Assalamualaikum....buat pembawa risalah Islam dan pemegang panji Islam
Assyahid Imam Hassan Al-Banna pernah mengatakan "Kewajipan kita melebihi masa yang ada"
Saya mula terfikir, andainya benar kata-kata seorg ulama yg telah menyebarkan da'wahnya demi Islam sehingga ke Malaysia yg beribu-ribu batu jauhnya perjalanan dari tanah perjuangannya, Mesir, pasti tiada masa utk kita bersenang lenang..
Dan saya mula terfikir bagaimana pula dgn hobi-hobi atau kegiatan masa lapang saya. Benarkah perlu ada 'masa lapang' itu?? Sedangkan banyak lg kewajipan yang harus dilaksanakan..
Setelah berfikir secara mendalam, saya mula menyedari kewajipan ini perlu dibahagikan kpd beberapa bahagian...terhadap Allah (pastinya!!), diri, keluarga dan ummah. Jadi, seharusnya saya mengagihkan seadil-adilnya kewajipan-kewajipan yang ada.
Saya terigt hadith Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi
"Setiap manusia ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinnya"
Namun, saya menyedari bahawa setiap apa yg dilakukan masih tertakluk kpd ibadah selg ianya dilakukan atas nama Allah. Kemudian, saya terfikir lg, adakah amalan yg dilakukan bukan atas nama ibadah adalah sia-sia?? Sia-sia?? Bagaimana dikatakan sia-sia?? Saya berfikir lg. Secara mendalamnya, apa yg saya dapati, sia-sia ialah perkara yg dilakukan dgn tidak mendapat saham di akhirat nanti, dgn tidak mendapat redha dr Allah.
Saya mula berfikir dgn lebih lg, BAGAIMANA SAYA INGIN MELAKUKAN SESUATU DGN TIDAK SIA-SIA?? Jika tidak saya tergolong dalam golongan mrk yang merugikan.
Ya, setiap apa yg saya lakukan, saya tahu saya perlu dptkan ilmu. Tidak kira dlm bentuk fakta, skill ataupun pengubat hati, biarpun ketika itu saya sedang bermain, membaca buku novel, bermain internet dan sebagainya. Biarpun pada 'nama aktivitinya' kelihatan kurang bermanfaat, tapi saya berpegang pada kata-kata ini,
Ilmu berada di mana-mana. Ilmu tak akan dtg kepada kita tp kitalah yg perlu bersedia dan mencarinya. Biarpun ilmu itu berada di hadapan mata, namun ada juga yg buta, kerana buta hatinya buta mindanya. Na'uzubillah.
Tiba-tiba saya teringat, kata-kata pujangga yg biasa didengari, "Ilmu tanpa amal ialah sia-sia. Amal tanpa ilmu ialah sesat". (Tersedar pula bahawa amal dan ilmu adalah seiringan). Jadi, sekali lg disia-siakan. Iaitu apabila saya tidak mengamalkan apa yg saya tahu, juga apabila saya tidak menyebarkan apa yang saya tahu....
Alhamdulillah, setelah berfikir panjang... saya menyedari betapa pentingnya niat yang dibuat...bukankah niat yang membetulkan hati kita sama ada kita melakukan sesuatu sbg ibadah, untuk mencari ilmu atau tiada apa-apa. Jadi, jelaslah, perkara yang dilakukan tanpa niat akan berlalu begitu sahaja. Bukan sahaja ilmu terbang begitu sahaja, malah masa terbuang tanpa apa-apa....
InsyaAllah, akan saya pastikan setiap apa yang dilakukan akan memperoleh ilmu dan redha drNya supaya tidak sia-sia...
Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat
Wahai sahabat, saya menyeru kepada diri dan ikhwan akhawat sekalian, tuntutlah ilmu dan sebarlah serta amalkanlah untuk kebaikan Ummah kerana kita membawa tanggungjawab sbg HAMBANYA, KHALIFAHNYA, UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W...
Islam memerlukanmu, Wahai Syabab, Fatayat, Ikhwan wa Akhawat!!
"Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. ORg yg menerima dakwah ini akn hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. ORG YG X BERSEDIA MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB INI akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan org2 yg tercicir bersama org yg tercicir. JUSTERU ALLAH AKAN MENGGANTIKAN MEREKA DGN ORG LAIN YG AKAN MENDUKUNG DAKWAH INI"
Persiapkan diri kita dgn ILMU, IMAN dan AMAL supaya kita dipilih oleh Allah.. Ayuh!!
Semoga tugas kita terlaksana dgn jayanya...InsyaAllah
3 comments:
wei...terasa seh...hahaha...aduh..pdih2
huk3...perigtn utk diri aku jugak yg salu lalai
^_^ mantap!
sbg muhasabah diri. mekasih
Post a Comment