aku berjalan

Salam 3laikum....

Tadi..
Saya cuba mengamati sekeliling
Ketika dalam perjalanan saya ke kedai
Cuba belajar memandang dari hati
Mengaitkan apa yang telah diperolehi

Pandanglah mereka dengan mata hati....


Saya melihat sekumpulan kanak-kanak kecil bermain
Bahagia..
Mereka sungguh bahagia...
(Ada pula yang menarik tudung saya apabila cuba mendekati mereka... dan ada juga yang melambai-lambai kepadaku tanda mesra)
Bahagia mereka membuatkan saya merasa ingin sentiasa melihat mereka bahagia
Saya tak mahu ada yang mengacau keahagiaan mereka
Lantas saya terfikir kanak-kanak di Palestine, Thailand, Iraq, Afghanistan
Barangkali mereka juga bahagia bermain
Bahagia dalam kesengsaraan
Kerana mengharapkan bahagia yang datang dalam keamanan
Bilakah mereka akan mendapat semua itu??
Alangkah..
Andai kanak-kanak yang menarik tudung itu faham hakikat sebenarnya....

Saya melihat pula remaja-remaja yang melepasi saya
Ada yang bertudung, ada yang tidak bertudung
Ada yang berbalas-balas senyuman dengan saya
Bahagia melihat mereka senyum
Kerana ia tanda keikhlasan dari hati
Tanda cinta kepada kebaikan
Namun...
Saya tertanya apakah mereka memikirkan apa yang saya fikirkan saat itu?
Alangkah...
Andai remaja-remaja ini faham hakikat sebenarnya....

Saya terfikir pula tanah yang saya sedang berpijak
Bumi Urdun
Bumi di mana Rasulullah bersama para sahabat cuba melepaskan tanah ini dari genggaman Rom
Ghulibatirrum! Ghulibatirrum!
Namun kini...
Bermaharajalela mereka..Kafiriin..
Propaganda mereka yang menggunakan idea 'tanah kau, tanah kau..tanah aku, tanah aku'
Biarpun sama bangsa, biarpun sama agama
Lihat saja...
Iraq, Iran, Saudi, Jordan, Syria, Malaysia mengakui negara Islam
Pemimpin punya agama yang sama
Alangkah...
Andai mereka faham
Andai semuanya faham hakikat sebenarnya....

Andai semuanya faham hakikat sebenarnya...
Bahawa kita sudah tak punya khalifah
Khalifah yang menjaga kebajikan orang yang dibawahnya
Yang sekiranya jika wujudnya khalifah pada zaman ini..
Tidak ada pergolakan di negara-negara itu
Barangkali baru sedikit kafiriin ingin membantai mereka
Satu batalion tentera dihantar untuk mengugut kafirin itu

Andainya ada khalifah di zaman ini
Barangkali tidak perlu lagi mempunyai passport
Tanah kita di mana-mana
Bebas ingin ke mana-mana
Tiada sekatan untuk kita untuk ke tempat lain
Bahagia....

Namun..
itulah hakikatnya
Khalifah telah tiada...
Tarikh 3 Mac 1924 yg menjadi sejarah
Namun tatkala waktu itu, ramai yang tidak merasakan apa-apa
Atas kejatuhan empayar Islam
Atas ketiadaan khalifah
Kerana kafiriin itu telah menjumpai cara sebenar untuk menyerang Islam
Iaitu dengan memecahkan kesepaduan melalui perbezaan bangsa biarpun sama agama
Serta menjauhkan umat Islam dari Islam

Sedih!!

Tapi harus bermula dari hari ini!!

Kerana tiada Ustaziatul Alam tanpa Empayar Islam
Tiada Empayar Islam tanpa Kerajaan Islam
Tiada Kerajaan Islam tanpa Daulah Islam
Tiada Daulah Islam jika tiada mujtama' Islam
Tiada Mujtama' Islam tanpa Baitul Muslim
Tiada Baitul Muslim tanpa INDIVIDU MUSLIM
INDIVIDU MUSLIM iaitu kita

InsyaAllah ...semoga kita thabat... janganlah Kau hilangkan roh cintakan Islam dalam diri kami...

5 comments:



Salam Abdullah said...

Islam tak memerlukan kita, sebaliknya kita yang benar2 memerlukan Islam,, Mabruk ukht.. Moga dikuatkan Allah.. Sedikit pembetulan, GhulabaTIrrum.. bukan tu.. Syukran.

yellowrose said...

alhmdlh....suka melihat adik2 faham....semoga kita semua thabat...

.n.a.k. said...
This comment has been removed by the author.
sUsu+pUtih said...

melihat setiap inci dgn mata hati: terjemahan iman:)

.n.a.k. said...

salam 3laikum...
to Salam : Yup..betul. kita yg memerlukan Islam... syukran betulkan ayat tu. moga thabat

to yellowrose : hehe.. Alhamdulillah, Allah yg beri kefahaman melalui akak2 sekalian...hihi

to susu+putih :
moga kite terus belajar utk tadabbur bukan hanya melihat
insyaAllah