
Al-Hadith




(Mereka inilah golongan yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadith)

-------------------------------------------------------------

Sebagai epilog
Terimalah cerita ini...~
Hari raya pertama
Saya berkesempatan menemui 2 orang akhawat Thailand (Ukht Asma' dan Ukht Fadhilah) yang belajar di Jordan
Saya bertanyakan salah seorang dari mereka bagaimana keadaan tempat tinggalnya
Katanya...
Tempat tinggalnya tidak aman (kerana di situ majoritinya orang Islam)
Sejak dahulu lagi
Pasti ada sahaja serangan
ceritanya lagi..pada bulan Ramadan yang lalu
Ramai yang ditembak ketika solat tarawih

Ya Allah!!
Saat itu saya jadi hiba
Mata saya berair
Hanya tinggal untuk berlinang sahaja (Sungguh!! saya tak tipu)
Sedih mendengar nasib saudaraku

Saya bertanya lagi kepadanya
Ada atau tidak perasaan takut tinggal di situ?
Katanya..
Kejadian tembak secara tiba-tiba sudah biasa bagi mereka

Subhanallah!!
Pasti.. Mereka pasti sentiasa bersedia memburu syahid
Menang atau syahid!! Inilah target tentera-tentera Islam

Begitu juga penderitaan saudara kita di Uighur
Jika didapati ada yang bangun malam
untuk bersahur atau melakukan ibadah lain
Nahaslah mereka!!
Mereka ditegah melakukan kebaikan tetapi kita diajak melakukan kemungkaran!!
Inilah agenda MEREKA LA'NATULLAH





*Ya Allah, bebaskanlah pemikiran, hati dan diri kami dari agenda musuh-musuhMu yang mahu mnghancurkan Islam*

P/S: Saya tak tahulah kenapa saya punya blog tak boleh gne tulisan, size and colour lain... nk center align pon takleh..Pelik2)

Wallahu a'lam

3 comments:



silentdreamer said...

sedih la baca pasal mereka dari thailand tu..
sebab rasa dekat je msia dgn thailand..
tapi at the same time rasa jeles jugak iman dan taqwa mereka mesti kuat gila..lagi2 bila ramai yang mati shahid.
subhanallah!!!

nur nailah said...

subhanallah,,allahuakbar!
bezanya keimanan mereka dgn saya...
astaghfirullah...
hope trus thabat ats jln-Nya

Anonymous said...

sme2lah kte mmantapkn imn kte.