Islam di negara dinasti

Salam 3laik

Islam bukan hanya dirasai oleh orang Arab. Bukan juga hanya oleh orang Melayu yang kadang-kadang agama itu hanya dijadikan mainan politik untuk menjadikan tempat berlindung atau untuk ditulis di atas kad pengenalan. Tapi hakikatnya Islam dirasai di serata dunia. 

 Islam di China mempunyai sejarah tersendiri yg menunjukkan betapa hebatnya pengaruh Islam

Dan siapa sangka Islam di Cina juga dirasai oleh lebih 100 juta orang dengan jumlah masjid sebanyak 42000 buah walaupun fakta rasmi mengatakan sekitar 30 juta orang. (siapa tahu kat mesia ada brape ramai manusia? kalah dgn umat Islam di China kot..) Dan siapa sangka kehebatan-kehebatan Dinasti-Dinasti China yang kukuh berdiri beratus-ratus tahun adalah melalui bantuan orang Islam yang menetap dan datang ke China. Walaupun dalam cerita-cerita klasik China tidak diungkitkan tentang ini.

Dikatakan Islam tiba di China 1400 tahun dahulu, apabila nabi Muhammad menghantar sahabat-sahabat ke negara China. Ada pendapat mengatakan Saad bin Abi Waqqas yang dihantar. Makam Saad Abi Waqas terdapat di masjid tertua di China iaitu di Masjid Huangshei. Dan dikatakan Rasulullah menyuruh para sahabat belajar 4 perkara iaitu membuat kertas, membuat mercun sbg strategi perlawanan, membuat tembikar sbg tempat menyimpan air dan membuat sutera sbg tempat menyimpan pedang.

China menjalinkan hubungan diplomatik dgn Tanah Arab pada zaman Khalifah Uthman sebab pada waktu tu di zaman DInasti Tang berlaku pemberontakan An Shi dan sebagai balasan kepada bantuan yg diberikan, tentera Islam boleh menetap dan berkahwin campur.  Pada Dinasti Song juga Islam diperkukuh lagi.


Apa yang menariknya, ketika China dikuasai oleh orang Monggol, orang Islam diangkat sbg golongan pentadbir terutama zaman pemerintah n Kublai Khan. Contohnya, pada tahun 1244 M, Abdul Rahman dilantik sbg Ketua Kewangan. Dan lebih menarik, setelah orang Monggol menguasai Baghdad pada tahun 1253 M, tentera Islam dihantar ke China utk membantu pentadbiran negara. Kalau di Baghdad, umat Islam ditindas oleh orang Monggol, tapi kalau di China, orang Islam mendapat layanan yang sgt istimewa berbanding orang China sampaikan 1 pisau sahaja yg digunakan utk 6 keluarga bg mengelakkan pemberontakan bersenjata.
(sebenarnya, mmg orang Monggol ni bukanlah nk tindas orang Islam semata, tp cuma mrk mahu menindas kerajaan yang kuat)

 42,000 masjid di China menonjolkan seni bina China tersendiri dan ini merupakan salah satu sebab kerana masyarakat Cina menerima Islam dan faktor mengapa komunis tidak berjaya memusnahkan semua masjid

Islam mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming. Dan kenaikan dinasti itu sendiri dibantu oleh umat Islam. Dan sbg balasan, raja membina beberapa masjid. Dan pada zaman ini juga, umat Islam diberi peluang utk terlibat dalam pemerintahan dan ramai cendekiawan Islam yang lahir dan yang paling terkenal ialah Laksamana Cheng Ho. Beliau pernah menunaikan haji sebnyk 2 kali dan membawa pulang lakaran Ka'abah. Beliau mengetuai tujuh pelayaran dan dikatakan setiap kali sblm belayar, beliau dan anak-anak kapal akan bersolat sunat.

 Comparison kapal Laksamana Cheng Ho dengan kapal Columbus.. Agak-agak kalau Cheng Ho terjumpa dan tahu diorg ni nak sebar Kristian, mesti tak sampai British kat negara kita.. but He's the best planner


What goes up, comes down... Tabiat sesuatu tamadun itu pasti ada naik dan turunnya.
Selepas Dinasti Ming, perkembangan Islam di China semakin perlahan dan mengalami zaman kegelapan ketika dikuasai oleh golongan Manchu atau Dinasti Ching. Pada zaman ini, umat Islam ditindas dan berlaku diskriminasi sbg balasan atas sokongan dan bantuan Dinasti Ming kepada umat Islam.


Apabila Islam dijunjung, apabila aqidah ingin dipertahankan, umat Islam di CHina melakukan pemberontakan setelah mereka ditindas. Mungkin ramai yang tidak tahu dgn perjuangan umat Islam di China ini. Pemberontakan yang paling terkenal berlaku di Canton. Setelah pihak Manchu mula campur tangan dgn hal ehwal ISlam, berbagai siri perjuangan dibuat. Namun kebnykannya mengalami kekalahan sehinggakan ada umat Islam yang dihukum mati dgn badan mereka dikerat-kerat. Dan kesan daripada kebencian pihak Manchu membuatkan berlaku konflik yg besar di kalangan penduduk serta perpecahan. 
Pemberontakan umat Islam atas penindasan pihak pemerintah dan mempertahankan aqidah menyebabkan kematian berjuta-juta orang.


Penindasan golongan ini memberi kesan sehingga hari ini. Contohnya, orang Han dan orang Hui yang dikenali sbg golongan majoriti Islam di China sering berkelahi. Penindasan di Uyghur baru-baru ini merupakan antara kesan pemberontakan itu. Namun, mereka masih tidak dapat mengusir Islam dari bumi China kerana mereka hidup dalam kelompok minoriti dan masih mempertahankan aqidah mereka. Walaupun ada antara mereka yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya kerana jumlah mereka yang terlalu ramai dan kependudukan mereka di tempat pedalaman kesan dari pemberontakan, tapi mereka merasa bangga untuk menonjolkan identiti Islam sehingga sekarang. (Bukan semua macam ni, ada juga kelompok Islam yang mengamalkan Islam bukan sedikit bahkan ramai)


Hakikatnya, jika ditinjau dr perspektif sejarah, mmg Islam sentiasa ditentang walaupun ada masanya kegemilangan berada di klimaks. Biarpun ditentang secara bersenjata mahupun secara psikologi seperti yg berlku pd zaman ini. Dan, pastinya ada golongan yang mempertahankan Islam. 

cute... ramai yang masih mengamalkan ajaran Islam dan mereka bangga untuk menonjolkan identiti Islam mereka meskipun berlaku pelbagai penindasan
 
Saya sendiri pun tak sangka Islam di China mempunyai sejarah tersendiri yg sgt menarik. Rasa bangga sebab Islam dipertahankan sedemikian rupa. Rasa nak je bagi buku Rahsia Islam di China Gemilang di Sebalik Tembok Besar (sumber rujukan post kali ni) kat kawan-kawan China. Biar diorang tahu Dinasti-dinasti yg diorg banggakan dulu tu dibantu oleh umat Islam. Biar diorang tahu, Laksaman Cheng Ho tu orang Islam.


Sumber rujukan : Rahsia Islam di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar, Ann Wan Seng.
Beliau merupakan Setiausaha Kehormat PERKIM dan Setiausaha Agung MACMA. Beliau juga menulis buku Formula Bisnes di Negara China.


~Guide us every single day, keep us close to You until the end of time~

6 comments:



عمار حمزه said...

dulu sy pernah melihat klip video penindasan kaum uyghur ni oleh golongan china.
bukan setakat penindasan, malah pembunuhan.
tiada siapa mampu membela mereka sedangkan tanah mereka duduk itu milik mereka dan merekalah majoriti di sana.
nk harap PBB?hmmphhh

sememangnya mereka takut akan warga Islam yg pastinya mengancam sistem pentadbiran mereka.

rse cm dh lari topik tapi takpela.

wallahua'alam

silentdreamer said...

best3
x sgka pulak china ade sejarah islamnya.
thank u 4 da facts
really good!
^_^

Akhyar said...

saya fikir, Saad bin Abi Waqqas dihantar ke China pada zaman Saidina Uthman,xpernah baca buku tu.terima kasih.

Mongol memang musuh mana2 kerajaan yang kuat.setahu saya, Mongol xpernah bermusuh dengan Islam,melainkan Hulagu y menyimpan dendam.

Dalam byk2 tamadun di sekeliling Islam,hanya China y x 'diusik' melainkan hanya sekali peperangan tanpa penaklukan y dimenangi Islam Abbasiah,mungkin kerana penerimaan mereka terhadap agama Allah ini.

fi amanillah.

[tertarik dengan post yang menarik.bagus3]

.n.a.k. said...

salam..
ammar,
Betul tu..Di mana ada Islam, di situ ada penentangan...
Yang mana yg kuat, akan menang,
mana yg lemah akan jatuh

Sepatutnya umat Islam yg lain yg membela nasib umat Islam yg ditindas
Bila tiada penyatuan, tiada kekuatan, berganda penindasan

bella,
masyaAllah, bnyk lagi yg Ann Wang Seng (beliau org Islam) tulis dalam buku dia pasal rahsia Islam di China.. bnyk lg facts yg menarik ^__^ (buku dia yg lain pun menarik jugak)

Akhyar,
betul tu..
boleh cerita dgn detail sket tntg sejarah tym peperangan tanpa penaklukan oleh Islam di China?
mcm info menarik...

wallahu a3lam

Akhyar said...

to n.a.k;
tgk kt ym..

[sumber adalah unsur paling payah dalam peelitian sejarah]

c-lah said...

waaa...siyes x tau..nad thx..i hope that u r beside me right now