A.C.T.I.V.E

Salam...

Susah sebenarnya nak biar blog ni tak bersawang
Bile dah bersawang, liat pulak nak bersihkannya
Mungkin bukan orang lain, tapi saya saje...

Malam semalam...
Saya start tidur pun dah lewat..
Tiba-tiba Allah ilhamkan utk menulis bahan di blog
Perkara yang saya rasa bahawa saya perlu tulis 
Sebab ilham ini Allah bagi selepas saya mengalaminya sendiri
Mungkin selama ni banyak kali perkara yg sama berulang
Tapi, baru semalam Allah mencerakinkan untuk saya apa yang sebenarnya berlaku

Oh, Allah sungguh baik

 memang sekeliling mencorakkan kita.. tapi adik ni tidak mampu memilih lagi.. jadi berikan adik ni unsur yg baik :)


Memang benar..
Sekeliling yang mewarnai diri kita..
Di mana kita yang memilih unsur mana yang kita mahu ambil
Dan tinggalkan unsur yang tak mahu

Dan diakui

Kita perlu pilih unsur yang baik
Dan tinggalkan unsur yang tidak baik


Contohnya,
Bila kita berkawan dengan seseorang, 
Dan dapati kebaikan yg ada pada dia,
Sepatutnya, kita tak perlu ego untuk meniru kebaikan tu,
Itulah yang saya maksudkan dengan mengambil unsur yang baik


Tapi kadang-kadang 
Apabila kita sudah berjaya semaikan unsur baik tersebut(atau lebih sedap dipanggil hikmah) dalam diri kita
Kadangkala kesibukan diri menyebabkan kita mula untuk menjarakkan diri dgn hikmah
Kerana mengutamakan yang lain
Benar.. Utamakan yang aula
Tapi, bagi pendapat saya..
Satu kerugian apabila hikmah tu mula jauh


Bertambah rugi bila hikmah tu dah tiada langsung dalam diri kita
Dan kita tak sedar dgn kehilangan tu
Hanya sedar bila kita melihat orang lain melakukan perkara yg kita pernah lakukan
Dan berkata dalam hati, "Oh, dulu aku pernah lakukan benda-benda yg bagus ni.. Aku tak sedar yg sekarang aku dah tak buat dah bnda ni"


Ini soal istiqamah...
Istiqamah juga membuatkan kita jadi lali berbuat sesuatu perkara
Dan berasa kurang jika kita meninggalkannya


Ini juga soal aktif
Bukan bermalas-malasan
Aktifkan diri utk mencari kebaikan
Sebab kita bukannya sempurna untuk hanya melihat diri kita



Qutaadah said: “O son of Adam, if you do not want to do any good except when you have the energy for it, then your nature is more inclined towards boredom and laziness. The true believer is the one who pushes himself.”


Pemuda itu sifatnya Semangat, berIman, berAmal dgn apa yg diimani serta Ikhlas melakukan sesuatu perkara.
Spt Ashabul Kahfi yg mengasingkan diri dari kejahilan,
Spt ketika Nabi Ibrahim yg lantang berhujah ketika disoal tentang pemusnahan berhala,
Mereka digelar pemuda bukan kerana umur mereka yg muda tapi kerana mrk punya ciri pemuda 

wallahu a3lam

Tarbiyah Dia

Salam...

Komputer
Duit
Kasut


Selepas satu persatu Dia menguji aku
Biarpun perkara itu kecil
Tapi memberi kesan yang sungguh besar
Kerana aku sedar Dia menyayangiku
Dan Dia sentiasa sering mengingatkanku

Dan  memang setiap perkara yang Dia uji aku
Perkara itulah yang aku lemah
Dan perkara itu jugalah pernah aku sendiri mengingatkan rakan-rakanku
Perkara itu juga pernah aku tekadkan dalam hati untuk merubahinya
Dan itulah..
Cara Dia mentarbiyah insan bernama manusia
Baik sungguh Allah

-----------------------------------------------

Saat Kaum Quraisy kelihatan sudah kalah
Pasukan pemanah di atas bukit meluru untuk turun ke bawah
Untuk meraikan kemenangan mereka 
Tanpa mempedulikan arahan Rasulullah utk tidak meninggalkan tempat itu


Namun, sangkaan bahawa mereka telah menang merosot 
Tentera Quraisy mengambil alih keadaan 
Kerana benteng mereka di bukit telah tiada

Akibatnya...
Rasulullah cedera sehingga gigi hadapannya patah
Figura yg hebat, Hamzah syahid
Dan umat Islam mengalami kekalahan


Inilah balasan yang Allah berikan untuk menyedarkan tentera Islam
Balasan itu bukan hanya sekadar kesan tidak mengikut strategi
Tetapi ia satu tarbiyah
Baik tarbiyah buat para sahabat saat itu mahupun utk kita juga


---------------------------------------------


Aku terkedu...
Allah memang suka memberi pencerahan 
Seringkali Dia memberitahu aku kenapa aku perlu alami ujian dari Dia


Alhamdulillah, Allah
Terima kasih Allah


Aku mohon Kau bukakan hati kami utk menerima kebaikan

Cuci hati

Salam 3laikum....

Blog bersawang lagi.. almost 1 month dibiar tak bertulis
Disebabkan keke'busy'an (buzy lah sangat) dan merajuk

Banyak yang berlaku..
Banyak yang saya belajar..

----------------------------------------------

Kena sekali..
Tapi tak sedar-sedar..
Still merajuk..
Dia uji lagi...
Pun tak sedar lagi...
Tapi alhamdulillah Dia masih sayang
Bagi hidayah selepas tu..
Tapi itupun lepas banyak kali kena 'cuci'


Tapi.. syukur sangat-sangat...
Dia masih lagi nak bagi telegram walaupun banyak kali merajuk dengan takdir Dia

Allah.. sungguh penyayang Kau!!


----------------------------------------------


Inilah manusia...


Ada setengah ujian kita tak melatah...
Tapi ada ujian kita melatah


Kenapa melatah? Lagi-lagi bab dunia...
Baru rosak sikit barang, dah kecewa sangat-sangat (cth sahaja.. tiada kaitan dgn apa yg saya alami)
Sebabnya dunia berada di hati.. 
Bukan di tangan
Lupa untuk doa selalu...
"Ya Allah letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku"


Bila kena uji...
Tahu hakikat tu..
Tahu hakikat yang Allah nak kikis dunia dari hati..
Tapi, inilah manusia..
Bila sesuatu dah lekat dengan gam Gajah kat hati..
Susah nak buang


Tapi...
Dia Maha Tahu mana tahap iman kita..
Sedikit yang Dia tunjuk..
Mampu membuang gam tu dari hati..
Mungkin tinggal sikit-sikit je yang nak kena tanggal..

Syukur!!

Lihatlah dari sudut tarbiyah
Kerana mungkin orang lain nampak biasa
Tapi kita nampak besar kesan ujian tu..

Doakan!!
Doakan saya!!

Istiqamah memang susah...
Doa yg membantu untuk istiqamah
Doa yg selamatkan kita dr jatuh
Makin besar makin rasa kesan doa pada diri..


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdMu (MUhammad) ttg Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa kpdKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar memperoleh kebenaran" 2:186



 Big turning point dalam hidup ialah apabila kita sedar dgn tujuan hidup yg sebenar...
Small turning points ialah apabila kita mendapat sesuatu dr ujian dr Allah yang membawa kita ke arah menuju ke arah tujuan hidup kita..

Asykur lillah!!
Alhamdulillah!!

Wallahu a3lam

c.e.l.a.r.u

Salam 3laikum...

Countdown Rejab lagi 3 hari ... 14 Jun 2010
Countdown exam lagi 5 hari ... 16 Jun 2010
Countdown cuti lagi 6 hari ... 17 Jun 2010 

Lagi beberapa hari nak exam ni... Pineal gland dah penat tukar biological clock...
Hypothalamus pon dah bnyk kali distimulated sebab asyik lapar je


Ketika makan tadi..
Teringat pula pesanan-pesanan yg sering menerjah orang yg nak sedang pulun
Selain jaga hubungan dengan Allah dan orang lain
Ada juga nasihat yg berbunyi
"Jaga makan minum ye.. jaga badan"



Bila revise kembali tentang Brain
Brain perlukan glucose sebagai makanan

Sebab dalam brain banyak neuron-neuron
Kerja neuron tu ialah transmit signal 
Kalau nak transmit signal perlukan ATP
Dan untuk generate ATP perlukan glucose

Sebab tu juga bile study ni cepat penat..
Lepas tu, dari medial nuclei dalam thalamus iaitu sebahagian dari diencephalon dihantar ke cerebral cortex dan limbic system juga involve iaitu hippocampus
Dan dari satu tempat ke satu tempat neuron yg akan gunakan ATP untuk transmit signal diperlukan 

Patut pun...
Saya teringat bila tengok cerita Death Note 1
Hero baik dalam cerita tu makan bnyk sgt gula
Dan katanya "Glucose is the primary food for brain"
Dia banyak fikir.. so perlu glucose yg bnyk (walaupon terover bnyknya)
(Sori.. ada unsur luar di sini..huhu) 

Saya terbaca buku Asas Islam oleh Abu A3la Al-Maudoodi

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang yang khas. 
Bahkan manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan, dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i. Mereka tidak akan berbuat
apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.

Subhanallah!!

Bestnya kalau sentiasa dapat fikir dengan tauhidic mindset
Belajar pon rasa seronok
Tak rasa tension

(P/S: saya terfikir tentang ini ketika tengah makan lepas sakit kepala study... nampaknya, mmg kne makan dgn baik spy otak dalam keadaan baik utk fikir dan zikir. Sebab tu salah satu 10 ciri-ciri individu muslim ialah SIHAT TUBUH BADAN )

Wallahu a3lam

Masih dalam proses tarbiyah,
Nadhirah
Duwar Qubah

Biar jadi isu dunia

Salam 3laikum...

31 Mei lalu, lebih kurang jam 4.30 pg, di perairan antarabangsa

Freedom Flotilla (segerombolan kapal) yg diketuai oleh Mavi Marmara sebagai kapal induk dan diiringi 5 buah kapal yang lain diserang Israel.

Waktu ni, ramai yang dah nampak bot Israel dgn komando-komandonya dr tingkap kapal 5 tingkat tu. Lepas tu, komando tu cuba baling tali tangga utk cuba naik kapal Mavi Marmara. Tapi, tak berjaya. 2 3 kali mencuba, tapi masih tak berjaya disebabkan aktivis tu berjaya mengalih tali tersebut.

Lepas tu, Israel tak puas hati... Mereka gunakan helikopter untuk naik kapal tu... (Kalau dh udara nak tepis tali tangga macam mana...) Dan pada mulanya, komando tu tembak guna peluru getah.. kemudian guna peluru hidup.

Mendarat sahaja mereka di atas helikopter, bermulalah detik yg dahsyat... Ada yg dipijak.. Ditembak.. Dan semuanya diikat.. Dan akhirnya dibawa ke Ashdod.. Dan dibawa ke tahanan.

Gaza tidak akan menerima barangan yang dirompak oleh Israel jika tidak dikendalikan oleh aktivis-aktivis LifeLine4Gaza sendiri. 

Ini sedikit sebanyak kisah yg berlaku ketika kapal-kapal tu diserang

Ada beberapa perkara yg dapat disimpulkan dalam kisah yg mungkin akan masuk dalam buku Sejarah beberapa tahun akan datang.

1. Secara logiknya, manusia tidak akan menghalang bantuan kemanusiaan. Tetapi Israel ni memang sgt kejam kerana bukan setakat menghalang tapi menyerang konvoi tersebut. 

2. Kegiatan Israel ni macam lanun. Sebab konvoi ini melalui perairan antarabangsa dan terlebih dahulu memastikan perjalanan mereka tak melalui kawasan perairan Israel yg lebih kurabg 20 batu dr pantai. 

3. Semasa aktivis ditahan, mereka disumbat di dalam penjara yg masih lagi tidak digunakan. (sedikit rendah tarafnya dari hotel) Layanan yg diberi agak baik. Dan segala bentuk keperluan diberikan. Ini merupakan salah satu propaganda Israel kepada dunia untuk menunjukkan bahawa tahanan-tahanan Palestin mereka dilayan dgn baik. Padahal, penjara mereka yang sebenarnya sgtlah dahsyat dgn kejutan elektrik dan sebagainya.

4.  Tindakan wakil Gaza untuk tidak menerima barangan yg dirompak oleh Israel kecuali dikendalikan aktivis sendiri merupakan suatu tindakan yg sgt bijak walaupun mereka sgt-sgt memerlukannya kerana jika Gaza menerima Israel akan memulakan strategi mrk untuk menunjukkan kepada dunia bahwa mereka tidak sekejam mana. Dan kemungkinan mereka akan menyuruh sebarang bantuan kepada Gaza perlu melalui pihak mereka. 

5. Biarpun konvoi ini masih lagi tidak berjaya menyampaikan bantuan kepada Gaza hand by hand. Namun, ia berjaya menarik perhatian dunia apabila serangan lanun Israel terjadi. Dunia mula menyedari bahawa Israel sentiasa cuba untuk menghalang bantuan kepada Gaza. Bukan sahaja negara yg menyertai konvoi ini berang malahan negara China, India juga sakit hati dan jiwa dgn Israel kerana bertindak luar norma. Dan yg penting kekejaman Israel akan terungkai. Dan isu ini akan menjadi isu dunia. Bukankah ini memberi kepentingan kepada umat Islam khususnya?

6. Kemarahan satu dunia setelah mata mereka terbuka memberi tekanan kepada Israel untuk mengurung tahanan hanya lebih kurang 1 hari walaupun pada asalnya Israel mahu menahan selama 3 hari. Cuba bayangkan jika dunia masih tidur.. Mungkin Israel akan membuat apa sahaja yg mereka sukai.

7. Media amat penting saat ini kerana mampu mematahkan putar belit Israel yg sentiasa dgn helah mereka. Video-video yg diambil oleh aktivis ketika serangan berlaku menjadi bukti kekejaman Israel yang menyerang konvoi tanpa senjata ini.

8. Penderitaan Gaza terutama selepas perang Gaza-Israel juga mula diambil perhatian. Semenjak tempoh perang itu, hanya 10% sahaja penambahbaikan yg dapat dibuat. Dan kematian semakin bertambah kerana kekurangan ubat-ubatan. Penyeksaan semakin bertambah kerana kurang keperluan. Dan konvoi dr seuruh dunia ini merupakan jalan cepat untuk menjamin kelangsungan keperluan rakyat Gaza terutama setelah 1 tahun lebih tanah mereka musnah.

9. Penutupan pintu Rafah iaitu pintu masuk jalan darat ke Gaza selain dr 6 pintu lain di Israel (sebenarnya bukanlah ditutup sepenuhnya, tapi sgt2 ketat sehinggakan kebarangkalian utk melepasi sekatan adalahsgt kecil.. dan ini lebih kurang je dg ditutup dan terpaksa guna terowong) memalukan umat Islam sendiri dan menunjukkan kelemahan umat Islam yg tunduk dgn Israel yg pelik perangainya. Lebih memalukan bantuan melalui LL4G ini mendapat sambutan hangat orang bukan Islam.. Hati mereka lebih terbuka mengenai isu ini dr umat Islam sendiri!!

9. Bantuan yg berterusan, konvoi besar-besaran yg berkali-kali dibuat adalah bukti kasih sayang Allah terhadap penduduk Palestin. Biarpun sebelum ini kisah Gaza tidak berjaya menarik tumpuan dunia, namun Allah menetapkan bantuan-bantuan diberikan kepada Gaza melalui terang-terangan atau seludup.

10. Contohi semangat kerajaan Turki yang tidak mahu berputus asa untuk memberi bantuan walaupun kejadian ini telah berlaku. Andai kita berhenti memprotes, menghentikan konvoi, atau kita tidak memberi sokongan walaupun melalui internet (sesuatu yg kecil akan memberi impak yg besar), bermakna target serangan Israel tercapai. Aktivis konvoi LL4G bukan utk ditahan dan dibawa pulang.. Selagi bantuan tak sampai, selagi Palestin tak diambil semula, selg Israel masih kejam, selagi itu perjuangan kita tak terhenti!!

11. Israel merupakan antara entiti jahat yg berkuasa yg Allah ciptakan kepada kita. Sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Di bahagian aktivis-aktivis, mereka telah berjuang (ada yg demi hak kemanusiaan dan ada yg demi ukhuwwah Islamiyyah). Di bahagian kita yg tak tak cukup syarat untuk berjuang bersama juga punyai tanggungjawab. Walaupun kita hanya mampu berdoa, meng'forward' msg, boikot atau derma serta study for the sake of Islam untuk menyelamatkan ummah, Allah akan menilai kita...DIAM BUKANLAH PILIHAN YANG DIBERI OLEH ALLAH.. KITA PUN ADA TANGGUNGJAWAB KITA..




(bukan hanya satu rumah yg jadi seperti ini.. malahan banyak lagi yg jadi seperti ini selepas perang tahun 2008.. tidak dicampur dgn hospital dan bgnan lain.. adakah kita mahu berdiam diri? Ini antara objektif LL4G yg mempercepatkan bantuan supaya penderitaan tidak berpanjangan.. Dan akhirnya konvoi ini membuka mata dunia terutama dgn selitan serangan Israel kejam)

Akhir kalam...

Buat jangka masa pendek...
Sokongan serta doa juga pengorbanan harta dan jiwa merupakan tanggungjawab kita untuk isu ini oleh Allah

Buat jangka masa panjang...
Pembentukan individu muslim perlu dititikberatkan mulai sekarang

Kalau kita nak berjaya dapat cemerlang pun..
Perlu ada plan jangka masa pendek dan jangka masa panjang
Laksanakan jangka masa pendek...
Di samping bergerak ke arah masa panjang
Sebab itu..
PERJUANGAN INI BUKAN PERJUANGAN BERMUSIM
Kita ada plan..
Untuk kembalikan World Order kita kembali

Akhir kalam...

~Dia sedang menilai kita~
99:78

Wallahu a3lam

(p/s: kebanyakan ulasan ini adalah hasil perbincangan)

Lemah vs Kuat

Salam 3laikum...


Saya teringat satu kata-kata ni...
"Manusia memang lemah, tapi kita perlu kuat untuk orang yang memerlukan kita"


Memang benar...
Sungguh tepat dengan slogan Islah Nafsak, Wad3u Ghairak


Untuk Wad3u Ghairak iaitu mengajak yang lain
Kita perlu kuat untuk Islah nafsak iaitu mengubah diri


"Kita perlu kuat untuk Islam"
Tapi bukanlah kerana Islam memerlukan kita
Tapi sebaliknya kita yang memerlukan Islam
Dan untuk mencapai tahap jiwa kita benar-benar sebati dengan Islam
Ada banyak filter
Sebab tu kena kuat
Sebab filter tu tak memuatkan orang yang lemah..



Dan...
Dalam DnT, Dakwah dan Tarbiyah...
Antara hadiah yang paling istimewa yang Allah berikan ialah...
Sahabat-sahabat yang berada di samping..
Sebab mereka akan menaikkan semangat kita
Mereka akan mengingatkan kita untuk pohon kekuatan kepada Allah
Mereka akan menyedarkan kembali tugas sebenar kita di muka bumi ini
Allah bagi kita sahabat-sahabat sebab kadang-kadang kita lemah
Dan lagipun, banyak lagi yang kita tak tahu menahu

Sebab Allah sangat baik...
(Saya suka sangat baca post ni.. saya pasti anda juga suka)

Cumanya...
Kita jangan jadi penghukum
Sebab kita ni pengajak
Cuba nilai dulu apa yang kita buat 

----------------------------------------------

Awak.. terima kasih untuk semalam..
Terkesan dgn msg awak..
Memang awak antara hadiah istimewa dari Allah untuk saya..

---------------------------------------------

Wallahu a3lam...

Sakan Asfar
Syari3 Jami3h

lasso fikrah vs lasso jahiliyah

Salam 3laikum...
Blog ini bersawang lagi.. cumenya, kali ini agak lama.. hampir atau sudah sebulan!!


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik" Al-Ankabuut:69

Mula-mula membaca terjemahan ayat AlQuran ini (ke dalam bahasa Melayu) saya sudah merasakan ayat ini benar-benar bermakna...
Tapi saat itu kesannya pada diri saya hanya sekadar teori yang mentah yang masih belum dikupas..

Sehinggalah saya sendiri mengalaminya

-------------------------------------------------------------------------------
(yg dibincangkan di bawah ini ialah contoh)

Lately,
saya agak kerap menyebut-menyebut equation ini


Pemuda + Masa Lapang = Maksiat


Syabab + Wa8t el-fara3' = Ma3siyah


Youngster + Leisure Time = Bad deeds




Bukan menyebut untuk menghafal, tapi untuk sentiasa diingati supaya tak terperangkap dalam kejahatan pada masa lapang.


Tapi, equation di atas hanya menjadi jika kita tidak mengisi masa lapang dengan perkara kebaikan.
Kerana...
Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan
kejahatan."


Dan jelas seperti yang disebut dalam hadith di atas,
hanya dgn mengingati Allah manusia terhindar dari bisikan syaitan

Lihat pula dalam Surah An-Nas yang menyebut 
Allah sebagai Rabb iaitu sifat Allah yang memelihara, mengasuh, mengarah,
menjaga dan melindung

Allah sebagai Al-Malik iaitu sifat Allah yang memilik,
memerintah dan mentadbir

Dan Allah sebagai Al-Ilaah iaitu sifat Allah yang menguasai segalagalanya

di mana....
sifat-sifat ini berkuasa memberi pertolongan
menangkis serangan internal
iaitu
syaitan yg kita perlu perangi sehingga mati
(sebab syaitan ada dgn kita sampai kita mati..)

dan punya hakikat datang dan menghilang
yang kerjanya membisikkan kejahatan
dan dari golongan jin dan manusia
(syaitan pun ada dari manusia tau!! moga dijauhkan dari golongan syaitan ni..)


Berbalik pada equation tadi
 dan surah An-Nas
serta ayat Surah Al-Ankabut


Kondisi:
Kita tak mahu lagi masa lapang kita dipenuhi dgn maksiat (equation)
Kita memohon pertolongan Allah (surah Annas)
Dan Allah akan membantu kita dgn memberi kekuatan dalam mujahadah
Dan mungkin Allah akan membantu kita dgn memberikan kita kesibukan dgn kebaikan
Atau mungkin Allah membantu kita dgn mengurniakan seorg teman yg sentiasa mengingatkan 
(surah Al-Ankabuut)
-hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita semua.. di atas hanya contoh sahaja-

Namun...
Pertolongan Allah atas mujahadah kita hanya dapat dinilai dgn kaca mata tarbiyah
Bukan dgn nilai pandangan biasa
Tapi dgn nilai hati yg ingin kembali kepadaNya
Hati yang ingin mengubah dirinya

 
Sebab itu...
Seringkali kita lihat
Perkara yang sama
Tapi dinilai berbeza

 Wallahu a3lam

Masih perlu banyak perbaiki diri..
untuk membina lasso fikrah
supaya boleh menarik mereka ke kandang ubudiyyah
supaya tak ditarik oleh lasso jahiliah