Intikhabaat

Salam...

Mode sekarang : Esok exam, Biostatistics (mohon doakan!)


Bila tgk kat sekeliling Irbid,
Bnyk banner yg bertampal-tampalan
Mmmg mudah utk tahu yg skrg ni musim intikhabaat (pilihanraya)

Cumanya..
Suasananya tak sehebat Malaysia
Berlumba-lumba bendera parti mana paling tinggi
Poster siapa yg paling cantik


Teringat pula...
Presiden Ahmadinejad!
Beliau yg pada asalnya ialah Datuk Bandar Tehran hanya menyara dirinya menggunakan hasil kerja sbg pensyarah kejuruteraan
Rumah yang diberi sbg elaun datuk bandar diwakafkan kepada Tehran utk dijadikan muzium
Beliau berpakaian seperti biasa
Kadang kala menyapu di jalan-jalan raya


Setelah nama beliau dinaikkan sbg calon Presiden oleh persatuan jurutera
Beliau merupakan entiti yang paling tak famous di luar Tehran
Dan sewaktu pilihanraya, beliaulah calon yang menggunakan kos paling murah
(Disebabkan bajet kewangan yang sikit - sbb beliau hanya guna gaji pensyarah)
Tiada banner, tiada poster, tiada siaran tv khas yg disewa utk beliau
Cuma... rakan-rakan beliau membuat dokumentari tentang hidupnya bersama sekeliling
Dengan menggunakan kamera biasa
 Maaf, ada juga saya mencari-cari videonya, tapi x jumpa

Macam cerita movie, kan? Tapi, inilah realiti...



Dan anak Revolusi Iran Islam 1979 di bawah pimpinan Ali Khameini,
Apabila berjaya dinobatkan sbg Presiden Iran tahun 2005
Beliau mengingatkan semula tentang halatuju Revolusi Iran Islam 
Yang dari 1979 hingga 2005 sblm tahun pemerintahannya,
Iran semakin lari dari halatuju sebenar dengan pemimpin mereka bersembunyi di bawah revolusi ini


Sungguh!!
Bila baca buku Ahmadinejad, Singa Baru dunia Islam
Saya cukup kagum dengan Ahmadinejad
Sehinggalah saya menjelajah ke web lain
Dan terjumpa pelbagai komplikasi
(bagi saya, fakta dari satu sumber kurang meyakinkan) 


Ada yang mengatakan sejak Ahmadinejad menjadi presiden
Ahli sunnah wal Jamaah semakin ditindas dari pelbagai aspek
(disebabkan Ahmadinejad ialah Syiah)
Dan ada yang mempertahankan Ahmadinejad bahawa keadaan tidak sedemikian
(antaranya ialah Faisal Tehrani dan beberapa lagi yg saya jumpa)
Dan ada yang mengatakan Ahmadinejad ialah Ahli Sunnah


Apapun, saya konfius juga
Adakah semua ini hanya satu propaganda Barat yang serik dengan penyatuan umat Islam dari zaman Nabi Muhammad hingga ke Empayar Turki
 Dan pemergian saya ke Syria beberapa bulan lepas,
agak membuka mata saya tentang golongan syiah
Tapi, saya tak tahu banyak utk bercerita soal ini

Tapi...memang pendirian Ahmadinejad dalam soal kepimpinan dan akhlaq patut dicontohi
Lantang menyuarakan pendiriannya mengenai Barat
Membantu Palestin 
Humble sbg pemerintah namun tetap dihormati

Ingin mengorek cerita tentang tokoh abad ke-20 spt Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, PM Turki (Erdogan) dan lain-lain lagi

Allah-lah yang Lebih Mengetahui Segala Sesuatu
Wallahu a3lam 

 

4 comments:



Anonymous said...

bez komen kalu berkaitan sejarah.
1.bab syiah,sya syorkan pendapat Al-Qarhawi.terpulanglah.tgkla dlm youtube dsb.
2.stkt pmbcaan sya y amt sikit,syiah n sunni xpernah bersatu dgn ideal.ideal ni mksdny,berkualiti kot.
3.dlm tarikh islam,syiah dan sunni berkerjasama dlm stu kerajaan,mlainkn bbrapa siri dlm pmerintahan abbasiah,dn smasa sulaiman alqanuni-uthmaniah (jd negeri 'ufti'-kerajaan safawi@safavid) dan bbrp tmpt lain kot.pnjg ceritany.

#ap nk skp sbnrny? er.kesimpulan kot,xsmstinya sejarah ni satu cntoh yg kita kna ikut.atas nama islam lbh utama utk kita bersatu dari bertelingkah ats perbezaan y xkan xde.tp tetap kna jdikan sjrah sbg pengajaran,utk berjaga2.siapa tahu hati manusia.
[sekadar pendapat.post la byk2 lg psl bnda cmni.blum smpai seru nak kaji lbh lanjut,skdr mneruskn ap y ad]

trima kasih utk p'kongsian-pernah 'jumpa' buku ni.niat je besar nak baca.byk lg bku lain xbaca.salut lah.

-maaf kmen pnjg2,eksaited dgn topik mcm ni.

nuraiman said...

salam alaiki~

teringin nak dgr nadh berkongsi cerita tentang ziarah syria~
khair insyaALLAH,,,,
rindu nadh sgt!^^

Good luck btw.Semoga Allah permudah kan semua urusan nadh ^^

silentdreamer said...

wahhh bestnye bjalan2!!
nnt cerite ye sume2 tu...

wish u all the best ye!

.n.a.k. said...

salam..
anynomous,

alQardhawi rupenye.. ada typo di situ..
kalau bab-bab Sejarah, sy lbh suka tahu dr awal sjarah..tp, kalu pasal Syiah, stil lg x dpt nk catch up story sbb bnyk siri..

ttg sejarah, sy setuju yg sej perlu dijadikan pengjrn.
dan pendpt saya, suatu zaman dpt dinilai melalui sejrh
sy suka nk share satu talk dr tareq suwaidan ttg sejrh. rasanya mudah je nak cari kat internet

wallahu a3lam

aiman, missing u too~~
insyaAllah, nnti nad citer..
tapi melalui mulut kot..
huhu

bella, nnti dah g oversea, bnyklah bela berjln..
selamat yer...