Hanya kerana 'Kemahuan

Bismillah dan selawat...
Salam 3laikum...

Untuk kali ini..bukanlah lagi 'a copied and pasted entry'
Kali ini 'my original writing' : )


Sebenarnya...
post kali ini nak cerita sikit sahaja pasal Jordan..
Yang selebihnya ialah...
tentang kemusykilan saya (yang saya susah nak terima) dengan masyarakat Muslim (Melayu khususnya) yang mungkin tahu tapi tak faham... dan mungkin juga yang tahu dan faham tapi tiada tindakan...

**Ini kisah tentang Jordan**

Jordan telah menandatangi perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1994
Yang menyebabkan negara ini di'barat'kan atau di'westernized'kan secara mendadak
Dan barangan-barangan Israel dan Amerika khususnya banyak dibawa masuk ke bumi Syam ini
Baik dari segi fashion, makanan dan barangan lain

Kalau cakap pasal produk ni....
Banyak yang dijual ialah barangan-barangan Israel dan menjadi produk utama di sini
(yang paling ketara Pepsi... air mineral pun ada keluaran Pepsi..Nestle pon ada..ish3)
Dan barangan nilah yang murah sikit
Yang halal (halal dari menjadi senjata pembunuhan) mahal-mahal sikit
[Alhamdulillah..ada lagi produk Turkey yang best...saya suka Ulker]

**Ini tentang kemusykilan saya**

Inilah masalahnya...
Bila negara ni dah menjadikan barangan Israel dan barang boikot yang lain sbg produk utama...
Ramai yang jadikan alasan...

"Negara ini memang kebanyakannya jual produk Israel lah..nak buat macam mana...susahlah nak boikot.."
~hah!! memang senang nak beli peluru kat orang Palestin sana tu... dahlah dekat jer....

"Takpelah..kat Malaysia je gua boikot....Sini susahlah..." ~Itulah mujahadah namanya

"Barang tak boikot mahal-lah... Barang boikot mahal sangat-sangat... Lagipun currency kat sini tinggi..habislah duit" ~ketahuilah..kalau beli barangan tu... benda tu jadi haram...saya merujuk pada Sheikh Yusuf AlQardawi...tak kisahlah guna duit scholar atau PaMa"

"Each riyal, dirham..etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the heart of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (enemies of ISlam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and agression." Syeikh Yusuf AlQardawi
20 Muharram 1423H 4 April 2002

Tapi yang saya lagi musykil tu...
Barangan-barangan boikot tu (saya berani kata semua)... adalah untuk memenuhi 'kemahuan' bukannya untuk 'keperluan'
Kalau nak bagi contoh barang.... banyak!!


Ini buktinya...

Ditambah lagi dengan...

Kedai 'peluru tak rasmi' kat syari' Jami3ah



Bukankah benar ini semua hanya untuk memenuhi kemahuan??
Dan jika dilihat...banyak lagi alternatif yang ada...
Restoran Abu Mahmud, Abu Hilal, Maks Burger, 2Mama..banyak lagilah
(sedap jer makanan-makanan Arab ni ala western..)

Kalau barangan boikot yang merupakan keperluan pun...
saya tak rasa tiada alternatif lain...
(apa ya barang keperluan tu?? barangan memasak Maggi...(boleh ditukar dengan Knorr)..macam tiada jer...)

Tapi..itulah!!

Sebenarnya..
Bukan masalah terlalu banyak barang Israel dan barangan boikot yang lain...
Tapi isu kemalasan atau ketidak mahuan mencari alternatif lain

Inilah jadinya... bila Israel dan Barat menguasai ekonomi dunia...
Semua nak beli barang mereka sebab branded dan ada class

Bukankah malas dan ketidak bijaksanaan dalam mencari alternatif itu satu kerugian??

Anda yang memilih sama ada mengikut mahu atau mengenepikan nafsu.

Mungkin ada sesetengah yg memikirkan...
untuk apalah isu-isu boikot ni
sedangkan Palestin tetap tak bebas-bebas sampai sekarang
dan ramai je orang yg tak boikot lagi
(walaupun mereka mengetahui isu tentang ini)...
tetapi ingatlah!!
ini adalah isu yg besar...
kalau Sheikh (beliau ketahui hukum hakam dalam agama!! anda berani membantah??)terkemuka pon dah suarakan...
bermakna ini bukanlah isu yg kecil...
dan yang utamanya ialah...
INI ISU JIHAD KITA DAN MEREKA

Allah tentukan Palestine dicerobohi mereka la'natullah
Pastinya ada hikmah dan ujian di sebaliknya...
Hikmah dan ujian untuk mereka dan KITA

Soal diri kita... apa SUMBANGAN kita?? Atau yang sebenarnya..apa JIHAD kita??
Bagi ceramah?? Kalau buat, Alhamdulillah!!
Bagi derma?? Antara benda senang nak buat. Tapi.. kalau tolak campur dengan pembelian barangan boikot tu...tenggelam juga duit derma tu
Perang?? Jauh sekali!!

Jadi buat apa yang termampu!! Saya yakin semua mampu untuk guna jihad harta... sebab ini bukan soal fizikal semata..tapi soal fizikal yg sebenarnya berkait dgn soal hati..soal nafsu.. antara mahu atau tidak!!
“ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan, kamu masih teragak-agak” Surah Ali ‘Imran:142-143



(saya tak kata orang yg berjihad secara mampu sudah sempurna imannya..tapi mereka ini telah menyempurnakan antara bahagian iman...)
Berdasarkan hadith: "Tidak sempurna iman seseorang hingga ia mencintai untuk saudara-nya apa yang dicintai untuk diri-nya." Hadith Bukhari dan Muslim...

semangat Palestine saya membara lagi!!

klik sini untuk mengetahui pengalaman Dr. Fauziah wakil Mercy ke Gaza Januari lalu


Wallahu a3lam

5 comments:



Anonymous said...

Salam,, bagus ukht,, teruskan bermujahadah.. Tau tak mcmmna nak tengok mknn halal kt jordan? Lau kt Msia paling kurang kita ada tnda halal JAKIM. Kt jordan?? Nak tgok ingredient pn xfaham..

.n.a.k. said...

Wassalam..
Ini pegangan ana...
ana akan cek ingredient...
apa yg ana ragui...
1) whey powder,dan senarai E ini E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337,CE422, E439, E431, E432, E433, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473 E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904

>>utk mknan yg ada whey powder ana akn 'strict'kan utk ngra-ngra barat khususnya..(dulu ana hanya tahu ttg syubhah dalam makanan yg ada whey powder, tpi x tau knp)

ianya syubhah krn..
asalnya..whey adalah sejenis cecair yg dikeluarkan oleh susu dlm proses pertukaran kpd cheese..
Dan untuk meng'cheese'kan susu,enzim 'rennet' diperlukan dan enzim ini diambil dr anak lembu..
tapi..kerana high demand dr consumer..jd anak lembu x dpt manampung
skrg.. ada company yg gabungkan rennet dr anak lembu dan pepsin dr perut babi dan amat meluas di Amerika

tapi, utk produk keluaran dr Saudi Arabia, Jordan, InsyaAllah kher

biar kite ada pegangan, supaya tidak membuta tuli ikut nafsu

dan senarai E itu... bukannya ana hanya ikut membuta tuli.. ana dah mencari knp ada syubhah di situ...(dan kalau dilihat pd ingredient, bnyk jer yg takde yg syubhah ni)

bg yg tak faham baca ingredient...
sebenrnya..ada jer ingredient written in eng... cuma kne cari-cari sket

apa pon, ini pegangan ana

persoalan kepada yg bertanya: bagaimana pula dgn whey powder dlm produk ngr Turki?? Boleh dipercayai atau tidak?

Anonymous said...

dari abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya terdapat kesamaran yang tidak diketahui oleh ramai umat manusia. BARANGSIAPA YANG MENJAGA DIRI DARI PERKARA2 YANG SAMAR ITU, MAKA DIA TELAH MENJAGA AGAMA DAN HARGA DIRINYA, DAN BARANGSIAPA YANG JATUH DALAM PERKARA SAMAR MAKA DIA TELAH JATUH DALAM WILAYAH HARAM. seperti seorang pengembala yang mengembala di sekitar daerah terlarang, sedikit lagi dia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang. Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah perkara2 yang diharamkanNYA. Ketahuilah di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya, dan bila ia rosak, maka rosaklah jua jasad seluruhnya. Ketahuilah bahaw segumpal daging itu adalah hati"(HR Bukhari dan Muslim)

*Untuk rujukan cepat, matan arba'in hadis ke6.

Bagi ana la, xkesahla buatan negara turkey ke, jordan ke, dan sbagainya. Ada kemungkinan halal dan ada kemungkinan haram. Jika kita xyakin, lebih baik kita pilih utk tinggalkn. Rujuk kpd bahagian hadis yang ana UPPERCASEkan.

Betul kata nti tu, banyak lagi alternatif lain yng boleh dicari.

Sama2lah kita mengejar redha Allah dalam suasana manusia sibuk mengejar redha dunia skrng ni.

...dan beruntunglah bagi orang2 yang asing (ghuroba').

Sekian, syukran ukht.

.n.a.k. said...
This comment has been removed by the author.
.n.a.k. said...

syukran juga kepada yg berkongsi...

yup..yg haram itu jelas dan yg halal itu jelas..

insyaAllah

mencari alternatif lain di samping mencari kepastian utk lebih jelas

wallahu a3lam