kerana Allah itu baik..

Salam 3laikoom
Sallou 3la annabiy

Hanya entri pendek

Teringat waktu itu...
Ketika sdg menunggu teksi berseorgn di syari3 husan pd bulan puasa, di musim panas terik
Di tangan ada plastik
Di sebelah ada kotak berat berisi barang


Lama menunggu teksi
Teksi memang bnyk tapi semua dah ada org
Setiap kali ada teksi kosong
Orang yg ada kat depan dah sambar dulu
Tiga empat kali mcm tu
Agak rasa nak menangis ketika itu
Walaupun dalam hati tetap berdoa


Akhirnya..
Alhamdulillah, ada juga teksi
Allah memang baik
Dia hantar pakcik teksi yang baik 


Barangkali, pakcik tu nampak muka saya yg nmpk sedih mcm nak menangis
(ntah kenapa hari tu berasa emo... brngkli pengharapan dalam menunggu)

"Awak boleh baca tulisan Arab?" tiba-tiba pakcik tu bersuara
"Boleh", jawab saya
"Nah, sy bg ni kat awak..." kata pakcik tu sambil beri saya kad-kad doa dalam bahasa Arab


Haru sungguh hati!
Allah memang baik!
Dia sahaja Yang Maha Tahu perasaan hambaNya!

Allah, ajarlah hati ini utk lebih mencintaiMu

P/S : Kalau ada bnda yg kita tak nak berlaku, carilah hikmah dalam jiwa yg tenang bukan dlm jiwa yg memberontak.. InsyaAllah, Dia sentiasa ada walaupun bukan dgn memudahkan kita tapi cukuplah dgn menenangkan kita.. Dan jadilah orang yg menenangkan org lain. Pesanan untuk diri..

Hari ni tgk markah tajmi3 Pharma.. perasaannya.. "Hanya Dia je Yang Tahu"
(bukan lagu nasyid UNIC yg jiwang tu)


Dah! Jom kembali pada tanggungjawab yg masih bnyk tu... 


Wallahua3lam...

1 comments:



HH said...

kita selalu ada Dia. cuma pilih nak rasakan kehadiranNya ataupun tak, kan kak?

:)