Salam perjuangan buat pemegang panji-panji Islam
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Constantinapole akan di tawan oleh seorang raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"
Barangkali ramai antara kita yang pernah mendengar nama 'Muhammad Al-Fatih' putera Sultan Murad. Namun, barangkali ramai juga yang tidak mengetahui bahawa beliau ialah peneraju rakyat dan tenteranya untuk merealisasikan hadith nabi setelah nabi wafat. Barangkali juga ramai yang tidak tahu, saidina Ali, Muawiyah, KhalifAH Harun Ar-Rasyid, Sultan Murad dan ramai lagi pernah mencuba untuk merealisasikan hadith nabi tersebut. Tentunya mereka raja yang baik, tetapi mungkin syarat kedua dan ketiga tidak dipenuhi iaitu tentera yang baik dan rakyat yang baik....Dan untuk memenuhi ketiga-tiga syarat ini lebih susah dari apa yang digambarkan. Namun, sultan yang diberi nama oleh bapanya seperti nama nabi Muhammad berjaya memenuhi semua syarat.
Menjadi seorang sultan menggantikan bapanya, Sultan Murad ketika berumur 19 tahun, Sultan Muhammad berjaya menerajui negaranya dengan sangat hebat. Usia tidak menjadi ukuran, bahkan baginya taqwa dan ilmu yang perlu dititikberatkan.
Dididik dari kecil mengenai Islam dari kecil oleh ulama' dan mengenai kepahlawanan oleh bapa saudaranya sendiri, Panglima Tharhan, beliau membesar menjadi seorang sultan yang bukan sahaja cintakan Islam dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi Muhammad bahkan seorang sultan yang bijak mengatur strategi peperangan.
Buktinya, setelah mendapat hidayah dari Allah bahawa kapal tentera lautnya berjaya melayarkan kapal mereka yang ketika itu disekat di Pelabuhan Tanduk Emas, Sultan Muhammad mencari idea bagaimana mahu merealisasikan mimpinya. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk melayarkan kapalnya di atas jalan darat. Kapal yang ditarik bukanlahh hanya 1, 2 atau 3, tetapi sebanyak 70 buah kapal tentera yang besar.
Dan ini menggerunkan pihak musuh terutama pihak gereja, kerana menurut paderi, kitab Bible ada menyatakan apabila berlaku 3 perkara, malapetaka yang dahsyat akan berlaku iaitu KAPAL BELAYAR DI DARATAN, PATUNG MARY PECAH dan GEREJA AYA SOPHIA DISAMBAR PETIR.
Kewarakan Sultan Muhammad terbukti apabila beliau ingin memilih tenteranya untuk mengimami solat setelah gereja Aya Sophia bertukar Masjid Aya Sophia. Sultan Muhammad perintah "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, sila duduk" Namun, tiada siapa yang bergerak. Nah, terbukti bahawa semua tenteranya sgt layak digelar 'menjadi singa Allah di waktu siang dan menjadi hamba Allah di waktu malam'.
Kemudian, perintahnya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk". Sebahagian tenteranya duduk.
Perintahnya lagi buat kali terakhir, "siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk". Kemudian, semua tenteranya duduk...dan hanya beliau seorg sahaja yang berdiri.. Dan beliaulah yang selayaknya menjadi imam.
Keindahan budi pekerti dan kecintaan beliau sendiri pada Islam berjaya menarik minat ramai org untuk memeluk agama Islam dan menyebabkan musuh merasa bangga terhadapnya. Contohnya, Urban pencipta meriam yang dikurung maharaja Constantine memeluk Islam kerana beliau tetap diberi pembebasan oleh Sultan sekiranya tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam. Namun, Urban mengambil keputusan utk bekerjasama dgn mereka. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Rom, Alexsi meluahkan rasa bangga terhadap Sultan Muhammad kerana berpakaian seperti rakyat biasa dan berperang bersama, bukan seperti Maharaja Constantine yang berpakaian bertitahkan emas dan sebagainya...
Apa yang saya dapat fikirkan, ADAKAH KITA MENYEBABKAN ISLAM DI PANDANG MULIA OLEH ORANG LAIN atau ADAKAH KITA PENYEBAB PENGANUT LAIN MEMANDANG NEGATIF TERHADAP ISLAM??
Fikir-fikirlah, ADAKAH KITA PUNYA RAJA TAU PERDANA MENTERI SERTA KONCONYA YANG BAIK? PUNYA TENTERA YANG BAIK? PUNYA RAKYAT YANG BAIK?
Jadilah kita golongan yang menyelamatkan Islam di akhir zaman, wahai sahabatku, pemegang panji-panji Islam!!
Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
-
Perlu diketahui bahwa setinggi apa pun jabatan, sehebat apa pun profesi,
sebanyak apa pun uang, apabila dihiasi dengan ketidakjujuran, maka tidaklah
akan...
4 years ago
2 comments:
salam..ana terkeliru dgn statement "....(Urban) x mahu bekerjasama dengan orang Islam..."
Setahu ilmu yg cetek ni,dy yg mencipta meriam besar dn bbrpaa idea2 len dlm siri adegan penaklukan Constantinople..cb tgk read1453.blogspot..wallahu a'lam..mgkin dr ini yg trkeliru..
salam..
syukran sgt...
sebenarnya ada kesilapan...
sebenarnya nak kata...
Sultan Muhammad AlFatih berjanji kepada Urban untuk membebaskannya walaupun Urban tidak mahu bekerjasama...
Kat sini nak tunjuk contoh yang Sultan ni bukan org yg memaksa
Syukran...
Post a Comment