Pantas!

Bismillah~

Sempena 2 sistem yg dah habis belajar iaitu Respiratory System (RS) dan Hematolymphatic System (HLS) + 1 lg yg tgh belajar, Cardiovascular system (CVS), saya ada entri khas utk mereka :P

Saya tersedar yg saya ni suka mengaplikasi lepas mengetahui sesuatu bila belajar sistem ni..
Cthnya,
::Time HLS 2 bulan lepas, saya insist nak cek darah kat Markaz Sihi lepas belajar ttg penyakit darah disbbkan lethargic esp dalam kelas.. Resultnya.. Alhamdulillah, NORMAL! 
::Bila dah belajar RS, saya sedar yg kena treat rhinitis saya yg menyebabkan tidur pun tak lena --> lethargic.. Lepas tu, mulalah ambil anti-histamine yg kurang sedative effect, Loratadine
::Bila dah belajar CVS, Dr cakap kena makan something yg ada Omega-3 spy HDL dalam badan kita bertambah and then reduce kita pnye LDL, pd hari yg sama sy terus beli.. 
(lepas tu, promote kat org lain promosi 2 botol Omega 3 dgn 11JD - harga asal 1 botol ialah 11JD)


Huhu..


Ko-en yg perasan dgn fi'il saya cakap,
"Nad selalu mcm ni kan.. Lepas belajar, terus nak beli, nk cek semua"


Nihayah pula bertambah ngeri
"Ngeri tgk awak punya laci penuh dgn ubat"



Tapi.. saya perasan satu perkara


Bila dinisbahkan dgn Dakwah dan Tarbiyah (DnT - matlamat utk Allah)..
Adakah kita akan melakukan perkara yg sama?
Bila kita dah dapat something, adakah kita terus buat? Tak dapat buat pun, kita try tak utk buat?

Dan utk menjadikan diri kita tertolak berbuat sesuatu
Kita perlukan kefahaman
Dalam kes di atas, saya mmg jenis org yg faham kepentingan kesihatan, macam mana nak buat, kesan-kesan. Jadi, segala apa yg ke arah sihat, saya akan cuba utk buat.
Tapi, bagaimana pula dgn DnT?
Kalau kita betul-betul faham ttg DnT, kita akan cuba ke arah itu juga
(Oh! Kagum dgn mereka yg berubah 180 degree. MasyaAllah)


Tapi, hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...

Memang akan ada obstaclenya..


Jajan bnyk dijual kat kedai, kawan-kawan suka masak makanan sedap+berlemak, selalu malas nak exercise, dan external+internal factors lain...


Sama jugak dgn DnT..


Karat jahiliyah masih ada, ujian hiburan, exam, study, rasa inferior, malas, down sbb bnyk sgt bnda tak buat, kawan yg tak supportive, menjaga diri tak menjadi fitnah utk DnT, kisah-kisah lama
Semua ni adlh cabaran utk mereka yg berada di atas jalan ini..


Ia mmg satu kepayahan...
Tapi kepayahan ini yg membentuk kekuatan
Kalau kita positive dgn ujian ni



Teringat kata-kata seorang kakak (dgn sedikit gubahan)..
"Kalau kita obses dgn sesuatu perkara, kita mmg akan buat sesuatu ke arah bnda tu, dan boleh jd kita tak memandang bnda lain dah"
(Betul x?)

Jadi paksikan apa yg kita buat kerana Allah
Ber'DnT' kerana Allah
Bukan kerana org lain, bukan ikut-ikutan, bukan nak glamour, tp utk UA, utk mardhatillah
Semoga istiqamah
Dan selamat bertaqwa
Kerana istiqamah itu natijah taqwa



setiap bait-bait yg kutulis
seperti menumbuk-numbuk diriku
mari bermujahadah!

KK,irbed,DQ,Jordan
with NIZS n NKRU

29:69
Wallahu a3lam
 

r.e.v.o.l.u.s.i

Bismillah~

Jalan Dakwah dan Tarbiyah mengajar kita utk bergerak ke arah kesempurnaan
Kesempurnaan dari segala aspek (dapat rasa kan?)
Kalau dulu... 
Kita dari golongan jahiliyah (tidak mengetahui) yg tak tahu Islam sebenar macam mana.. 
Yg tahu rukun iman, islam, material PQS, PSI dan Pend Islam je..
Sekarang...
Kte dah masuk dalam golongan ma'rifah (org yg mengetahui) apa Islam yg sbnrnya.. InsyaAllah
Dah faham matlamat hidup, kena buang jahiliyah, kewajipan sampaikan kat org lain, marhalah itu, peringkat ini, rukun itu..
Tapi...
Takkan selamanya dalam keadaan ma'rifah tanpa berinjak ke muharrikah (org yg bergerak utk Islam)?
Kena apply apa yg kita dapat dari jalan ni... 

Jahiliyah --> Ma'rifah --> Muharrikah
 
Ulang suara dgn lebih jelas:
Kalau dulu kita dari fasa jahiliyah ke fasa ma'rifah
Sekarang kita bergerak dari fasa ma'rifah ke fasa muharrikah tanpa meninggalkan sayonara jahiliyah dan menambahkan ma3rifah
 
Kalau dulu orang tanya,
"Apa turning point awak utk berada di jalan Dakwah dan Tarbiyah?"
Sekarang kita tanya diri kita,
"Macam mana aku nak menyumbang di jalan ini dan menjadi muharrikah bkn hny ma'rifah?"
 
 
 
Habis tu, nak buat macam mana?

Sebenarnya, kita perlukan revolusi!
Kita taknak jadi kepala-kepala hanya menyimpan bahan-bahan yg kita dapat
Atau kita taknak juga jadi tin-tin kosong yg berdegar-degar berkata itu dan ini tntg Islam tp tiada pengamalan
Dan kita juga tak mahu perjuangan Rasulullah terhenti di tgn kita


Apa stepnya?
Permulaan yg baik
Hammasah (semangat) yg tinggi
Permulaan yg baik
Dgn kata lain, NIAT. Buat betul-betul KERANA Allah, bukan BERSAMA Allah. (Rujuk 17:22, beza ma3a Allah dan lillah)
Lain tau!
Cthnya, kte ber'blog' sbb nak buat diari, tp tulislah jugak pasal Islam
Yg sepatutnya, objektif kita nak sampaikan Islam dgn berblog

Hammasah yg tinggi 
Hammasah atau semangat perlu tinggi dan dibekalkan dgn 3 titik kekuatan..


Ingat tak apa titik kekuatan umat Islam?

1) Iman - hubungan kita dgn Allah, melihat dr neraca Allah
2) Fizikal - planning yg sistematik utk menjd Muslim yg hebat, aktif
3) Ukhuwah - sayang menyayangi, menasihati, tak biarkan 'berjalan berseorangan'

Jom kuatkan diri krn dakwah ini nafasnya panjang! 

Kita ditakdirkan berada di atas jalan ini bukan utk disia-siakan
Tapi utk menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah
Kita bukanlah kaki yg berjalan berseorangan
Tapi kita adalah kaki-kaki yg berlari ke arah satu tujuan
Semoga terus thabat~~


Allah lebih mengetahui
Menyahut cabaran ukhti A
Ta3rif/Takween/Tanfiz?
Himmah Aliyah itu penting!

IRBID
12.52 p.m
Sabtu