Boring kerja??




Salam alaikum....


Alhamdulillah setelah sekian lama x meng'update' blog disebabkan kesibukan yg 'melampau'... akhirnya... saya diberi peluang utk 'share' perkara nih.



Bermula dr 18 April hingga 23 April 2009, saya memilih utk mengisi masa lapang saya di rumah utk bekerja di booth INTERNATIONAL BOOK FAIR '09..


huhu..actually, saya kerja 2 hari, dgn READ NETWORK, buku kanak2...huhu..jd kanak2 sekejap... pegang belon... hari yg selebihnya jd volunteer kerja di booth JIM yg jual brg2 utk PALESTIN. "MEMBELI SAMBIL MENDERMA"


...BERDIRI DI TGH LALUAN MANUSIA...MENGHULURKAN PAMPLET-PAMPLET KPD PENGUNJUNG...MELAKUKAN PERKARA YANG TAK DIBAYAR GAJI...MEMBUAT PERKARA YG SAMA UTK 7 JAM SELAMA 4 HARI...



Apa yg saya katakan di atas mungkin berbunyi seperti bosan... Ya, secara normalnya, ia agak membosankan...Mana tidaknya, hanya menghulurkan pamplet-pamplet yg mungkin sesetgh org akan membuang dan sesetghnya akan membaca...tambahan pula, kerja ini tidak berbayar.



Saya mula terfikir ttg dunia pekerjaan... Adakah mereka yg bekerja mengalami kebosanan?? Adakah tidak?? Jika tidak, mengapa?? Jika ya, mengapa?? Adakah kerana wang?? Kerana terpaksa??

Saya terbaca satu berita pendek BERITA HARIAN bertarikh 27 April 2009.. 2 org doktor ditangkap kerana curi tulang, sedgkan ramai pesakit sdg menunggu utk diterima rawatan.. Nampaknya, doktor2 ini mungkin mengalami kebosanan..Siapa tahu??

Tapi, apa puncanya perlakuan yang sungguh tidak baik ini berlaku??



Jawapannya, kerana PEKERJAAN TIDAK DIJADIKAN SATU IBADAH!!



Ya, andai doktor2 ini menjadikan pekerjaannya satu ibadah, pasti mereka berasa terikat dgn sabda nabi Muhammad s.a.w.



"Setiap manusia ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya".


Dan pastinya tiada curi tulang dalam kamus hidupnya. Dan pastinya mereka ingin menjadi doktor utk membantu UMMAH bukannya membebankan UMMAH.



Apa yg saya dapati, betapa kecilnya sesuatu perkara yg dilakukan, tetapi dilakukan atas ibadah di samping mencari hikmah yg terselindung, ganjaran yg besar akan diperoleh...



Alhamdulillah, bnyk perkara yg saya perolehi dr kerja 'menghulur pamplet'...


First of all, saya dpt bantu Palestin. Biarpun bukan dgn nyawa, tp cukuplah dgn masa dan tenaga. Saya menghulurkan pamplet tersebut dgn harapan bahawa pengunjung2 akan membaca pamplet itu dan Allah memberi hidayah supaya menyedari akan kekejaman Zionis.

Then, saya dapati tak semua org yang saya sangka pada mulanya tidak mengambil berat ttg saudara kita di Palestin berkelakuan sedemikian...dan tidak semua juga yg saya sangkakan mengambil berat ttg saudara kita berkelakuan sedemikian... Buktinya...Saya amat terkejut melihat sebuah sekolah yg meng'order' McD utk pelajar-pelajarnya dan mrk mengagihkannya btul2 di hdpn boothh kami..Astaghfirullah!!


Saya dpt belajar berkomunikasi dgn macam2 jenis orang tak kisahlah mereka tu sefikrah atau tidak sefikrah dgn saya... Dan sedikit sebanyak mengajar saya utk berdepan dgn masyarakat dlm melaksanakan tuntutan AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR.. Dan apa yg saya dapati, jgn kita tinggalkan atau sisihkan mrk yg tidak sefikrah dgn kita.. Bergaullah dgn bermacam jenis org kerana ia akan membuka minda kita dan mengajar berfikir dgn lebih matang..... Saya berbual dgn seorg lelaki India berumur 43 tahun mengatakan bahawa saya ni 22 tahun...Aduh, tuanya!!


Apa yang boleh saya katakan setelah beberapa hari melihat dunia luar, masyarakat amat memerlukan agen penyebaran dan golongan yang menjalankan kegiatan dakwah. Sebenarnya, mereka yang jahil di luar sana tidak semestinya mahu sentiasa berada dalam kejahilan.

Satu lagi, saya dapat rasa macam mana life ummi dan abah yang kerja seharian, kepenatan, kelelahan.... Owh, sungguh memenatkan.... Dan dapat juga saya mengagak macam mana life saya nanti bila dah kerja. Saya memikirkan, ADAKAH SAYA MAHU MENJADI ORANG YANG MENGEJAR DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN TUHAN?? ATAU SAYA INGIN MENJADIKAN KERJA SAYA SEBAGAI SATU IBADAH??

3 comments:



Nailah703 said...

ye..kerja pape pun, biarlah lillahi ta'ala, kn kak nad? ^_^

Nadhirah said...

btol3. nnt pasti dpt hikmahnya...ilmu drnya...yg penting dpt redhaNya

Nailah703 said...

alhamdulillah, btol tu! ^_^