Salam 3laikum...
Sallou 3la Nabiy...
Masuk tahun 2, perubatan..
Hidup jadi makin susah
Terutamanya kat Jordan
Bila dah masuk paper pertama utk first exam
Alamatnya.. sampai ke habis semester terus exam
Padahal jarak dr first exam hingga akhir exam ialah 2bulan lebih
Boleh kata tiap-tiap minggu exam
Kalau masa first year dulu
Takdelah tiap-tiap malam study
Tapi dah masuk second year..
Sape yg tak study tiap-tiap malam
Kne cari hari ganti utk malam tu
Walaupun hidup ni bukan hanya study
Kena juga bahagi masa utk bnda-bnda lain yg penting juga
Utk Allah, Al-Quran, DnT, family, kawan-kawan
Saya teringat yang saya pernah tny seorg senior waktu first year
Saya : Kak, mmg kne study tiap-tiap malam ke?
Senior : Kalau nak berjaya, kenalah study tiap-tiap malam
Saya kepelikan waktu tu. Pelik dgn orang yg boleh study hari-hari. Sekarang, nah!! 24 jam pun rasa tak cukup
25hbOktober 2010 : Exam Pharmacology...
Hari sblm tu mmg agak bertungkus lumus utk subjek yg bkn skdr kne faham tapi wajib hafal
Sampai telan Panadol sebiji sblm tidur, takut esok sakit kepala
Alhamdulillah, walaupun result mmg tak seberapa
26hb Oktober 2010 : Exam Genetics...
Soalan susah dari yg dijangka.. Ingtkan kne hanya sekadar hafaz, rupanya mcm Biochemistry juga.. Kne faham mechanism-mechanism
Apapun, Alhamdulillah result lebih baik dr Pharma...
Teringat perbualan antara A dan B
A : Saya takutlah kalau diri dah terbiasa dgn markah rendah ni.. sbb sy tak rasa nak menangis pun
B : Takde orang yg nak markah rendah. Kita mmg akan berusaha untuk exam yg akan datang. Tapi, relaks yg kita hadapi skrg ni bermaksud kita redha dgn apa yg Allah bagi. Kita dah usaha, inilah redha..
Saya pernah buat kesimpulan yg org Jepun ni mmg sgt bermotivasi tinggi. Dan hidup mereka bnyk bergantung pada motivasi yg mereka ada. Tapi, malangnya, apabila mereka down, motivasi itu dah hilang. Dan bila tiada tempat bergantung, akhirnya bunuh diri..
Tapi urusan orang mukmin memang ajaib!!
Ada Allah sbg motivasi...
Biarpun gagal atau berjaya..
Dan tak dinafikan...
Redha itu lebih 'best' kalau sblm tu kita usaha dan tawakkal!!
P/S : Susah tol hidup bila didoktrinkan yg kne jugak cari usaha utk dptkan Dean's list kat JUST sdgkan Dean's list di sisi Allah tak nak cari... Na3udzubillah
Wallahua3lam..
Moga Allah kuatkan hati kita~~
Wassalam
She is buzy...
Intikhabaat
Salam...
Mode sekarang : Esok exam, Biostatistics (mohon doakan!)
Bila tgk kat sekeliling Irbid,
Bnyk banner yg bertampal-tampalan
Mmmg mudah utk tahu yg skrg ni musim intikhabaat (pilihanraya)
Cumanya..
Suasananya tak sehebat Malaysia
Berlumba-lumba bendera parti mana paling tinggi
Poster siapa yg paling cantik
Teringat pula...
Presiden Ahmadinejad!
Beliau yg pada asalnya ialah Datuk Bandar Tehran hanya menyara dirinya menggunakan hasil kerja sbg pensyarah kejuruteraan
Rumah yang diberi sbg elaun datuk bandar diwakafkan kepada Tehran utk dijadikan muzium
Beliau berpakaian seperti biasa
Kadang kala menyapu di jalan-jalan raya
Setelah nama beliau dinaikkan sbg calon Presiden oleh persatuan jurutera
Beliau merupakan entiti yang paling tak famous di luar Tehran
Dan sewaktu pilihanraya, beliaulah calon yang menggunakan kos paling murah
(Disebabkan bajet kewangan yang sikit - sbb beliau hanya guna gaji pensyarah)
Tiada banner, tiada poster, tiada siaran tv khas yg disewa utk beliau
Cuma... rakan-rakan beliau membuat dokumentari tentang hidupnya bersama sekeliling
Dengan menggunakan kamera biasa
Maaf, ada juga saya mencari-cari videonya, tapi x jumpa
Macam cerita movie, kan? Tapi, inilah realiti...
Dan anak Revolusi Iran Islam 1979 di bawah pimpinan Ali Khameini,
Apabila berjaya dinobatkan sbg Presiden Iran tahun 2005
Beliau mengingatkan semula tentang halatuju Revolusi Iran Islam
Yang dari 1979 hingga 2005 sblm tahun pemerintahannya,
Iran semakin lari dari halatuju sebenar dengan pemimpin mereka bersembunyi di bawah revolusi ini
Sungguh!!
Bila baca buku Ahmadinejad, Singa Baru dunia Islam
Saya cukup kagum dengan Ahmadinejad
Sehinggalah saya menjelajah ke web lain
Dan terjumpa pelbagai komplikasi
(bagi saya, fakta dari satu sumber kurang meyakinkan)
Ada yang mengatakan sejak Ahmadinejad menjadi presiden
Ahli sunnah wal Jamaah semakin ditindas dari pelbagai aspek
(disebabkan Ahmadinejad ialah Syiah)
Dan ada yang mempertahankan Ahmadinejad bahawa keadaan tidak sedemikian
(antaranya ialah Faisal Tehrani dan beberapa lagi yg saya jumpa)
Dan ada yang mengatakan Ahmadinejad ialah Ahli Sunnah
Apapun, saya konfius juga
Adakah semua ini hanya satu propaganda Barat yang serik dengan penyatuan umat Islam dari zaman Nabi Muhammad hingga ke Empayar Turki
Dan pemergian saya ke Syria beberapa bulan lepas,
agak membuka mata saya tentang golongan syiah
Tapi, saya tak tahu banyak utk bercerita soal ini
Tapi...memang pendirian Ahmadinejad dalam soal kepimpinan dan akhlaq patut dicontohi
Lantang menyuarakan pendiriannya mengenai Barat
Membantu Palestin
Humble sbg pemerintah namun tetap dihormati
Ingin mengorek cerita tentang tokoh abad ke-20 spt Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, PM Turki (Erdogan) dan lain-lain lagi
Allah-lah yang Lebih Mengetahui Segala Sesuatu
Wallahu a3lam
love'em
Salam...
Sungguh, mmg nak tulis jugak...
Sekecil mana pun nikmat yang Dia bagi...
Memang wajib disyukuri
Mungkin kadang-kadang kita tak perasan
Seperti nikmat kawan yang Dia bagi
Sayangilah kawan
Sebab mungkin Dia akan tarik kawan kita kalau kita tak hargai mereka
(bukan bermaksud tarik nyawa.. tapi tarik cinta kawan kepada kita)
Mungkin kita perlu melazimi rasa syukur
Bukan mungkin, tapi memang
Supaya setiap benda yg kita dapat, kita akan bersyukur
Oh, aku!!
Aku cinta kawan-kawan aku!!
Semarakkanlah cinta aku terhadap mereka keranaMu, Tuhan!
(tak tahan nak tulis walaupun bakal exam... huhu)
Falsafah seorang pelajar
Bismillah..
Assalamualaikum
Hari bertambah hari..
Dia makin mengenal erti kekuatan yang harus dicari
Erti percubaan pertama yang mungkin membawa kepada kejayaan atau kegagalan
Dan bagaimana percubaan pertama membawa kepada percubaan seterusnya
Dan bagaimana kegagalan itu merupakan satu perkara yg bermaruah setelah kita berusaha sebab ia menandakan satu keberanian
Diulangi, setelah kita berusaha!! Bukan tanpa usaha atau strategi!!
Dan hari bertambah hari..
Cara dia untuk membetulkan diri semakin bervariasi
Kadang-kadang cara itu sudah semakin basi bagi dirinya
Mungkin cara baru perlu dicari
Sesuai dgn jenis masalah yg dihadapi
Tapi yang pasti...
Projek 'mending myself' hanya akan berjalan kalau dia muhasabah diri
Sebab macam mana kita nak ubah sesuatu bnda kalau kita tak tahu apa masalahnya
Kadang-kadang...
Dia rasa ada bestnya tulis diari
Bukanlah diari yg penuh dgn kisah cintan
Tapi diari yg berunsur doa, kelemahan diri dan cara mengatasi dan apa yg berlaku yg boleh memberi pengajaran bagi dirinya
Sebab progression diri boleh dilihat dari semasa ke semasa
Hari demi hari..
Dia makin terasa semangat dalam apa yg dia kerjakan
Tapi dia tahu perkara itu tidak boleh dibuat berseorangan
Sebab mungkin dia tidak sedar bahawa dia sudah futur
Oleh kerana itu, dia sedar kepentingan sahabat seperjuangan
Yang sentiasa mengingatkan....
Yang sentiasa melapangkan...
Hari demi hari..
Semangatnya untuk kembali kepada cinta Dia semakin bertambah
Mudah benar dia tersentuh mendengar lagu-lagu berunsur ketuhanan
Tapi dia tahu tidak cukup dgn itu sahaja
Dia perlu lebih dekat dengan ayat-ayat cintaNya
Dia juga sedar, dia perlu lebih mengenali Rasulullah
Hatinya tersentuh dgn kisah Qasidah Burdah yang didengari dari sahabatnya, Sabihah Musalli
Tingkatkan Tarbiyah Zatiyah wahai diri...
Kerana itu tanda cintamu pada diriNya
Dan Dia akan sentiasa berada dgnmu dalam setiap apa yg dilakukan
Walaupun dalam keadaan susah sekalipun...
Wallahu a3lam
Islam di negara dinasti
Salam 3laik
Islam bukan hanya dirasai oleh orang Arab. Bukan juga hanya oleh orang Melayu yang kadang-kadang agama itu hanya dijadikan mainan politik untuk menjadikan tempat berlindung atau untuk ditulis di atas kad pengenalan. Tapi hakikatnya Islam dirasai di serata dunia.
Dan siapa sangka Islam di Cina juga dirasai oleh lebih 100 juta orang dengan jumlah masjid sebanyak 42000 buah walaupun fakta rasmi mengatakan sekitar 30 juta orang. (siapa tahu kat mesia ada brape ramai manusia? kalah dgn umat Islam di China kot..) Dan siapa sangka kehebatan-kehebatan Dinasti-Dinasti China yang kukuh berdiri beratus-ratus tahun adalah melalui bantuan orang Islam yang menetap dan datang ke China. Walaupun dalam cerita-cerita klasik China tidak diungkitkan tentang ini.
Dikatakan Islam tiba di China 1400 tahun dahulu, apabila nabi Muhammad menghantar sahabat-sahabat ke negara China. Ada pendapat mengatakan Saad bin Abi Waqqas yang dihantar. Makam Saad Abi Waqas terdapat di masjid tertua di China iaitu di Masjid Huangshei. Dan dikatakan Rasulullah menyuruh para sahabat belajar 4 perkara iaitu membuat kertas, membuat mercun sbg strategi perlawanan, membuat tembikar sbg tempat menyimpan air dan membuat sutera sbg tempat menyimpan pedang.
China menjalinkan hubungan diplomatik dgn Tanah Arab pada zaman Khalifah Uthman sebab pada waktu tu di zaman DInasti Tang berlaku pemberontakan An Shi dan sebagai balasan kepada bantuan yg diberikan, tentera Islam boleh menetap dan berkahwin campur. Pada Dinasti Song juga Islam diperkukuh lagi.
Apa yang menariknya, ketika China dikuasai oleh orang Monggol, orang Islam diangkat sbg golongan pentadbir terutama zaman pemerintah n Kublai Khan. Contohnya, pada tahun 1244 M, Abdul Rahman dilantik sbg Ketua Kewangan. Dan lebih menarik, setelah orang Monggol menguasai Baghdad pada tahun 1253 M, tentera Islam dihantar ke China utk membantu pentadbiran negara. Kalau di Baghdad, umat Islam ditindas oleh orang Monggol, tapi kalau di China, orang Islam mendapat layanan yang sgt istimewa berbanding orang China sampaikan 1 pisau sahaja yg digunakan utk 6 keluarga bg mengelakkan pemberontakan bersenjata.
(sebenarnya, mmg orang Monggol ni bukanlah nk tindas orang Islam semata, tp cuma mrk mahu menindas kerajaan yang kuat)
Islam mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming. Dan kenaikan dinasti itu sendiri dibantu oleh umat Islam. Dan sbg balasan, raja membina beberapa masjid. Dan pada zaman ini juga, umat Islam diberi peluang utk terlibat dalam pemerintahan dan ramai cendekiawan Islam yang lahir dan yang paling terkenal ialah Laksamana Cheng Ho. Beliau pernah menunaikan haji sebnyk 2 kali dan membawa pulang lakaran Ka'abah. Beliau mengetuai tujuh pelayaran dan dikatakan setiap kali sblm belayar, beliau dan anak-anak kapal akan bersolat sunat.
What goes up, comes down... Tabiat sesuatu tamadun itu pasti ada naik dan turunnya.
Selepas Dinasti Ming, perkembangan Islam di China semakin perlahan dan mengalami zaman kegelapan ketika dikuasai oleh golongan Manchu atau Dinasti Ching. Pada zaman ini, umat Islam ditindas dan berlaku diskriminasi sbg balasan atas sokongan dan bantuan Dinasti Ming kepada umat Islam.
Apabila Islam dijunjung, apabila aqidah ingin dipertahankan, umat Islam di CHina melakukan pemberontakan setelah mereka ditindas. Mungkin ramai yang tidak tahu dgn perjuangan umat Islam di China ini. Pemberontakan yang paling terkenal berlaku di Canton. Setelah pihak Manchu mula campur tangan dgn hal ehwal ISlam, berbagai siri perjuangan dibuat. Namun kebnykannya mengalami kekalahan sehinggakan ada umat Islam yang dihukum mati dgn badan mereka dikerat-kerat. Dan kesan daripada kebencian pihak Manchu membuatkan berlaku konflik yg besar di kalangan penduduk serta perpecahan.
Pemberontakan umat Islam atas penindasan pihak pemerintah dan mempertahankan aqidah menyebabkan kematian berjuta-juta orang.
Penindasan golongan ini memberi kesan sehingga hari ini. Contohnya, orang Han dan orang Hui yang dikenali sbg golongan majoriti Islam di China sering berkelahi. Penindasan di Uyghur baru-baru ini merupakan antara kesan pemberontakan itu. Namun, mereka masih tidak dapat mengusir Islam dari bumi China kerana mereka hidup dalam kelompok minoriti dan masih mempertahankan aqidah mereka. Walaupun ada antara mereka yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya kerana jumlah mereka yang terlalu ramai dan kependudukan mereka di tempat pedalaman kesan dari pemberontakan, tapi mereka merasa bangga untuk menonjolkan identiti Islam sehingga sekarang. (Bukan semua macam ni, ada juga kelompok Islam yang mengamalkan Islam bukan sedikit bahkan ramai)
Hakikatnya, jika ditinjau dr perspektif sejarah, mmg Islam sentiasa ditentang walaupun ada masanya kegemilangan berada di klimaks. Biarpun ditentang secara bersenjata mahupun secara psikologi seperti yg berlku pd zaman ini. Dan, pastinya ada golongan yang mempertahankan Islam.
Sumber rujukan : Rahsia Islam di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar, Ann Wan Seng.
Beliau merupakan Setiausaha Kehormat PERKIM dan Setiausaha Agung MACMA. Beliau juga menulis buku Formula Bisnes di Negara China.