mereka VS kita

Salam 3laikum

"Alamak... salah buat lah tadi." rengek saya kepada kawan saya, Saiyidah Solehah selepas keluar dari Mudarraj Ulum 1 untuk peperiksaan Fizik.

"Takpelah... rezeki masing-masing. Kita bukan tak usaha, dah usaha dah. Sekarang ni tawakkal je," ujar Saiyidah a.k.a Kak Cik.

Saya terpana seketika. Menyedari kembali hakikat tawakal.

Saya masuk ke dalam koster Azam dengan jawapan-jawapan Fizik yang masih terbayang-bayang di fikiran. Namun, kata-kata Kak Cik tadi mengurangkan keresahan.

Tet..Tet.. Message dari kakak ............ masuk ke Inbox

Ayatnya lebih kurang begini...
"Salam..macam mana exam tadi? Ok ke Fizik? takpe... Allah tak pandang natijah tapi Allah pandang usaha kita.. Jom belajar tingkatkan usaha tapi redha dengan ketentuanNya"

Meresap masuk ke dalam hati teguran dari Allah yang disampaikan melalui kakak tu. Betapa Allah mendengar keresahan hati hambaNya dan betapa halusnya Allah

Mungkin selama ini kita sering berkata mengenai perkara yang sama iaitu tawakkal kepada orang yang lain. Tapi, sifat manusia yang sering lupa, menunjukkan kita perlukan keluarga dan sahabat serta sekeliling yang boleh mengingatkan kita kembali tentang apa yang diperkatakan.

Lihat sahaja kisah 'Asim bin Amru...



Apabila Squad tentera Islam yang diketuai Sa'ad bin Abi Waqas ketika dalam peperangan untuk menguasai sebuah negara (maaf saya tak ingat..nanti akan dirujuk semula secepat mungkin) tiba di seberang Sungai Dajlah (Sungai Tigris), beliau memecahkan squadnya kepada sejumlah tentera elit yang diketuai 'Asim bin Amru untuk menjadi perintis bagi menyeberangi sungai itu. 'Asim bin Amru pula memecahkan lagi pasukan elitnya kepada yang benar-benar hebat.

Kemudian, Asim berkata, "Siapa yang akan menyeberang sungai ini terlebih dahulu?"
Namun, tiada siapa yang berani kerana seberang sungai sana telah dibarisi oleh tentera lawan.

Kemudian, Asim berkata, "Saya tidak menyangka tentera Islam seperti kamu takutkan air". Dan dengan penuh tawakkal kepada Allah, beliau menyeberang sungai tersebut bersama kudanya sehinggakan musuh berkata "Ini bukan manusia malahan jin"

Lihat pula kisah Zubair Al-Awwam...

Zubair merupakan pembantu Rasulullah (hawariyy) berdasarkan hadith nabi "Setiap nabi mempunyai pembantu dan pembantuku ialah Zubair".

Tawakkal Zubair kepada Allah dapat dilihat apabila dalam peperangan melawan Rom.
Apabila mendapati bahawa kubu Rom hanya boleh dibuka dari dalam, Zubair mengambil keputusan untuk memanjat kubu tersebut dan membuka dari dalam dengan pertahanan tentera Islam yang lain dari bawah yang akan membantu Zubair menyerang tentera di atas kubu.


Ini kubu Salahudin Al-Ayyubi di Dimasyq. Tapi bayangkan bagaimana Zubair memanjat kubu..

Kalau dianalisis kembali kisah hidup kita sebagai seorang student terutamanya di Jordan.
Dalam keadaan examination yang bertubi-tubi hampir setiap minggu...
Kerja yang bertimbun-timbun...
Berseorangan di luar rumah waktu malam...
Bersedia dengan kejadian yang tak tersangka-sangka di tengah jalan atau mungkin di masjid (di mana beg saya dicuri).. Naudzubillah

Keadaan-keadaan adalah merujuk situasi yang perlu kita hadapi dan tidak boleh menuding kepada orang lain
Tapi berbalik kepada kisah sahabat tadi.. situasi mereka adalah situasi pilihan
Di mana mereka boleh memilih untuk melakukan atau tidak

Saya berfikir... Memang agak susah untuk memilih perkara yang berat untuk diri kerana mungkin kurangnya tawakkal dan kepercayaan kepada Allah..
Macam mana boleh jadi macam tu?? Sebab kurangnya tawakal dan kepercayaan kepada Allah sebelum-sebelum ini.

Apabila saya menganalisis sirah sahabat dan situasi kami, saya dapati perlunya belajar untuk bertawakkal biarpun ianya perkara kecil yang perlu kita hadapi kerana ia akan mengajar kita untuk bertawakkal dengan perkara besar yang perlu kita pilih...

"Suka bila ada orang ingatkan saya bila saya lupa.. Terima kasih sahabat-sahabat sumer tak kira tua, muda"

............................................................................................................................

Ada seorang kakak pernah memberitahu saya,
"Detik yang paling berkobar-kobar ialah detik setelah menerima hidayah. Dan cara untuk menyiraminya supaya hidup lebih lama ialah dengan berkongsi"

Wallahu a'lam

4 comments:



fathiyyah said...

subhanallah!

kak paling suka petikan yg terakhir :)

Nadh, kak sgt2 teringatkan kalian.
Nadh,izzah,izzati. kirim salam akak pada mereka ya

'Ezzah Al-Islam said...

"Detik yang paling berkobar-kobar ialah detik setelah menerima hidayah. Dan cara untuk menyiraminya supaya hidup lebih lama ialah dengan berkongsi"

suka juga^^,

nuraiman said...

salam 'alaiki...

betul nadh,,,,
saat yg plg seronok~
bila org kita syg menegur kita....
tnda dia juga syg kat kte,kn?...
huhu~
sgt syg kat nadh!! ^_^
semoga ada pertemuan lg dgn nadh....rindu sgt kot,,,,huhu

yellowrose said...

saad bin abi waqqas dalam misi menakluk Parsi....
suka ayat yg last tuh..=)