Mereka dan Kita

Bismillah
Salam 3laikoom
Sallou 3la nabiyy


Mode teringat zaman-zaman muda yang nakal...
Sampai pening orang lain dibuatnya...
Sekarang ni..? Dah matang ke? 


Memanglah...

Tak mudah menjadi seorang pemuda 
Pemuda seperti yang Allah katakan di dalam surah Al-Kahfi
Pemuda seperti Nabi Ibrahim ketika berdakwah kepada kaumnya (Surah Al-Anbiyaa')
 

Saya teringat..
Kisah pemuda-pemuda yang hebat
Di mana..
Mereka bukan sahaja muda
Malahan punya kebijakan dan keimanan yang pekat
Punya semangat yang jitu
Dalam menyelusuri jalan Dakwah dan Tarbiyah


Saidina Ali..
Kanak-kanak pertama yang masuk Islam
Apabila ditanya adakah Ali telah meminta izin ibu dan ayahnya utk menganut Islam
Beliau menjawab dgn bijak "Aku tak minta izin pada ibu dan ayah aku utk lahir ke dunia"

Raf3i dan Samrah
Pemuda berumur lima belas tahun yang ingin menyertai Uhud
Mereka memberitahu Rasulullah kelebihan mereka setelah Rasulullah tidak membenarkan mereka menyertai kerana terlalu muda
Raf3i memberitahu bahawa beliau mahir dalam melembing
Dan Samrah pula berkata bahawa beliau telah mengalahkan Raf3i dalam bergusti


Teringat juga Sultan Al-Fatih
Selepas suatu hari dimarahi oleh ayahnya kerana banyak bermain
Terus berlaku serius membentuk diri untuk menjadi pemimpin yg disebut dalam hadith Rasulullah

Mereka jelas dgn matlamat
Mereka nampak jalan menuju matlamat
Kita?
Tak jelaskah dgn matlamat?

Tak nampak ke jalan menuju matlamat?


Mungkin banyak main...
Yg menyebabkan kabur matlamat dan kabur jalan

(Payah nak cakap pasal ni.. Makan dalam!)


Tajdid Niat, Perkukuh Matlamat, Plan Hidup
Agar zaman as-syabaab tak dibuang begitu sahaja
Kita hanya berusaha dan berdoa
Dia yg Menakdirkan


*Bila dikenang kembali masa lalu.. banyak betul ibrah. Yang pasti, kisah hidup manusia lain-lain.. Sebab Dia Maha Tahu apa yg kita mampu. Keburukan yang kita dah buat masa lalu, boleh jadi penguat utk kita masa akan dtg. Sebab siapa yg hebat di zaman jahiliyahnya boleh jadi hebat di zaman kesedarannya*



*Bantu kami ya Allah*


Wallahu a3lam

0 comments: