heAriNg aiDs


Salam 3laik...

Walaupun diri ini sedang sibuk untuk menelaah material fizik dan kimia..
Tapi terasa nak post something

Tentang lagu

Saya memang suka dengar lagu
Tapi..
Ada jenis-jenis lagu yang saya pilih
Saya suka...
Nasyid yang menceritakan tentang ketokohan dan sejarah
(Nabi Muhammad, Asiah, Luqmanul Hakim, Umar, Zinnirah, Salahuddin Al-Ayubi, Zainab, Adakah Kau Lupa, AlHambra, Badar 313, Soldier of Allah's songs dan lain-lain lagi)

Sebab nasyid-nasyid ni membuatkan saya mencari dengan lebih mendalam kisah-kisah di sebalik tokoh-tokoh dan sejarah tersebut
Dan setiap kali saya mendengar nasyid tentang tokoh-tokoh Islam Muslimaat
Betapa saya ingin mencontohi mereka

Saya juga sukakan lagu yang memperjuangkan nasib-nasib saudara kita
(We will not go down, Outlandish songs, S.O.A songs, Damai Yang Hilang dan lain-lain)
Tak kisahlah mat saleh yang nyanyi atau orang Islam

Sebab lagu-lagu ni mengingatkan saya dengan semua saudara-saudara seIslam saya
Menyebabkan saya terfikir saudara-saudara saya perlukan pertolongan
Dan menyebabkan saya terfikir betapa perlunya kita semua membantu mereka

Saya juga sukakan lagu yang boleh menyebabkan saya bermuhasabah
(Bicara Kata, Anak Soleh, What Did I Do Today, Taubat Seorang Hamba, Hakikat, Intention, Selamatkan Dunia dan lain-lain lagi)
Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang perlu lakukan sebagai tanggungjawab sebagai hambaNya, sahabat, anak, masyarakat

Tapi...
Saya tak gemar dengar nasyid yang berkisar tentang cinta manusia
(Kasih Kekasih..huhu..banyak lagi..tapi saya tak ingat)

Sebab kadang-kadang mungkin hati kita akan melupakan cinta Allah
Dan saya tak gemar juga lagu-lagu yang tak beri apa-apa makna
[Banyak juga lagu-lagu zaman sekarang ni (tak kisahlah mat salleh atau lagu-lagu melayu or nasyid) yg tiada makna]

Apa-apa pun..
Saya teringat kata-kata...
"Jadikan nasyid sebagai penaik semangat bukannya sebagai punca kelalaian"

Ya. Dengar liriknya bukan hanya muziknya...
Bergantung pada kita bagaimana kita mahu mengekstrak kebaikan dari lirik-lirik tersebut
Mungkin lagu-lagu tersebut menjadi pencetus untuk kita menimba ilmu, atau memuhasabah diri, mengingatkan diri kepada Allah

Tapi yang pasti..
Dengarlah lagu yang sedap untuk iman kita juga..bukannya untuk telinga kita sahaja
InsyaAllah

Pendapat mengenai hukum muzik (kesimpulan dari ulama')
Irama-irama muzik dari sudut asalnya adalah sama dengan irama-irama yang boleh dikeluarkan oleh kerongkong manusia atau binatang seperti burung. Semuanya adalah bunyi. Cuma yang berbeza ialah suasana dan tujuan. Muzik biasanya digunakan untuk berhibur dan biasa digunakan dalam bentuk yang melanggar hukum dan batas-batas Allah SWT. Irama-irama yang dihasilkan oleh manusia juga haram hukumnya sekiranya digunakan pada tujuan, suasana dan keadaan yang merempuh sempadan syariat.

untuk penerangan yang lebih panjang..click here

Wallahu a3lam

3 comments:



Unknown said...

lgu s.o.a. mmg mmbngkitkan smgt.

cbe cek lgu ni

A is for Allah.sami yusuf.

beautiful.

balqis said...

lagu maher zain dah try?
best sangat.

'Ezzah Al-Islam said...

Suka Izzatul islam. Segar dan membangkitkan!