Are we a part of them?

Bismillah
Assalam 3laikum
Sallou 3la annabiy

"Dan ketika utusan Kami (para malaikat) dtg kpd Ibrahim dgn membawa khabar gembira, mrk mengatakan, "Sungguh, kami akan membinasakan penduduk kota (Sodom) ini krn penddknya sungguh org-org yg zalim. Ibrahim berkata, "Sesungguhnya di kota itu ada Lut." Mereka berkata, "Kami lbh mengetahui siapa yg ada di kota itu. Kami pasti akn menyelamatkan dia dan pengikutnya kecuali isterinya. Dia termasuk org-org yg tertinggal." 
Al-Ankabuut:31-32

Teringat ketika kami mentadabbur ayat ini ketika stranded di Cairo Airport atas sebab kebangkitan yg berlaku. Kami menisbahkan kerisauan Nabi Ibrahim terhadap Lut dgn Muslimin yg berada di Mesir pada waktu itu. Risaukan keselamatan mereka, risau dgn apa yg bakal terjadi dan apa nasib mereka selepas itu. Sewajarnya, seorg Muslim itu mesti mendalami jiwa Muslim-Muslim yg lain biarpun berlainan nama keluarga, bangsa, tapi kita tetap satu agama.
Tapi, sejarah yg baru tercatat dah buktikan yg mereka memperoleh kemenangan pertama; kroni jahiliyah turun takhta dan kemenangan juga bg mereka yg syahid. Biarpun masa depan mereka masih lagi tidak diketahui tapi mereka berjaya memperoleh apa yg mrk perjuangkan.

Counter strike sebenar sdg berlaku di dunia realiti. Bertempur biarlah di alam realiti bukanlah di alam maya

Itu mereka. Tapi kita?

Pada saat terjadinya rusuhan, mungkinkah kita hanya melafazkan kelegaan kerana di tempat kita tidak terjadi sedimikian?
Atau mungkin tidak mengambil tahu langsung tentang mereka?
Atau hanya sekadar meng'update' berita terkini kerana takut ketinggalan isu semasa?

Moga kita tidak tergolong dalam kategori di atas. 
Benarlah. Tidak sama mrk yg memperjuangkan Islam sebelum Islam bangkit dan slps Islam bangkit. Pastinya keutamaan di sisiNya terletak pada mrk yg perjuangkan Islam sebelum kebangkitan krn susah payah mrk memalingkn diri dr perkara jahiliyah yg disogok oleh org kafir, memekatkan diri dgn Islam, berjuang dgn harta, nyawa demi keredhaan Allah.
Tapi kemenangan itu bukanlah perkara yg paling utama. Perkara yg lebih besar ialah pengampunanNya dan syurgaNya. (Surah As-Saaf:10-13)
Barangkali, inilah motivasi terbaik kerana jika kemenangan shj yg diburu, mungkin boleh mengundang frust disbbkn perjuangan yg bertrusan tidak menampakkan hasil. Tapi jika redhaNya yg dicari, itulah yg akn berterusan walaupun kita mati sblm hasilnya kelihatan.

Selepas Tunisia, Mesir bangkit.. Kemudian Yaman, Jordan, Bahrain, Libya (walaupun ada antaranya yg hanya memulakan bibit-bibit). Dan pasti, ia tidak terhenti setakat ini dan pastinya akan radiate ke tempat lain. Mereka semakin sedar bhw ketidakadilan dan penindasan berlaku ketika berada di bawah pemimpin yg jahil Islamnya. Barangkali, inilah siri-siri ygmembawa kpd kebangkitan Islam. 

Adakah kita hanya berdiam diri dan menunggu sehingga semua negara Islam bangkit?
Mungkin tidak terlambat utk bersama-sama mrk. Tapi, dr segi masa, ianya sedikit terlambat.
(perkaitan dlm sejarah nabi - tentang perbezaan mrk yg masuk Islam sebelum hijrah dan selepas hijrah serta sebelum dan selepas Fathul Mekah)

Dan, mesti diingat, bukan hanya org Islam yg mengatur strategi utk menegakkan kalimah Allah, tapi mrk yg menentang juga mengatur strategi.

Persoalannya, apakah tindakan kita utk menjadi sebhgian drpd mereka yg sdg berjihad?
Islah nafsak, wad3u ghayrak
Ubahlah diri, dan serulah yg lain
Mari kita 'core'kan diri bersama!
Dan mari kita doakan mereka yg sdg berjihad
Smoga kita menjadi a part of them.

 "Jihad zaman dahulu ialah menentang kufur tapi jihad sekarang ialah bukan sahaja menentang kufur tapi menentang Islam yg kelabu asap"
 
Wallahu a3lam

Hanya padaMU

Salam 3laikum.. Salam Maulud Nabi
Sallou 3la annabiyy..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Ini sahaja yg mampu saya ucapkan setelah beberapa hari berlalu penuh dgn macam-macam dugaan
Bermula dgn malam sebelum bertolak ke bumi tarbiyyah sana
Hingga ke hari ini

Tapi, masalah tak akan selesai
Setiap hari ada perkara yg mendatang
Dari perkara yg kurasa ringan hingga perkara yg berat sgt
Dan setiap hari pasti ada perkara yg perlu dibaiki
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara

Memang terasa hidup bertuhan
Sentiasa mendidik hati ini adalah tarbiyah drNya
Mungkin kalau orang yg tiada Tuhan sbg motivasi
Entahnya, mungkin bunuh diri
Ish, teruk sgt tu
Takpun, mood swing sepanjang bulan 

Saya teringat walaupun dah beberapa hari FZTH berakhir
Tapi, saya merasai kesannya, pengajarannya, zouqnya

Saidina Umar berkata kepada sahabatnya: "Impikanlah"

lalu seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
lalu seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi: "Impikanlah".
Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin"

lalu Saidia Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
 
Bila diingat kembali kata-kata di atas
Terasa terbakar semangat DnT
Terasa perlu berlari lebih laju
Melompat lebih tinggi
Untuk diri kita dan untuk orang lain

Sekalipun, DnT menunjukkan saya betapa banyaknya perkara yg perlu diubah
Tapi, DnT juga mengajar saya utk menjadi rijal
Rijal yg sesuai dgn Generasi Y
Rijal yg tetap dgn pendirian
Rijal yg sentiasa mengembalikan segalanya kpd Allah
Kun Rajulan, Nadhirah!

Walaupun kadang-kadang rasa tak termampu
Tapi, sekarang saya sedar
Saya ada Harun
Juga Abu Bakar
Yang sentiasa cuba mengingatkan
Atau sudi menarik tgn saya saat saya di belakang

Jazakumullah
Moga berjumpa di Jannah!

Wahai Rasulullah, akan aku cuba menyelusuri jalan yg telah dilaluimu bersama mereka-mereka yg menegakkan kalimah Allah!

Wallahu a3lam
[Jika harapan diletakkan kepadaNya, kita akan redha dgn apa yg berlaku.. Tapi, jika harapan diletakkan kepada manusia, boleh jadi kita akan kecewa. Aku perlukanMu ya Allah]