.apa yang perlu?.

Salam 'alaikum...

*sedikit bebelan malam ini*

Kadang-kadang...
Kita mahu lakukan sesuatu
Tapi bukan untuk waktu itu
Kerana ada perkara lain yang lebih perlu untuk masa itu

Kadang-kadang...
Kita mahu lakukan sesuatu
Tapi mungkin waktu itu belum masanya
Kerana ianya perlu strategi yang tersusun

Kadang-kadang...
Kita mahu juga lakukan itu
Tapi harus difikirkan
Apakah kesan disebaliknya
Dan apakah sebab kita melakukannya

Tapi kita selalu lupa...
Apakah keperluan atau kemahuan yang lebih penting
Tapi mungkin juga kita tidak menyedari sama ada itu satu keperluan atau satu kemahuan

~Hari ini terlalu banyak masalah yang melanda diri...
Tapi Nadhirah, harus kau ingat
Setiap yang berlaku ditakdirkan oleh Allah supaya kita kembali kepadaNya

Hatta perasaan cinta terhadapn orang lain yang dicampakkanNya juga merupakan tanda supaya kita kembali kepadaNya

Indahnya, Ya Allah andai aku sentiasa mengingatinya
Namun, dengan iman manusia yang nipis ini... mudah sekali jatuh leka

Thabatkanlah hati ini di atas jalan dakwah dan tarbiyah


"Oh Tuhanku, Ya Allah... letakkanlah dunia di tangan kami...bukan di hati kami
Supaya dunia ini tidak kami cintai lebih dari kami mencintaiMu"

~Activities today: Kuliyyah, birthday Kak Nad, Kelas Arab 'Amiyy

Wallahu a'lam

5 comments:



Anonymous said...

salamun alaiki,,,

"Oh Tuhanku, Ya Allah... letakkanlah dunia di tangan kami...bukan di hati kami
Supaya dunia ini tidak kami cintai lebih dari kami mencintaiMu"
aamiinn~~biiznillah..

moga redha allah sentiasa bersama enti..
moga terus menembak doa untuk kejayaan kite dunia akhirat..

moga dengan rahmatNYA,,,,kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha untuk membaiki diri dan terus diberi kekuatan untuk menyeru ummah~~

moga sentiasa terpelihara iman di bawah rahmatNYA..

uhibbukifillah..
sesungguhnya ALLAH tuhan yang MAHA PENYANYANG~~

HANIS,,,
salam rindu penuh ukhwah..

.n.a.k. said...

wassalamun 'alaik warahmatullahi wabarakatuh waridhwanah

insyaAllah..
kita doa bersama-sama untuk semua

Hanis Adibah,
Allahu ya'tikal 'afiah wa maghfirah wa inayah wa ridhwanah wa mawaddah wa falaah wa JANNAH

uhubbuki fillah jiddan jiddan

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya" Imam Al-Ghazali

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum kak Dhira..
SANGAT SUKA post ni sbb berkaitan dgn diri saya juga...
*Apa yang kita suka tidak semestinya baik utk kita tp yg kita tdk suka kadang - kadang itulah yg baik utk kita..Sesungguhnya Allah jualah yang maha mengetahui...*

Anonymous said...

Ukhuwwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah

.n.a.k. said...

Salam 'alaik...
siapakah gerangan adik ini??
Akak tak dapat cam milik siapakh tulisan ini.. hehe

Yup!! Betul..semoga kita semua thabat di atas jalan tarbiyah dan dakwah!!

Ukhuwah fillah abadan abada