Kat mana kita?

Bismillah
Salam 3laikoom
Sallou 3la annabiyy

Hidup di hujung jari ni sgt mengajar saya melihat dunia
Melihat fe'el-fe'el orang lain
Mereka-mereka yg tergolong dlm golongan pemuda 
Kisah hidup derita manusia 
Atau melihat kejayaan org lain dalam kehidupan 
(Berjaya x semestinya dlm akademik ye)
Dan banyak ilmu yang kita boleh dpt kalau kita manfaatkan


Saya lihat...
Ramai sahabat-sahabat perjuangan saya di Malaysia, Jepun, Korea, UK dan tempat-tempat lain macam 24 Jam fikir macam mana nak bantu ummah
Softskills yg dibina, semangat yg mereka ada, ilmu yg mrk cari, ukhuwah yg mereka bina
Semuanya utk Islam


Saya lihat...
Ada juga mereka-mereka yg umur masih muda, baru 20 an tahun
Masih lagi study macam saya, tapi tiap-tiap bulan duit masuk RM 10,000 setiap bulan
Oppss.. jangan salah sangka, mereka ni bukan buat kerja tak baik
Sebenarnya, baru lepas berkenalan dgn Amalina Peter, anak kawan abah ketika di UK dulu
MasyaAllah... 


Saya lihat juga...
Ada juga antara mereka yg belajar di oversea
Mendapat sesuatu jauh lebih banyak dari kebanyakan mereka yg turut sama belajar di oversea
Dari segi bahasa asing (utk saya, bahasa Arablah), pengalaman yg outstanding yg akhirnya membentuk mrk menjadi outstanding, ilmu-ilmu selain dr kos yg diambil, berkawan dgn foreigner, Al-Quran yg sgt best kalau dapat





Tapi, bila dilihat...
Mereka semua ni ada satu pattern yg pasti
Mereka tahu apa yg mereka mahukan, dan bersungguh-sungguh utk dptkannya
Dan utk dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu
Mereka bnyk korbankan bnda-bnda tipikal yg remaja selalu buat
Tengok movie bnyk2, banyak tidur, bermalas-malasan, hidup ikut flow, chatting yg ntah apa2
Yang lain sila fikir sendiri
Sedangkan bila masa-masa tadi dikumpul semula, mungkin kita mampu melakukan sesuatu yang boleh mengubah dunia iaitu dgn mengubah diri sendiri


*sigh*


Banyak bnda yg diri kne ubah ni...
Sambil-sambil rehat belajar, muhasabah balik apa yg kne ubah, apa yg kne buat
Tak boleh main-main bnyk dah..
Time study sila fokus
Kna berukhuwah dan belajar bnyk bnda

Setiap org ada kisah lama masing-masing
Tapi kita menentukan kita yg akan datang
Dan setiap orang ada kelebihan masing-masing
Jadi cara setiap org pun berlainan
Mintak kat Allah banyak-banyak 
Tapi strategi kena ada
Usaha pun kena ada..


Allah, bantulah kami
Hamdalah atas segalanya


(Post matang utk tahun baru. huhu..)


P/S : 4 days to go.. lepas ni nak kutip bnyk2 ilmu bukan medik di bumi sana. InsyaAllah.. Allah yusahhilna~~~


Wallahu a3lam

paksa, seksa, peksa

Salam 3laikum
Sallou 3la nabiyy

Alhamdulillah, tadi baru lepas habis exam Genetics
Walaupun soalan ada yg agak mengancam esp soalan Dr Nabil
Alhamdulillah juga, markah Pharma dah keluar
Walaupun bukan seperti mereka-mereka yg carry marknya 52, 54 out of 60
Tapi, yg terbaik utk diri x semestinya yg terhebat, yg terbnyk, yg tertinggi, yg tercantik, yg terbesar. Kerana Allah tahu apa yg terbaik utk kita. (Pinjam senior pnye status fb)

Lagi-lagi hidup dalam keterseksaan disebabkan demam berjangkit dr Rif'ah yg bermula dr Ilyana. Nak rehatkan diri lebih-lebih, exam dah dekat.. Kena juga paksa-paksa diri. Nak biar sakit baik sendiri, ntah nnti akn melarat.


Tapi, itulah kata abah, "Baru tahu langit tinggi ke rendah. Bila dah sakit baru tahu nikmatnya sihat."

Nak kata, Allah boleh tarik macam tu je nikmat sihat walaupun buat plan makan buah tiap hari, minum susu dan lain lagi (bertahan hny seminggu je plan ni. erk)

Tapi, bnyk juga sy dpt belajar dr tragedi seksa.


1) Bila sakit, kita dpt tgk jiwa kita cenderung kpd yg mana. Kalau cenderung kpd hiburan lagha, kita akn cari itulah walaupun tgh sakit. Kalau kita suka buat amalan kebaikan, kita akan nak juga buat kebaikan walaupun tgh terseksa


2) Kita dapat tahu keperluan seseorg bila tgh sakit. Atau kata lain, adab-adab dan bantuan-bantuan utk org sakit. Biarpun tgh periksa, tapi still kne consider. Ujian yg agak kuat tu.. Lagi-lagi bila exam berderet.


3) Sakit dapat ajar ingat mati. Terutama bila temperature dah high sgt, badan pun lesu. Pastu, telinga berdesing. Kata org, tu tandanya, daun org lain yg gugur tergesel kat daun kita, takut-takut daun kita pula yg gugur (dah gugur maksudnya dah ajal). Tapi, tak tahulah kesahihannya tahap mana. Sbb tu bnykkan berzikir, biarlah mati sdg berzikir bukan buat kerja yg tak best utk hadap Tuhan.

4) Bila jumpa doktor, dpt belajar recall ubat dan therapeutic use. Dapat juga aplikasi microbiology. Jadi, kena makan antibiotik biar habis. Nanti tak perlu cakap kat doktor yg diri dah resistant dgn antibiotik itu ini sbb makan tak habis.

Kat sini, nak share 18 pintu terhapusnya dosa. Pintu-pintu ni mungkin selalu je kita alami, tapi mungkin juga jarang kita ambil sbg peluang. Ambil peluang atau melatah atau biarkan ia berlalu tanpa manfaat? Pilihan kita..

1) Bertaubat
2) Berbakti dan Berbuat baik kpd Org Tua
3)Mengikut petunjuk, wasiat Rasulullah dan memuliakannya
4) Mendapat balasan atas perlakuan buruk di dunia 
Apabila Allah menghendaki kebaikan atas seseorang hamba maka Allah segerakan balasannya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukkan atas seorang hamba maka ditundalah balasannya sehingga ia mendapatkannya di Hari Qiyamat.
5) Sabar atas ujian hidup
6) Musibah
7) Siksa kubur di alam barzakh
8) Penyakit
9) Kesedihan
10) Kesusahan dalam mencari nafkah
11) Taqwa, Kejujuran, Perbuatan baik dan Amal Salih
12) Akhlaq yg baik
13) Memperbanyak sujud
14) Haji dan Umrah
15) Beristighfar, berzikir, berdoa
16) Memperbanyak salawat
17) Berhijrah, Berjihad di jalan Allah
18) Kematian


kalau nk tgk, hadith.. boleh buka dr sumber asli http://kekisruhan.wordpress.com/2009/12/21/18-pintu-terampuninya-dosa/


Terima kasih utk ahli byt Nusaybah, Kak Rah2, Thiyah, Waa, Nihayah walaupun ada jugak yg berjangkit...


Ganbatte pula utk exam akan dtg
Moga Allah mudahkan kalian~~

Wallahu a3lam