Cinta Si Gadis~

Salamun ‘alaikum..

Hari ini saya tergerak hati untuk menulis cerpen..sebenarnya, saya memang suka mereka cerpen, tapi setakat ini tak pernah lagi tersiar di mana-mana majalah :P

[kalau ikut tajuk, bunyinya macam best..takpe..baca dulu]

Semoga cerita ini menjadi ‘booster’ buat diri saya dan pembaca…

LAyyin Sufayya’ melangkah keluar dari bilik dengan kaki kanan sambil mengalihkan kain penutup kepala ke atas rak berdekatan. Sempat juga dia membaca doa keluar tandas di dalam hati "Segala puji Allah yg melindungiku dr penyakit dan menyihatkanku.." Hatinya bertambah tenang setelah satu jam tidak berada dalam keadaan berwudhu’ gara-gara kesempitan waktu. Gadis berumur 20 tahun itu memang begitu. Dia mahu sentiasa berada dalam keadaan suci, bukan sahaja suci dari hadath tapi suci jiwa. Dia sentiasa ingat satu pernyataan yang pernah dibaca dalam sebuah buku bahawa malaikat sentiasa mendoakan org yg dalam berwudhu’. Semestinya, dia tidak mahu melepaskan peluang itu.
Gadis itu melihat jam di tangan kanannya. ‘1 jam lagi majlis tu bermula. Masih sempat lagi ni’, getusnya di dalam hati. Dengan tenang, Layyin Sufayya’ bergerak menuju ke rak telekung berhampiran tingkap.

"Subhanallah…"ucapnya perlahan. Zikir ringan seperti ini benar-benar member kesan kepada hatinya. Dia mengingatkan dirinya dgn ayat di dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda bg org yg berfikir, iaitu org yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata,”Ya Tuhan kami, tidak Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka" –'Ali 'Imran:190-191

Gadis itu sering mendidik dirinya dengan amalan sebegitu. Tarbiyah untuk dirinya sendiri. Dia menyedari bahawa amalan-amalan sebegitulah yang akan memastikan dirinya sentiasa mengingati Allah dan rasulNya di mana natijahnya akan membawa kepada ketenangan jiwa. Bukankah Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran,
"...bahawa hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

Layyin Sufayya' tersenyum menzahirkan ketenanan di dalam hati. Alankah runitnya proses tarbiyah terhadap dirinya sendiri yg dialami sebelum ini. Ya, tidak ada kesenangan dalam menundukkan nafsu. Jika bukan kerana nikmat dan kekuatan yang Allah berikan, dia pasti kalah. Tapi, walau perit manapun cubaan yg harus dijalani, doa adalah harapan. Doa senjata org beriman. Dia kan sentiasa ingat kata-kata itu. Allah Yg Maha Kuat. Allah-lah pemberi kekuatan. Dia sedar dia perlu mohon padaNya.

2 minit berlalu…dengan bacaan Bismillah, gadis itu menyarungkan telekung putih ke mukanya. Gadis itu memang sentiasa mencuba untuk memulakan sesuatu dengan lafaz basmalah. Dulu-dulu, dia berasa mustahil untuk memulakan sesuatu dengan lafaz keramat itu. Namun, jika mustahil, masakan ramai org yang boleh melakukannya? Dia mencuba. Tidak berguna ilmu tanpa amal. Namun, tidak cukup amal tanpa penghayatan bersama. Ya. Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Solat sunat Dhuha rakaat bersama sujud syukur dipersembahkan kepada Allah dgn penuh khusyu’ dan khudu’. Rutin-rutin harian berupa Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yg menghiasi hidupnya setiap hari memberi makna yg lebih mendalam. Hidup tidak terasa kosong, tapi ada tujuan, ada haluan. Waktu yg berjalan dirasakan penuh tanggungjawab.

Selesai solat, Layyin Sufayya' mempersiap dirinya. Kemudian, dia duduk di atas katil. 'Banyak lagi masa untuk aku semak balik nota-nota tu’, getusnya dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mrs. Deanne di skrin. Butang hijau ditekan.

"Hello, Mrs. Deanne,"Layyin memulakan perbualan.
"Oh, hello, Sophea" balasnya. Layyin Sufayya’ tersenyum seketika. Dia tahu lidah mat saleh itu susah menyebut namanya dengan betul.
"I just wanna inform u that we will be arriving at 12. So, are you ready?"
"Sure. Will be there on time. Thank you, Mrs. Deanne"
" I know that. My pleasure, honey. See you later. Bye"
"Bye"

Gadis itu tersenyum lagi. Sebentar lagi dia akan mewakili universitinya dalam konvensyen pelajar antarabangsa di United Kingdom. Hatinya tidak jemu-jemu membaca doa Nabi Musa yg tertulis dalam surah Taha..

"Ya Allah, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku"

Dia bangkit dan keluar dari biliknya dengan wajah yang tenang…

Ingin sekali saya menjadi sepertinya...
Ya Allah, berilah kami kekuatan utk mencari cintaMu

Wassalam..

2 comments:



mIsS.Ladyb0sS said...

salam,,
hye nad..
how are u?/
plase drop by
on my blog
www.girlybossfabulouslife.blogspot.com

salam alaik

.n.a.k. said...

salam...
hey, izzah
great, alhamdulillah
how's ur life?