paksa, seksa, peksa

Salam 3laikum
Sallou 3la nabiyy

Alhamdulillah, tadi baru lepas habis exam Genetics
Walaupun soalan ada yg agak mengancam esp soalan Dr Nabil
Alhamdulillah juga, markah Pharma dah keluar
Walaupun bukan seperti mereka-mereka yg carry marknya 52, 54 out of 60
Tapi, yg terbaik utk diri x semestinya yg terhebat, yg terbnyk, yg tertinggi, yg tercantik, yg terbesar. Kerana Allah tahu apa yg terbaik utk kita. (Pinjam senior pnye status fb)

Lagi-lagi hidup dalam keterseksaan disebabkan demam berjangkit dr Rif'ah yg bermula dr Ilyana. Nak rehatkan diri lebih-lebih, exam dah dekat.. Kena juga paksa-paksa diri. Nak biar sakit baik sendiri, ntah nnti akn melarat.


Tapi, itulah kata abah, "Baru tahu langit tinggi ke rendah. Bila dah sakit baru tahu nikmatnya sihat."

Nak kata, Allah boleh tarik macam tu je nikmat sihat walaupun buat plan makan buah tiap hari, minum susu dan lain lagi (bertahan hny seminggu je plan ni. erk)

Tapi, bnyk juga sy dpt belajar dr tragedi seksa.


1) Bila sakit, kita dpt tgk jiwa kita cenderung kpd yg mana. Kalau cenderung kpd hiburan lagha, kita akn cari itulah walaupun tgh sakit. Kalau kita suka buat amalan kebaikan, kita akan nak juga buat kebaikan walaupun tgh terseksa


2) Kita dapat tahu keperluan seseorg bila tgh sakit. Atau kata lain, adab-adab dan bantuan-bantuan utk org sakit. Biarpun tgh periksa, tapi still kne consider. Ujian yg agak kuat tu.. Lagi-lagi bila exam berderet.


3) Sakit dapat ajar ingat mati. Terutama bila temperature dah high sgt, badan pun lesu. Pastu, telinga berdesing. Kata org, tu tandanya, daun org lain yg gugur tergesel kat daun kita, takut-takut daun kita pula yg gugur (dah gugur maksudnya dah ajal). Tapi, tak tahulah kesahihannya tahap mana. Sbb tu bnykkan berzikir, biarlah mati sdg berzikir bukan buat kerja yg tak best utk hadap Tuhan.

4) Bila jumpa doktor, dpt belajar recall ubat dan therapeutic use. Dapat juga aplikasi microbiology. Jadi, kena makan antibiotik biar habis. Nanti tak perlu cakap kat doktor yg diri dah resistant dgn antibiotik itu ini sbb makan tak habis.

Kat sini, nak share 18 pintu terhapusnya dosa. Pintu-pintu ni mungkin selalu je kita alami, tapi mungkin juga jarang kita ambil sbg peluang. Ambil peluang atau melatah atau biarkan ia berlalu tanpa manfaat? Pilihan kita..

1) Bertaubat
2) Berbakti dan Berbuat baik kpd Org Tua
3)Mengikut petunjuk, wasiat Rasulullah dan memuliakannya
4) Mendapat balasan atas perlakuan buruk di dunia 
Apabila Allah menghendaki kebaikan atas seseorang hamba maka Allah segerakan balasannya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukkan atas seorang hamba maka ditundalah balasannya sehingga ia mendapatkannya di Hari Qiyamat.
5) Sabar atas ujian hidup
6) Musibah
7) Siksa kubur di alam barzakh
8) Penyakit
9) Kesedihan
10) Kesusahan dalam mencari nafkah
11) Taqwa, Kejujuran, Perbuatan baik dan Amal Salih
12) Akhlaq yg baik
13) Memperbanyak sujud
14) Haji dan Umrah
15) Beristighfar, berzikir, berdoa
16) Memperbanyak salawat
17) Berhijrah, Berjihad di jalan Allah
18) Kematian


kalau nk tgk, hadith.. boleh buka dr sumber asli http://kekisruhan.wordpress.com/2009/12/21/18-pintu-terampuninya-dosa/


Terima kasih utk ahli byt Nusaybah, Kak Rah2, Thiyah, Waa, Nihayah walaupun ada jugak yg berjangkit...


Ganbatte pula utk exam akan dtg
Moga Allah mudahkan kalian~~

Wallahu a3lam

2 comments:



akhyar said...

memang sakit mengajar..

*lama x menulis*

Unknown said...

xpernah lagi la jumpa pakcik teksi yg baik2 cmtu, huhu