
Assyahid Imam Hassan Al-Banna pernah mengatakan "Kewajipan kita melebihi masa yang ada"

Salam perjuangan buat pemegang panji-panji Islam
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Constantinapole akan di tawan oleh seorang raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"
Barangkali ramai antara kita yang pernah mendengar nama 'Muhammad Al-Fatih' putera Sultan Murad. Namun, barangkali ramai juga yang tidak mengetahui bahawa beliau ialah peneraju rakyat dan tenteranya untuk merealisasikan hadith nabi setelah nabi wafat. Barangkali juga ramai yang tidak tahu, saidina Ali, Muawiyah, KhalifAH Harun Ar-Rasyid, Sultan Murad dan ramai lagi pernah mencuba untuk merealisasikan hadith nabi tersebut. Tentunya mereka raja yang baik, tetapi mungkin syarat kedua dan ketiga tidak dipenuhi iaitu tentera yang baik dan rakyat yang baik....Dan untuk memenuhi ketiga-tiga syarat ini lebih susah dari apa yang digambarkan. Namun, sultan yang diberi nama oleh bapanya seperti nama nabi Muhammad berjaya memenuhi semua syarat.
Menjadi seorang sultan menggantikan bapanya, Sultan Murad ketika berumur 19 tahun, Sultan Muhammad berjaya menerajui negaranya dengan sangat hebat. Usia tidak menjadi ukuran, bahkan baginya taqwa dan ilmu yang perlu dititikberatkan.
Dididik dari kecil mengenai Islam dari kecil oleh ulama' dan mengenai kepahlawanan oleh bapa saudaranya sendiri, Panglima Tharhan, beliau membesar menjadi seorang sultan yang bukan sahaja cintakan Islam dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi Muhammad bahkan seorang sultan yang bijak mengatur strategi peperangan.
Buktinya, setelah mendapat hidayah dari Allah bahawa kapal tentera lautnya berjaya melayarkan kapal mereka yang ketika itu disekat di Pelabuhan Tanduk Emas, Sultan Muhammad mencari idea bagaimana mahu merealisasikan mimpinya. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk melayarkan kapalnya di atas jalan darat. Kapal yang ditarik bukanlahh hanya 1, 2 atau 3, tetapi sebanyak 70 buah kapal tentera yang besar.
Dan ini menggerunkan pihak musuh terutama pihak gereja, kerana menurut paderi, kitab Bible ada menyatakan apabila berlaku 3 perkara, malapetaka yang dahsyat akan berlaku iaitu KAPAL BELAYAR DI DARATAN, PATUNG MARY PECAH dan GEREJA AYA SOPHIA DISAMBAR PETIR.
Kewarakan Sultan Muhammad terbukti apabila beliau ingin memilih tenteranya untuk mengimami solat setelah gereja Aya Sophia bertukar Masjid Aya Sophia. Sultan Muhammad perintah "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, sila duduk" Namun, tiada siapa yang bergerak. Nah, terbukti bahawa semua tenteranya sgt layak digelar 'menjadi singa Allah di waktu siang dan menjadi hamba Allah di waktu malam'.
Kemudian, perintahnya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk". Sebahagian tenteranya duduk.
Perintahnya lagi buat kali terakhir, "siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk". Kemudian, semua tenteranya duduk...dan hanya beliau seorg sahaja yang berdiri.. Dan beliaulah yang selayaknya menjadi imam.
Keindahan budi pekerti dan kecintaan beliau sendiri pada Islam berjaya menarik minat ramai org untuk memeluk agama Islam dan menyebabkan musuh merasa bangga terhadapnya. Contohnya, Urban pencipta meriam yang dikurung maharaja Constantine memeluk Islam kerana beliau tetap diberi pembebasan oleh Sultan sekiranya tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam. Namun, Urban mengambil keputusan utk bekerjasama dgn mereka. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Rom, Alexsi meluahkan rasa bangga terhadap Sultan Muhammad kerana berpakaian seperti rakyat biasa dan berperang bersama, bukan seperti Maharaja Constantine yang berpakaian bertitahkan emas dan sebagainya...
Apa yang saya dapat fikirkan, ADAKAH KITA MENYEBABKAN ISLAM DI PANDANG MULIA OLEH ORANG LAIN atau ADAKAH KITA PENYEBAB PENGANUT LAIN MEMANDANG NEGATIF TERHADAP ISLAM??
Fikir-fikirlah, ADAKAH KITA PUNYA RAJA TAU PERDANA MENTERI SERTA KONCONYA YANG BAIK? PUNYA TENTERA YANG BAIK? PUNYA RAKYAT YANG BAIK?
Jadilah kita golongan yang menyelamatkan Islam di akhir zaman, wahai sahabatku, pemegang panji-panji Islam!!
"Setiap manusia ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya".
Assalamualaikum....
Dapatkan buku-buku terbitan JIMedia dengan mengunjungi gerai ReadNetwork di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (no.38 Legar Putra PWTC) bermula 17 April 2008 sehingga 26 April 2009.
Senarai buku terbitan JIMedia yang akan dijual adalah seperti berikut:
1. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin (Antologi Cerpen Palestin) - RM15.00
2. Dalang di Palestin: Hamas Atau Israel? (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00
3. Gaza Diserang! (Maszlee Malik) - RM12.00
4. Ku Temui Jalan Pulang (Ummiroses) - RM10.00
5. Jejak Risalah di Nusantara I (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00
6. Aku Ori Bukan Fotokopi (Roha Hassan) - RM12.00
7. Kembara Beirut (Maszlee Malik) - RM10.00
8. Lambaian Kaabah (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00
9. Berdamai Dengan Israel: Berapa Harganya? (Hafidzi Mohd Noor) - RM8.00 (RECOMMENDED)
10. 20 Persoalan Asas Palestin (Maszlee Malik) - RM6.00 (RECOMMENDED)
11. Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (Hafidzi Mohd Noor) - RM8.00 (RECOMMENDED- cerita dr awal bgimana palestin diambil)
12. Al-Aqsa Dalam Bahaya!! (Maszlee Malik) - RM10.00 (RECOMMENDED)
Assalamualaikum...
Sekadar renungan...
Sekadar peringatan...
Buat diri dan teman...
Untuk 'upgrade' iman...
Dulu... saya rasa hidup ni sekadar untuk hidup
Takde apa-apa tujuan len selain blaja sekarang nih untuk dpt kerja bagus besar nanti
Supaya besar nanti tak susah
Iyelah, hidup tak leh bergantung dgn ibu bapa selamanya
Orang lain tanggung ibu bapa, kita ditanggung ibu bapa
Ish, malu!!
Saya ni agak macam ragam (Huhu..Tak kenal maka tak tak tahu!!)
Bila org cakap yang baik-baik.
Tapi berlawanan dgn prinsip hidup saya
Saya tak boleh terima sgt
Memang x cakap terus terang
Tp simpan dalam hati dan fikir balik guna minda yg pramatang ni
Bagi saya ketika itu
AKU TETAP AKU!!
Tapi, bila makin besar...(umur makin banyak...tp, hayat makin pendek!!)
Pemikiran makin matang
Iman makin terisi
Nasihat yg diberi dah boleh fikir
Tarbiyah semakin boleh diterima
Tika itu
Saya mula tercari-cari, teraba-raba dan terfikir-fikir
Apa makna hidup ini??
Untuk belajar je?? Kerja?? Serve msyrkt?? Hidup senang?? Kahwin dgn org kaya??
Hurm.... tp tua nanti semua itu akan hilang
Service saya x diperlukan lg
Badan sakit-sakit dh x rasa hidup senang
Itupun kalau mati tua...
Kalau mati muda??
Apa maknanya yer??
Saya tahu saya perlu cari jalan mana yg saya perlu lalui...
Sebab kalau dh tahu jalan, baru boleh plan nak jalan macam mana
Meniarap ke....merangkak ke...Berjalan ke...berjoging ke...atau berlari
kalau x tahu jalan mana, nanti dr awal kita x start sbb terkandas di awal perjalanan
Bila saya tahu apa yg saya x tahu dan saya tahu apa yg saya nak tahu
Saya tahu saya perlu mengambil tahu
.....................................................................................................................................................
Alhamdulillah
Kabus semakin susut
Yg pudar makin jelas
Yg hitam makin kelabu
Yg kelabu makin putih
Makin lama saya makin jelas yg hidup ni mmg x boleh lari dari Allah
Saya mula sedar
REDHA ALLAH yg perlu saya cari
CINTA ALLAH yg perlu saya capai
KHALIFAH DAN HAMBA ALLAH yg perlu saya jadi
Tapi, dlm menuju destinasiku...
Terkadang saya jatuh, terkadang saya bangun
Terkadang saya ingat, terkadang saya alpa
Yg pasti seringkali saya berubah
Berubah mencari cara sebenar untuk saya menyusuri jalan yg sudah sememangnya lurus
Tapi dikaburi kabus, diselubungi asap yg kadangkala banyak, kadangkala sikit
Ya!! Memang kerapkali!!
Bila tersedar diri tersalah cara,
Saya cuba kembalikan diri kepada empunya IMAN
Ya Allah Ya Tuhanku
Kini, saya masih dalam pencarian...
Penantian...
Pengertian...
"HidUp dI dUnIa hAnYaLah SaTu PerMaiNan yG meLaLaikaN"
Salam perjuangan, PEJUANG ALLAH!!
Erm... Sekadar perkongsian apa yg saya dpt ketika pergi Program Training of Palestine Speaker (TOPS). Hari kedua program, Dr Fauziah Hassan, seorg doktor sakit puan (obstetrics and gynecology) di Hospital Ampang Puteri telah berkongsi pengalamannya ke Gaza dr 28 Januari 2009 hingga 2 Februaru 2009. Ya Allah, beliau memang antara mrk yg terpilih!!
Kata Dr. Fauziah, yg juga telah mewakili MERCY ke Afghanistan sebelum ini, misi kali ini memang sangat berlainan kerana ia melibatkan nyawa. Dalam keadaan Gaza yg boleh diserang pd bila-bila masa oleh Israel La'natullah, persiapan dalaman iaitu rohani dan mental serta fizikal amat penting. Dengan kata lain, misi beliau kali ini ialah JIHAD...
Dr. Fauziah dan team group beliau masuk ke Gaza melalui pintu Rafah iaitu sempadan Gaza-Mesir. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dgn lancar dan sgt singkat, dan pondok imegresen sgt lengang waktu itu biarpun sebelum itu mrk tlh sesat dan kerugian masa selama lbh krg 5 jam. Ya, bantuan Allah kepada mereka yg benar-benar ikhlas.
Kami tidak perlukan bantuan-bantuan ketenteraan dr saudara-saudara kami. Apa yg kami perlukan sekarang ialah wang dengan cara memboikot brgn Israel serta konconya dan Do'a yg ikhlas utk kami..Akhirnya, team Dr. Fauziah pulang setelah dikejutkan dgn serangan di Gaza pd 2 Februari 2009. Alhamdulillah, mrk selamat tiba di Malaysia dan Allah telah menakdirkan mrk utk berkongsi apa yg mrk alami di sana..
Salam perjuangan!!
PERJUANGKAN PALESTIN TIDAK BERMUSIM!!
Perhatikan, Baca apa yg israel la'natullah ini telah katakan...
"Hanya satu negara yg boleh wujud di Palestin iaitu negara Yahudi, dan tidak ada kesamarataan dalam perhubgn Yahudi dan Arab, ttp Yahudi akn mendominasi bila bilgn mrk meningkat" Dr. Eder, Pengerusi P/Jaya Zionis
"Yakinlah pada Tuhan bahawa negara Yahudi akan menjadi kenyataan, tetapi ia tidak muncul melalui deklarasi politik, ttp melalui DARAH DAN KERINGAT bangsa Yahudi" Chaim Weizman
Inilah janji mereka hingga sekarang. Pertumpahan darah berlaku.
Ala...... pegi McD sekali sekala apa salahnya Milo ni penting!! Anak saya tiap-tiap hari minum Israel dah x serang Gaza dah. Tunggulah, bila serang kita boikot balik. Saya selalu makan Maggi time tiada duitASTAGHFIRULLAH!!
"Abdullah ibn Umar bertanya Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul Maqdis. Jawab Rasulullah, "Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin(ziarah dan solat), maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bg menerangi masjid itu)" [Sahih Bukhari].Jadi, apa yang telah kita lakukan untuk pertahankan PALESTIN dan ALAQSA? Apa jawapan kita kepada Allah bila ditanya nanti?