Agama dan Adat

Salamun 'alaikum...

Manusia cukup kaya dgn adat dan cukup mementingkan adat. Sehinggakan ada juga adat yg bertentangan dengan agama. Walaupun pada hakikatnya, Islam itu syumul dan ini bermakna biarpun sesuatu itu sudah menjadi kebiasaan atau adat, perkara tersebut tetap tertakluk kepada syari'at-syari'at yg digariskan.

Sebenarnya, post saya kali ini adalah untuk berkongsi cerita. Sudilah baca...mungkin ada manfaatnya...bukan mungkin, memang ada manfaat pun!!

Pada 6 Mei 2009 (kalau tak silap saya), seperti biasa lepas maghrib ayah saya akan memberi sedikit tazkirah... sekarang ni pembacaan buku Keperibadian Muslim 2..oleh Ali Hasyimi.
Tajuk untuk hari itu, 'Melakukan kebiasaan yang bertepatan dgn ajaran Islam'

Jadi, pengupasan tajuk ini mengingatkan saya kembali tentang perkara-perkara yg menjadi adat tp diharamkan dalam Islam...
contohnya, menggunakan pinggan emas dan perak (mungkin institusi raja negara ini tidak menggunakan pinggan atau cawan emas dan perak),
lelaki tidak boleh memakai sutera, perhiasan emas dan perak,

dan ada juga yg tidaklah diharamkan tapi makruh melakukannya seperti
menggunakan pinggan yg telah sompek

Sebenarnya saya terfikir apa rasional-rasional ianya diharamkan...

Jikalau arak diharamkan kerana memabukkan,
Babi diharamkan kerana mendatangkan banyak penyakit..(tokoh-tokoh perubatan Cina sendiri yg memberi pernyataan ini..""Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya.”)
Jadi, yg lain-lain itu, apa rasional diharamkan atau dimakruhkan?? Bukankah setiap apa yg diharamkan oleh Allah ada sebabnya.

Kemudian, saya menyuarakan kehairanan saya pada ayah saya..

Ini jawapan ayah saya,
"Ya, memang ada sebabnya. Dan tak semua sebab telah kita jumpa. Seperti juga pada zaman sahabat. Mereka tidak tahu mengapa adanya pengharaman tersebut. Dan, manusai pd zaman ini yg jumpa sebabnya. So, kita carilah kenapa pengharaman yg lain-lain tu."

Memang betul pon. So, saintis-saintis Islam sekalian, jom kita cari kenapa perkara-perkara yg masih kita tak tahu kenapa diharamkan...

Semoga dengan ini, kita dapat menyedarkan mereka yg masih lagi tak sedar bahawa ISLAM is THE BAST WAY of LIFE!!

Syukran, abah!!

0 comments: