Bi'ah

Salam 'alaik...

Dahulu....
Apabila berpindah ke tempat baru, saya cenderung untuk memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan diri di tempat itu.
Sekarang...
Saya cuba untuk berfikir bagaimana untuk mewujudkan bi’ah solehah (persekitaran yang baik) di mana saja tempat yang saya pergi.
Biarpun kekuatan saya masih belum mantap....
Tapi saya tetap ingin mahu merubah suasana itu...
Sya pasti anda juga begitu

Saya pernah terbaca dari blok seseorang
Bunyinya lebih kurang begini “Terdapat banyak golongan yang leka di luar sana, Namun, ada juga golongan yang sentiasa ingin melakukan perubahan ke mana saja mereka pergi”.
Saya juga mahu menjadi seperti ini.
Merekalah Muhsinin dan Mukhlisin yang bergerak untuk Islam.

Mewujudkan bi’ah solehah sama seperti menegakkan syi’ar Islam.
Ini bertepatan dengan tujuan utama kita diciptakan ke muka bumi ini adalah sebagai khalifah Allah
iaitu untuk menarik manusia yang terkeluar dari kandang ubudiyyah ke tempat asalnya.

Bi’ah solehah juga boleh membantu diri kita sendiri
iaitu dengan adanya teguran rakan-rakan saat kita lemah iman.
Mungkin juga, melalui perlakuan rakan-rakan kita sudah mampu menyedarkan kita kembali.
Dan mengikut pengalaman saya, sahabat-sahabat kita yang sudah terdidik dengan bi’ah solehah akan menjadi pesaing kepada kita supaya menjadi lebih baik.
Namun, ini semua lebih terkesan andainya wujudnya bi’ah solehah.
Namun, inilah masalah saya, kurang kekuatan untuk memulakan persekitaran yang baik ini....



Pengalaman saya : Untuk mengetahui jalan kebenaran, untuk memantapkan keimanan dan fikrah, ramai orang memilih untuk ke usrah atau ke majlis-majlis ilmu agama yang lain.
Namun begitu....
Tidak ramai yang memilih untuk mengaplikasikan apa yang diperoleh dari majlis agama atau usrah.
Tidak ramai yang membuat ‘follow-up’ daripada menghadiri usrah.
Dan ini menyebabkan fenomena ‘tazkirah hanya di waktu usrah’ berlaku.
Di mana, kita mula insaf sebentar di waktu usrah dan kembali ke tabiat asal kita selepas itu. (saya mahu baiki diri saya)
Sedangkan, bi’ah solehah boleh menjadi tazkirah sepanjang masa untuk diri kita.
(kadang-kadang saya terlupa kerana terlalai dengan dunia)

Saya teringat naqibah saya, Kak Aisyah mengatakan, ‘usrah sebenar bermula apabila setelah tasbih kafarah dibaca sehinggalah pembacaan surah Al-Fatihah yang seterusnya’

Alhamdulillah....
Saya menyedari betapa tersangat-sangat pentingnya untuk mewujudkan bi’ah solehah dalam keluarga kerana ia boleh menjadi penguat iman dan perangsang diri.
Pendapat saya, tidak perlulah memulakan gerakan ‘mewujudkan bi’ah solehah’ dengan melakukan perkara yang berat dan secara drastik.
Bagi saya, mulakan dengan sunnah nabi seperti membaca do’a masuk toilet, doa belajar, solat berjemaah dan banyak lagi.




“Tegakkanlah Islam di dalam diri, nescaya akan tertegaklah Islam di atas muka bumi”(Hassan Al-Hudaibi-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ke-2)

Peringatan buat diriku yang sering lupa...

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menguatkan Islam dalam diriku

1 comments:



nailah said...

mantap! syukran krn post ini mengingatkn diri agar sntiasa berusaha utk mewujudkn kehidupan islam di mana sahaja