``Ukhuwah yg terbina...

Assalamu'alaikum

Tarikh : 22 Jumadal Ula 1430H / 15 Mei 2009
Hari : Sabtu / Jumaat
Masa : Yg pasti selepas maghrib...secara tepatnya..rahsia!!
Tempat : Depan rumah sahabat lama, Nur Hanisah Omar
Agenda : 'Meeting' ttg kehidupan yg telah, sedang dan akan dijalani
Panel : Farah
Ilani Amirah
Nur Hanisah
Nadhirah


Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak bertemu (walaupun kami dalam satu lorong), akhirnya Allah pertemukan kami, sahabat-sahabat sepermainan yg setelah masuk ke sekolah menengah membawa diri msing-masing.

Sebenarnya, sayalah yg dtg paling lambat sekali ke 'meeting yg ditakdirkan' tersebut. Sungguh saya terkejut apabila mendapati rupanya meeting itu rupanya buat kali pertama. Saya sangkakan saya telah terlepas bnyk meeting sebelum ini. Allah Maha Merancang. Dia Yg mentakdirkan ukhuwah kami berkekalan, terbina semula...

Dari 'meeting' ini, bnyk juga yg saya dpt... Kami mula menyedari bahawa jiran yg hanya selang beberapa buah rumah tidak kami kenali. Ada antara kami yg tidak pernah bertegur sapa. Malah ada juga yg tidak menyedari kewujudan jiran selorong. Saya tidak mengatakan siapa-siapa. Mungkin saya. Mungkin juga mereka.

Hmm.. mungkin agak kelakar. Namun, jika difikir perkara yg disebaliknya, situasi-situasi seperti inilah yg dimahukan 'kafirin' dan 'musyrikin'. Iaitu, tika umat Islam tidak bersatu. Tidak mempedulikan antara satu sama lain. Tidak mempunyai rasa kasih sayang antara saudara seagama. Tidak ada penyatuan. Jika tiada penyatuan, tiadalah kekuatan. Sungguh!! Ramai antara kita yg berjaya dipecah belahkan.

Tak hairanlah ramai yg tidak mahu mengambil tahu ttg saudara kita nun jauh di sana yg sdg berperang dgn musuh kita. Sedangkan di sini, ramai juga yg tidak mengambil tahu. Mungkin, dasar sekarang ini yg menggunakan konsep 'jgn jaga tepi kain org'

Oh, teringat pula ketika ayah saya memberi tazkirah mengenai hidup bermasyarakat...

"tidak mengapa jaga tepi kain orang, yang Islam larang jaga dalam kain orang"

~BUKANKAH SAUDARA SEISLAM ITU BERSAUDARA...DAN BUKANKAH ISLAM ITU PENYATUAN~

fikir-fikirkanlah!!

"YA ALLAH, SATUKANLAH HATI-HATI KAMI"
P/S : Hari ini saya telah membina semula ukhuwah yg telah lama sgt terbiar. Dan sahabat saya yg disayangi fillah juga ada menelefon saya..
Wallahua'lam~

~ HIJRAH ~


Assalamu'alaikum w.b.t

Dalam pencarian erti sebenar hidup ini...

Aku tahu aku perlu sentiasa berhijrah...

Kerana tahun juga berhijrah...

Bulan juga berhijrah...

Hari juga berhijrah...

Masa juga berhijrah...

Jadi, aku tak mahu ketinggalan sama...

Pilihan terletak di tanganku...

Ditinggalkan di belakang?...

Atau berhijrah sama?...


Dari halaqah usrah
Dari tarbiyah jiwa
Dalam pautan ukhuwah
Dalam bi'ah solehah
Di atas jalan dakwah
Di atas ikrar ar-ruh pada Allah!!

Aku harus perbaiki diri
Imanku harus diperbaharui
Dosaku sendiri perlu kujejaki
Aku harus tingkatkan ketaqwaan diri
Aku perlu tabahkan hati
Aku perlu ingatkan nafsi

Bahawa...

Untuk apa halaqah andai diri semakin leka
Untuk apa tarbiyah andai jiwa ini kian lemah
Apa gunanya ukhuwah andai diri ini sering lupa
Apa gunanya bi'ah andai iman ini kian parah
Dakwah pada diri semakin pudar
Kerana lupa pada ikrar ar-ruh pada Tuhan Yang Maha Esa
Allahu Rabbi

Ya!!

Aku tahu! Semestinya aku tahu!
Aku ini bukan malaikat
Bukan juga para nabi
Tidak juga para wali

Imanku ada pasang surutnya
Tapi surutnya tidak boleh dibiarkan lama
Sama sekali tidak!!
Aku mahu ia kembali pasang
Dengan kilauan pada biru laut oleh sang mentari
Seperti cahaya baru menerpa pagi

Begitulah!!

Aku perlu bangkit
Menongkah arus ujian hidup
Melaung gema kalimah Allah
Menyeru bersama Ad-Da'i
Menuju ke arah satu hala
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah

Aku perlu berhijrah
Tiada perubahan tanpa hijrah
Sia-sia hidup tanpa hijrah
Bukankah kelak kita juga akan ber'hijrah'?


Alangkah!!

beruntunglah kepada mereka yg terdidik dlm bi'ah solehah, ada penerusan tarbiyah melalui usrah, bergerak dalam aktiviti dakwah...

Namun, golongan ini perlu sedar bahawa semakin lama mengecap kehidupan dlm suasana ini, sepatutnya semakin bertambah kekuatan walaupun kadangkala iman ada turun naiknya

Bukannya, kehidupan yg seperti itu dijadikan seperti 'bonus' yg tidak dikira..

Sepatutnya, golongan ini bisa mengukur imannya, sama ada diri semakin dekat dgn Allah atau semakin hanyut dr Allah!!(Na'uzubillah)

Itulah ujian yg harus dihadapi...

Untuk mengamalkan apa yg telah kita ketahui!!


>>Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg dirahmatiNya<<


Wallahua'lam..

~Jalan Dakwah~

Salamun 'alaikum...

Perjalanan hidup saya hari ini agak padat...
Tapi, antara pengisian hari ini yg membuatkan saya terfikir panjang ialah......
LAWATAN SAYA BERSAMA MY BEST FRIEND KE SEKOLAH LAMA

Konklusinya, sangat banyak perubahan setelah 2tahun tidak menjejakkan kaki
...PENTADBIRAN ATASAN (sama sekali berubah)...BANGUNAN (makin cantik)...GURU-GURU (bilangan yg berubah)...dan pastinya PELAJAR...

Sungguh saya kagum!! Sangat kagum!! Tarbiyah di sana semakin mantap dan ada penerusan.

Dan bertambah kagum, apabila saya mengetahui bahawa sistem pentarbiyahan ini adalah inisiatif mereka sendiri. Bukan paksaan tapi atas kesedaran dalam diri mereka. Lebih kagum lagi, pembimbing mereka juga dari golongan pelajar seperti kita.

Sungguh hebat!! Remaja dan belia sebeginilah yg sewajarnya menjadi pelapis bg tampuk pimpinan di masa akan datang.

Bukankah sering kita dengar, "Kekuatan sesebuah negara itu boleh dilihat melalui golongan muda".

YA!! Siapa lagi jika bukan kita? Yang akan menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.

Suka untuk saya kongsikan lagu ini (tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang dalam kepala saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah yg saya kagumi)

JALAN DAKWAH - ALARM ME
(lyrics by ABU 'URWAH)
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
*this song is dedicated to du'at.
"Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan mereka yg menegakkan agamaMu"
JALAN DAKWAH IALAH JALAN AWAL YG SUKAR MENUJU JALAN AKHIR YG SENANG

~Erm...~

Salamun 'alaikum...

Jika di Jepun, sebuah perisian bagi telefon bimbit untuk mengesan tandas awam di sana telah dicipta

Jika di Malaysia (saya x pasti negara apa lagi), sesiapa sahaja boleh men'download' perisian untuk mengenalpasti kedudukan KFC yg terdekat

------------------------------------------------------------

Saya terfikir~

Bagaimana kalau sesebuah pihak mencipta pula mosque or surau tracer di Malaysia.

Wallahu a'lam

~Perjuangan Yg Tidak Bermusim~

Salamun 'alaikum~

Ya, akhirnya setelah saya ke TOPS untuk mempersiapkan diri dgn ilmu-ilmu ttg Palestin, Zionis Israel supaya perjuangan saya boleh dinaiktaraf ke satu lagi anak tangga, iaitu utk menyebarkan ttg ilmu itu, dan membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kekejaman Zionis Israel...



Alhamdulillah, hari ini saya dpt membakar lagi semangat saya untuk berjihad bersama org-org Palestin dengan menghadiri KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS (rugi siapa yg tak pergi..PERCAYALAH!!) biarpun tidak mengorbankan nyawa tp cukuplah dgn apa yg saya ada dan apa yg saya mampu.

Konvensyen ini me'muhasabah'kan kembali diri saya tentang 'APA YG TELAH SAYA LAKUKAN UTK PALESTIN, atau dengan kata lain, UTK ISLAM??'


Dan sehingga kini, di bawah ialah apa yg termampu saya lakukan...




1) BOIKOT SEBOIKOT-BOIKOTNYA!! .
Jujurnya, saya bukan sahaja memboikot barangan yg terang-terangan produk Israel, bahkan saya mengelakkan diri dan keluarga saya dari membeli yg 'sembunyi-sembunyian'.
Contohnya, saya tidak memesan minuman berasaskan susu di warung-warung kerana kebanyakan kedai menggunakan susu pekat jenama F&N, iaitu sebuah produk Israel.






Teh+susu= teh susu


Saya musykil susu pekat yg digunakan ialah F&N (F&N is common brand)



Dan...jgn lupa untuk mengenalpasti produk asal brgn yg dibeli.. cthnya, Tertera brand F&N yg sgt kecil di pembalut 100 plus..BERHATI_HATI!!

Sebenarnya, SAYA TIDAK MAHU MEMBUNUH MANUSIA APALAGI SAUDARA SENDIRI!!


2) BLOGGING...
Saya cuba menggunakan jaringan internet untuk menyemarakkan semangat jihad diri dan sahabat-sahabat lain...
(Saya masih tidak menggunakan peluang ini sebaik mungkin lagi)



3) MENDERMA...
Bukanlah tujuan saya untuk meuar-uarkan kegiatan menderma saya. Tp, saya merasakan ini adalah satu kewajipan. Sekurang-kurangnya, derma ini dapat menutup kembali nilai-nilai peluru yg kita tempah sebelum ini ketika di zaman kejahilan untuk membunuh saudara kita.

Dan melalui ekonomi, adalah antara cara utama membantu saudara kita.




ADAKAH ANDA SUDAH MENDERMA??



4) MENYUMBANG MASA DAN TENAGA
Alhamdulillah saya dipilih oleh Allah untuk membantu Palestin melalui aktiviti ke'sukarelawan'an saya ketika di KLIBF '09 dgn memberi brochure-brochure ttg Zionis dan Palestin. (syukran JIMedia)Hakik
atnya, bukanlah secara kebetulan saya melibatkan diri. Tapi, saya yg berusaha mencari peluang itu.


"Jangan ditunggu PELUANG, carilah PELUANG"



5) AMBIL TAHU
Banyak juga buku ttg konflik Palestin-Israel yg saya cuba untuk menela'ah. Semuanya bukan hanya sekadar untuk diisi dalam kepala saya, tapi untuk disebarkan. InsyaAllah
Semangat saya naik dan turun (..tp saya tak mahu semakin menurun). Apalagi, dengan jaringan internet yg berada di hujung jari ni, saya sentiasa peka dgn konvensyen-konvensyen yg diadakan untuk membakar lagi jiwa yg sedang terbakar ini.


6) BERDOA...
Berdoalah untuk keselamatan mereka!!
Berdoalah agar Allah memberi kekuatan iman, akal dan fizikal serta kesepaduan kepada org Islam!!
Berdoalah supaya kita digolong dalam golongan mujahidin!!
Berdoalah supaya mereka yg diluar sana diberi kesedaran!!
Berdoalah supaya kita dipilih oleh Allah untuk menjadi org yg menegakkan kembali kalimah Allah!!
BERDOALAH!! BERDOALAH!! BERDOALAH!!




Namun, doa sahaja tidak memadai. Do something!!

-----------------------------------------------------------

Ah, cukuplah setakat ini hari ini. Teringat pula kata Imam Hasan Al-Banna


"Sekarang ini bukan lagi untuk kita berkata-kata... Tapi masa untuk kita bekerja"

-----------------------------------------------------------

Izinkan saya untuk berkongsi sebuah cerita yg baru berkisar siang tadi (Pendek sahaja ceritanya) sbg epilog kali ini.


Saya amat terkejut apabila minuman yg disajikan ialah NESCAFE iaitu salah satu produk Israel. Sdgkan konvensyen ini ialah 'against Zionist Israel'. (jgn salah faham, bukannya pihak penganjur yg sediakan, tp ada pihak lain yg sponsor)

dari sini, saya tersedar kembali bahawa -tidak semua msyrkt tahu, faham dan sedar- mengenai apa yg berlaku...

MUNGKIN MEREKA BUKAN TAK MAHU, TAPI TAK TAHU!

Jadi dengan apa yg saya mampu lakukan, saya sedar yg saya tidak boleh hanya mampu setakat itu dan saya perlu meningkatkan kemampuan diri!!!

Justeru, sSaya (bukan sahaja saya, tapi anda juga) perlu merangka satu planning yg berterusan yg akan membuatkan masyarakat (at least, jiran-jiran saya, kawan-kawan saya) menyedari akan hakikat yg sebenarnya.

Ya, saya pasti sekarang semakin ramai mereka yg sedar dan menyedarkan org lain (teruskan perjuangan itu). PASTINYA, SAYA MAHU TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI.

Jadi, tanya diri anda,

APA YG TELAH SAYA LAKUKAN??

APA YG SAYA BOLEH LAKUKAN??

APA YG AKAN SAYA LAKUKAN??

dan

APA YG SAYA AKAN JAWAB APABILA DITANYA DI AKHIRAT NANTI??





AYYUHAL MUSLIMIN, BANGKITLAH BERSAMA-SAMA!!



(semoga ALLAH memberi hidayah kepada saya dan pembaca..AMIIN)

Jazakillah~

Agama dan Adat

Salamun 'alaikum...

Manusia cukup kaya dgn adat dan cukup mementingkan adat. Sehinggakan ada juga adat yg bertentangan dengan agama. Walaupun pada hakikatnya, Islam itu syumul dan ini bermakna biarpun sesuatu itu sudah menjadi kebiasaan atau adat, perkara tersebut tetap tertakluk kepada syari'at-syari'at yg digariskan.

Sebenarnya, post saya kali ini adalah untuk berkongsi cerita. Sudilah baca...mungkin ada manfaatnya...bukan mungkin, memang ada manfaat pun!!

Pada 6 Mei 2009 (kalau tak silap saya), seperti biasa lepas maghrib ayah saya akan memberi sedikit tazkirah... sekarang ni pembacaan buku Keperibadian Muslim 2..oleh Ali Hasyimi.
Tajuk untuk hari itu, 'Melakukan kebiasaan yang bertepatan dgn ajaran Islam'

Jadi, pengupasan tajuk ini mengingatkan saya kembali tentang perkara-perkara yg menjadi adat tp diharamkan dalam Islam...
contohnya, menggunakan pinggan emas dan perak (mungkin institusi raja negara ini tidak menggunakan pinggan atau cawan emas dan perak),
lelaki tidak boleh memakai sutera, perhiasan emas dan perak,

dan ada juga yg tidaklah diharamkan tapi makruh melakukannya seperti
menggunakan pinggan yg telah sompek

Sebenarnya saya terfikir apa rasional-rasional ianya diharamkan...

Jikalau arak diharamkan kerana memabukkan,
Babi diharamkan kerana mendatangkan banyak penyakit..(tokoh-tokoh perubatan Cina sendiri yg memberi pernyataan ini..""Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”)
Jadi, yg lain-lain itu, apa rasional diharamkan atau dimakruhkan?? Bukankah setiap apa yg diharamkan oleh Allah ada sebabnya.

Kemudian, saya menyuarakan kehairanan saya pada ayah saya..

Ini jawapan ayah saya,
"Ya, memang ada sebabnya. Dan tak semua sebab telah kita jumpa. Seperti juga pada zaman sahabat. Mereka tidak tahu mengapa adanya pengharaman tersebut. Dan, manusai pd zaman ini yg jumpa sebabnya. So, kita carilah kenapa pengharaman yg lain-lain tu."

Memang betul pon. So, saintis-saintis Islam sekalian, jom kita cari kenapa perkara-perkara yg masih kita tak tahu kenapa diharamkan...

Semoga dengan ini, kita dapat menyedarkan mereka yg masih lagi tak sedar bahawa ISLAM is THE BAST WAY of LIFE!!

Syukran, abah!!

~we are the leaders of tomorrow~

ARRUHUL JADID
Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia


Wahai ikhwan!! Wahai akhawat!! Marilah sama-sama kita bersatu padu, berpadu tenaga menegakkan kalimah ALLAH...SIAPA LAGI JIKA BUKAN KITA??

Belajar utk apa??

Assalamualaikum w.b.t...

[Ada antara isi post saya kali ini ialah apa yg saya dpt dari Kem Ekspresi Remaja Ambang IPT]

Saya teringat ketika di zaman persekolahan dahulu, saya sering mendengar persoalan ini ditanya..

"Kenapa kamu belajar?"

Dan ini antara jawapan yg kerapkali saya dengar

"Saya belajar sebab saya nk kerja hebat besar nanti"
"Sebab kos hidup tinggi di masa akan datang nanti tinggi, so kena belajar"
"Sebab saya nak balas jasa mak ayah saya"

Dan paling kerap saya dengar ialah

"Saya nak mencari redha Allah"

Ya, pastinya kita belajar kerana untuk mencari redha Allah. Bahkan, bukan sahaja belajar, malahan setiap apa yg kita lakukan, bermain, kerja, membaca, tujuan asasnya ialah untuk mencari redhaNya. (Ya Allah, peringatkanlah kami sentiasa).
Namun begitu, saya pasti niat itu tidak akan kukuh dalam hati (mengikut pengalaman saya dan survey saya). Niat tersebut pasti cepat sahaja terbang melayang. Jadi, saya terfikir niat ini perlu disokong dengan niat lain atau tujuan lain. Saya juga terfikir bagaimana dengan belajar saya akan memperoleh redha Allah..

Setelah pencarian, saya akhirnya berpegang dengan kata-kata ini,

"Aku belajar supaya aku berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan, supaya aku menjadi orang yg berilmu. Kelak, aku boleh berdakwah kpd masyarakat kerana mereka tidak mendengar kata-kata org yg tidak berilmu. Dan dgn ini aku boleh mendapatkan redhaNya."

Akhirnya, saya temui niat yang kukuh kenapa saya belajar.

Sebenarnya, bukan itu sahaja. Belajarlah supaya kita dapat menyumbang untuk Ummah. Lebih-lebih lagi masyarakat Islam amat memerlukan golongan profesional yg membantu negara (pada hakikatnya kita amat perlu, tapi ramai yg tenggelam dgn mainan dunia sehingga tidak menyedari akan hakikat ini. Na'uzubillah). Bukannya golongan 'white collar criminal' iaitu golongan profesional yg menyumbang kpd negara dan mereka jugalah yg menyumbang kpd jenayah dan keruntuhan moral dalam negara.
Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti apa yg dikatakan oleh Robert Samuelson "America's glories and evils are tightly together"

Menyentuh tentang sumbangan untuk Ummah, saya terfikir bahawa andainya pembangunan dan penguasaan negara kita dipelopori oleh golongan bukan Islam, saya pasti inilah apa yg dimahukan oleh puak Zionis Israel khususnya iaitu ketidakwujudan manusia yang betul-betul Islam dalam hatinya di dunia ini. Lihat saja pada agenda-agenda tersembunyi mereka yg memusnahkan keislaman masyarakat Islam biarpun masih beragama Islam. Hiburan contohnya, yg begitu merosakkan pemikiran manusia pada zaman ini dengan adanya media-media yg menyalurkan rancangan yg mengajar kita untuk mengejar populariti, bukannya mengejar intelektualiti atau spiritualiti.
Saya pasti gejala-gejala parah ini akan dapat ditapis seandainya muncul mereka yg 'concern' untuk membantu Ummah. Konklusinya, negara kita tidak hanya memerlukan golongan yg dipanggil Ustaz untuk meng'Islam'kan kembali negara ini dgn Islam yg sebenar, namun kita memerlukan golongan profesional+ustaz = 'prostaz'.

Pernah saya terbaca dari buku 'Bila Tuhan Berbicara' karya Faisal Tehrani,
"Saintis juga adalah ulama. sains itu adalah takwil atau pencarian dan penemuan makna tersembunyi kepada Tuhan. Tetapi takwil itu mestilah bersandarkan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Takwil tidak boleh bercanggah dgn makna yg jelas."

Nah, Sains juga boleh mendekatkan diri dgn Allah. Bukankah ini salah satu cara utk mendapat redhaNya. (Ingin sekali saya menjadi seperti ahli falsafah Islam zaman dahulu yg mampu mengaitkan sains dan Al-Quran serta As-Sunnah.)

Hakikatnya, belajar dan bekerja juga merupakan satu wasilah untuk kita memperjuangkan Islam. Islam bukanlah hanya mementingkan akhirat semata-mata. Tapi, Islam mengajak penganutnya memperjuangkan agama yg satu-satunya diiktiraf di akhirat nanti ketika di dunia.

Firman Allah, "Kejarlah akhirat tanpa melupakan dunia" (28:77)

P/S: Isi saya masih lagi tidak mantap. Saya perlu lebih banyak menuntut ilmu. Sebarang penambahan amat dialu-alukan.

Meh ramai-ramai kita pergi!!

Assalamualaikum..... buat sahabat seperjuangan

Bak kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi, petikan dr Al-Quds Masalah Kita Bersama

"Kami ingin menegur org-org yg lalai, membangunkan orang-orang yg tidur, mengingatkan orang-orang yg lupa, memberi semangat kpd org-org yg takut, mengukuhkan org-org yg ragu, menyingkap org-org yg berkhianat, dan mendukung sepenuh hati pada para yg mujahidin fi sabilillah yang pantang menyerah dan tidak ingin hidup terhina. Bahkan mereka berkeras untuk hidup dalam kemuliaan atau lebih baik mati sebagai syahid"





For further information...visit www.kbaz.net. Jap2, nak pegi nih kne daftar tau!!
Wassalam...