masih ada lagikah bipolar..??

Bismillah
Sallou 3la annabiyy

Buat duah-duah sekalian,

Pernah satu ketika kita merasai kosong
Dan ketika itu sama ada kita tiada apa-apa tugasan
Atau sudah penat dan ingin berehat sebentar dari tugasan kita
Kemudian, kita melalui satu fasa yg membuatkan kita tenggelam keasyikan dalam kerehatan kita
Tenggelam dengan nikmat dunia yang sekejap

Dan setelah sekian lama kita melayani kekosongan kita atau kepenatan kita
Momentum kita utk kembali bekerja untuk Allah telah kurang
Kapasiti makin menurun
Produktiviti apatah lagi


Dan pada saat inilah..
Kita mula memikirkan perkara-perkara kecil atau remeh
Dan kurang alert dengan perkara-perkara besar yang saangat penting yang sepatutnya menjadi tumpuan kita sampai mati
Masalah-masalah hati semakin menimbun
Mudah terasa hati..
Bertelagah mengenai benda yang remeh..


Tahu kenapa begitu?

Jom kita selusuri kisah ini..

Selepas perang Badar berlalu, umat Islam ketika itu masih lagi tidak dapat melupakan keindahan memori tersebut. Mana tidaknya. 313 vs 1000. Namun, kekeliruan berlaku. Mereka mula menimbulkan soal siapa yang lebih kuat. Muhajirinlah lebih gagah. Ansar lah perwira sehingga satu pergaduhan berlaku antara umat Islam sendiri. 

"Dan bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya (Muhammad) pun berada di tengah tengah kamu? Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus" Ali-Imran:102
 
Rasululullah geram dgn apa yg berlaku. Dan Rasulullah sedar bhw perkara yg berlaku ni adlh krn adanya masa relaks kpd sahabat2 dan krn itulah mrk mula memikirkan perkara-perkara remeh..

Bermula dari itu, Rasulullah mula menghantar siri-siri yg membawa kpd perang Uhud, dan seterusnya menghantar utusan-utusan dan jundullah-jundullah utk menyebarkan Islam


Ya! Rasulullah sangat sensitif dgn masa lapang sahabat2..
Bagaimana pula dgn diri kita?


Hoho.. Mungkin bipolar saya sblm ni (rujuk post lepas) adlh kerana ada masa relaks dari kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyah
Mungkin juga kerana krg kefahaman dan mungkin juga kurang keimanan..

Tetapi benarlah! 
"Bila kita tidak disibukkan dgn perkara-perkara besar, kita akn disibukkan utk perkara-perkara kecil yg remeh"  

 selamat bermujahadah kawan-kawan, sahabat-sahabat, adik-adik.. demi tegaknya agama Islam ni

Kita ingin menjadi pejuang-pejuang islam
Biarpun kemanangan itu bukan di generasi kita
Tapi kitalah antara generasi yg menyumbang kpd kemenangan itu
Ya! Kita harus lebih serius dgn dakwah dan tarbiyah ini
Seluruh kehidupan kita utk Islam
Tidak mahu jadi daie yg sekular
Hanya islam ketika program
Tapi, di luar program kita hanyut, kita larut

Astaghfirullah!
Nak menangis T__T sebab rasa bnyk lg bnda yg nk kne cater, bnyk yg kne belajar
Tapi inilah hakikatnya
Kita ada baaaaaanyak bnda yg kne buat, tapi masih tak serius (sayalah ni! T_T tulun saya!)
Sungguh! Saya rasa sgt terharu dengan Allah sbb beri saya peluang utk sedar mengenai perkara ini..
Sedarkan kelemahan-kelemahan saya yg perlu diperbaiki
Sedarkan diri saya utk memanfaatkan setiap masa yang ada untuk Islam
"Kita akan ditanya tentang masa muda, ke mana kita gunakan. Dan kita akan ditanya tentang masa lapang, ke mana kita habiskan"

Terima kasih Allah!
Terima kasih sahabat!

P/S : Baru-baru ini jatuh hati dgn lagu Benammi.. Boleh belajar bahasa Arab sekali
P/S 2 : Syurhabil sdg sunyi. Menanti pejuang-pejuang pulang membawa pengalaman dan semangat
P/S 3 : Masih berusaha menyusun waktu dgn efisien utk dakwah dan tarbiyah.. Study pun a part of tarbiyah kan? Tarbiyah aqli :) 

Wallahu a3lam

Bilik Ar-Rantisi,
with NAI, NSS & NAN
Syurhabil,
Wara' Safeway,
Irbed





0 comments: