Bismillah...
Salam 'alaik...
*Rasanya lama sangat tinggalkan blog ini tak ter'update'*
~Kalu jadikan exam sebagai alasan untuk tidak berbuat perkara yang lain.. macam-macam benda tidak akan berjalan..
Lagi-lagi menjadi student JUST..
hidupnya dengan exam..
Bukankah hidup ialah ujian??
Ujian untuk student JUST- ADAKAH KITA MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM MENGHADAPI UJIAN YANG HAMPIR SETIAP MINGGU ADA DENGAN UJIAN YANG SETIAP DETIK DIKIRA?
Mampukah saya dan kita??
InsyaAllah~
Sebenarnya..
saya tertarik dengan ayat ini...
"Kita tak boleh nak isi air dalam botol yang penuh..
Kalau nak isi, kita kena buang sikit air dalam botol tu untuk masukkan air yang lain"
Ya, saya setuju..
Begitulah perumpamaannya jika kita mahu top-up diri dengan sifat mahmudah
Iaitu dengan mengikis sifat mazmumah
Tapi nak kikis sifat-sifat tu..
kita perlu mengetahui apa sifat mazmumah itu terlebih dahulu...
Sebab kadang-kadang kita tak menyedari
Rupa-rupanya sifat itu telah lama bersarang dalam diri
Ibaratnya...
Kita tidak menyedari bahawa kita sedang menyimpan makanan yang basi di dalam peti
(saya berjaya memikirkan contoh ini sahaja)
Mari bersama kita koreksi diri dengan melihat apakah ciri-ciri ini ada dalam diri kita....
1) Bangga diri
Kita merasakan diri kita yang terbaik!
Sama ada dari segi duniawi atau ukhrawi
Dari segi duniawinya...
Kita tidak senang apabila orang lain mempunyai sesebuah jawatan...
Kita merasakan bahawa pemilik jawatan itu tidak layak dan kita yang layak memegang jawatan itu
Dan apabila kita memiliki suatu jawatan..
Kita merasakan bahawa kita mahu memberitahu semua orang
Dari segi ukhrawinya pula...
Kita tidak senang melihat orang lain membuat lebih banyak amalan dari kita
Kita merasakan kitalah yang paling baik
Tapi... ego untuk membuat sama
Bak kata hati "Kalau aku buat sama.. nanti dia perasan aku ikut dia"
Bukankah Allah telah mengatakan
"Berkejar-kejarlah dalam melakukan kebaikan"
2) Buruk sangka
Sifat ini sangat bahaya...
Terutamanya dalam ukhuwah
Kerana ia boleh mengundang kehausan dalam kemanisan ber'ukhuwah'
Sama ada kita menyangka sahabat kita berfikir yang buruk terhadap kita
Atau kita menyangka buruk terhadap mereka
Hakikatnya...
Kesannya begitu jelas sekali..
Kerana MELALUI HATI, EMOSI AKAN TERHASIL, DAN NATIJAHNYA IALAH TINDAKAN
Mungkin...
Jika kita berasa sahabat kita tidak menyukai kita
Perasaan sangsi akan terhasil
Dan kita bertindak menjauhi sahabat kita
Mungkin juga...
Jika kita berasa sahabat kita mahu menunjuk-nunjuk
Perasaan tidak puas hati akan terhasil
Dan kita mahu menunjukkan bahawa kita pun hebat!!
(saya ulangi sekali lagi ini hanya kemungkinan kerana kuatnya mujahadah kita mungkin akan menunjukkan yang sebaliknya)
3) Mahu sentiasa betul
Satu lagi sifat yang boleh menghakis kemanisan dalam berukhuwah
Biarpun perkataan 'akulah yang betul' tidak terkeluar dari mulut kita
Namun, itulah yang sebenarnya
Kita merasakan diri kita yang betul
Apabila sahabat kita mengatakan 3+2=5 ialah equation yang betul
Kita pula mahu menegaskan bahawa 3x2=6 yang betul
Sedangkan kedua-duanya betul
Bukankah lebih baik seorang yang mengalah
BIAR NAMPAK KALAH, TAPI MENANG MORAL
Mungkin...
Kita hanya mahu memberi atau berkongsi pendapat...
Tapi fikirlah cara untuk berkomunikasi dengan cara yang berkesan
Iaitu dengan tidak membuatkan sahabat kita berasa rendah diri
Atau dengan niat berkongsi bukannya ingin menyatakan bahawa hanya kita seorang sahaja yang mengetahui tentang sesuatu perkara
Dan, aura yang dikeluarkan oleh seseorang yang positif akan dapat dirasai oleh orang lain dan begitu juga sebaliknya...
---------------------------------------------------------
Ketahuilah...
Walaupun manusia
Fizikal luarannya berlainan...
Perangainya bermacam-macam...
Kemahuannya berbagai-bagai...
Namun...
Fitrahnya adalah sama
Semua manusia mahu rasa dihargai...
Semua manusia tidak mahu dipijak hina...
Semua manusia mahu disayangi... (dalam post ni... sahabat yer)
Semua manusia ada maruah yang perlu dijaga...
PELIHARALAH HAK BERSAMA
~P/S: Rindu sama kawan-kawan SMKAKL sekalian... kawan-kawan SEPINTAR...kawan-kawan AL-AMIN... kawan-kawan SKSN...kawan-kawan USRAH...kawan-kawan PLKN...
RINDU FAMILY KAT RUMAH~
Wallahu a'lam
Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
-
Perlu diketahui bahwa setinggi apa pun jabatan, sehebat apa pun profesi,
sebanyak apa pun uang, apabila dihiasi dengan ketidakjujuran, maka tidaklah
akan...
4 years ago
2 comments:
thanx nadh..
4 da peringatan...
like the perumpamaan...
hmm...sy rindu akk^^
Post a Comment