DI MANA PRINSIP HIDUPKU?

Assalamualaikum...

Setelah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup, semakin jelas dalam diri saya kepentingan memegang prinsip hidup berlandaskan Islam yang sebelum ini saya cuba tanamkan dalam diri. Di mana saya telah berjanji untuk berpegang dengannya walau di mana saya berada. Saya pasti kadangkala, kita pasti akan berdepan dengan situasi yang membuatkan kita teragak-agak sama ada untuk mempertahankan prinsip kita atau menyerahkan diri kepada keadaan tanpa berbuat apa-apa tindakan.

Saya teringat dengan firman Allah yang menyatakan, “ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan, kamu masih teragak-agak” Surah Ali ‘Imran:142-143

Benar. Berdasarkan ayat ini, secara perkaitan dengan kehidupan diri sebagai remaja Muslim, dapat kita lihat bahawa sebelum ini berdegar-degar kita menyuarakan prinsip kita untuk melakukan itu dan ini, untuk menjauhi itu dan ini baik dalam hati kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Namun, apabila kita benar-benar berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita untuk menegakkan syiar, kita mungkin keliru dengan apa yang hendak dilakukan. Sedangkan menegakkan prinsip Islam dan tegar dengan prinsip itu sebenarnya salah satu cara untuk menegakkan syi’ar Islam.
Berada di dunia yang sekular ini menyebabkan kita acap kali berhadapan dengan situasi yang terang-terangan bertentangan dengan Islam. Ingin juga saya berkongsi cerita mengenai peristiwa yang benar-benar mencabar prinsip saya dan sahabat.
2 orang peserta dari setiap group dipilih oleh fasi untuk menjadi pasangan pengantin pada malam kebudayaan. Soalan- soalan seperti ‘Bagaimana oleh boleh menyukai pasangan awak? Apa perasaan awak sekarang ini? Apa bukti yang awak mencintai pasangan awak?’ dan sebagainya ditanya kepada salah seorang dari ‘pasangan pengantin’. Kadangkala, jawapan yang diberikan berbau lucah dan menjurus kepada keruntuhan akhlaq sebagai seorang Islam. (sungguh tak patut)
Situasi ini menyebabkan ramai yang kalah, dan hanya segelintir yang menang dalam menangani masalah ini dengan solusi yang sepatutnya. Bagi saya, saat inilah golongan yang menyayangi Islam perlu menegakkan prinsip Islam yang sebenar. Menunjukkan kepada mereka yang tidak tahu bagaimana cara Islam yang sebenarnya.
Situasi seperti ini menyedarkan saya bahawa kadangkala kita tidak mampu menghalang sesuatu yang kita tidak sukai dari berlaku. Sudah takdir bahawa perkara tersebut akan berlaku dan mahu atau tidak mahu kita perlu berhadapan dengannya. Jadi, jadikanlah ia sebagai medan dakwah iaitu untuk memberitahu gaya hidup Islam dan syari’at Islam yang sebenar. Untuk memberitahu kepada yang jahil, mengingatkan orang yang lupa, menyedarkan mereka yang lalai.
Saya juga menyedari, peristiwa seperti ini mungkin akan dijadikan rujukan oleh segelintir yang masih mencari-cari cara untuk menjadi Muslim sebenar. Mengapa saya katakan begini? Kerana ia pernah juga berlaku pada diri saya. Dahulu, saat saya keliru dengan apa yang hendak dilakukan ketika berhadapan dengan satu situasi, saya cuba mengingat kembali apa yang dilakukan oleh mereka yang lebih ‘alim apabila mereka berhadapan dengan situasi yang hampir sama.
Tidakkah kasihan andai orang yang mencari itu salah anggap bahawa cara yang ditunjukkan itu betul sedangkan ia bercanggahan sama sekali dengan cara Islam. Jelas bahawa sungguh penting untuk menegakkan prinsip Islam terutama bagi mereka yang sudah maklum diri mereka sentiasa menjadi rujukan orang lain.
Walau apapun, dalam realiti kehidupan sebenar, prinsip yang sentiasa dipegang kukuh membolehkan orang lain jelas dengan diri kita. Orang sekililing tidak confuse dengan siapa kita, apa agama kita, apa pegangan kita. Secara tidak langsung, apa yang kita lakukan mempamerkan diri kita. Lebih-lebih lagi, diri kita tidak hanya memegang title diri, tapi kita juga memegang nama ibu bapa kita juga nama AGAMA. Jangan biarkan Islam dipandang hina kerana kita, jangan biarkan Islam dihina kerana kita, tapi biarlah kita yang menyebabkan Islam dipandang mulia kerana KITALAH DUTA AGAMA.
Pada hakikatnya, prinsip-prinsip diri yang berlandaskan Islam sebenarnya yang menjaga diri kita dari terjerumus ke lembah yang tidak sepatutnya. Keberanian untuk mempertahankan prinsip pada kali yang pertama akan menyebabkan keberanian yang padu dalam jiwa. InsyaAllah.

ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG BERJAYA MENGUASAI PERSEKITARAN,BUKANNYA MEMBIARKAN PERSEKITARAN MENGUASAI DIRINYA. DAN UNTUK MENGUASAINYA, BINALAH PRINSIP ISLAM DAN BERPEGANG TEGUHLAH DENGANNYA.

Wallahu a'lam..

3 comments:



Anonymous said...

Salam...
pandai gak akak menulis yeh..
nak compare ngan ummi. cumanya awat semak sangat. selang2 lah sikit spy orang minat nk bce....
sayang slalu- ummi, abah n adik2

.n.a.k. said...

Salam, ummi
huhu
akak dah tukar dah
memang pon akak nak tukar dulu..
tapi krg masa
abah, thank u for the broadband...
huhu

salam sayang+rindu+cinta-4-ummi,abah'n'adik-adik

Mn Salam said...

10 September 2010 / 2 Syawal 1431

MasyaAllah..

Awalnya nti matang. Sangat2 terasa dengan event yg nti ceritakan. Rasanya post ni ditulis memang nk ditujukan khas untuk ana.

Rasa rendah diri yang amat sangat. Ana kalah nak pertahankan prinsip pada saat itu. Terima kasih atas teguran. Sangat2 terkesan.

Sampai sekarang pun ana masih x capai lagi tahap nti rasanya.. Rendah dirinya..

*Kagum dengan kematangan yg Allah beri pada enti. Semoga kita sntiasa bekerja demi Islam. Ameen~