Belajar utk apa??

Assalamualaikum w.b.t...

[Ada antara isi post saya kali ini ialah apa yg saya dpt dari Kem Ekspresi Remaja Ambang IPT]

Saya teringat ketika di zaman persekolahan dahulu, saya sering mendengar persoalan ini ditanya..

"Kenapa kamu belajar?"

Dan ini antara jawapan yg kerapkali saya dengar

"Saya belajar sebab saya nk kerja hebat besar nanti"
"Sebab kos hidup tinggi di masa akan datang nanti tinggi, so kena belajar"
"Sebab saya nak balas jasa mak ayah saya"

Dan paling kerap saya dengar ialah

"Saya nak mencari redha Allah"

Ya, pastinya kita belajar kerana untuk mencari redha Allah. Bahkan, bukan sahaja belajar, malahan setiap apa yg kita lakukan, bermain, kerja, membaca, tujuan asasnya ialah untuk mencari redhaNya. (Ya Allah, peringatkanlah kami sentiasa).
Namun begitu, saya pasti niat itu tidak akan kukuh dalam hati (mengikut pengalaman saya dan survey saya). Niat tersebut pasti cepat sahaja terbang melayang. Jadi, saya terfikir niat ini perlu disokong dengan niat lain atau tujuan lain. Saya juga terfikir bagaimana dengan belajar saya akan memperoleh redha Allah..

Setelah pencarian, saya akhirnya berpegang dengan kata-kata ini,

"Aku belajar supaya aku berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan, supaya aku menjadi orang yg berilmu. Kelak, aku boleh berdakwah kpd masyarakat kerana mereka tidak mendengar kata-kata org yg tidak berilmu. Dan dgn ini aku boleh mendapatkan redhaNya."

Akhirnya, saya temui niat yang kukuh kenapa saya belajar.

Sebenarnya, bukan itu sahaja. Belajarlah supaya kita dapat menyumbang untuk Ummah. Lebih-lebih lagi masyarakat Islam amat memerlukan golongan profesional yg membantu negara (pada hakikatnya kita amat perlu, tapi ramai yg tenggelam dgn mainan dunia sehingga tidak menyedari akan hakikat ini. Na'uzubillah). Bukannya golongan 'white collar criminal' iaitu golongan profesional yg menyumbang kpd negara dan mereka jugalah yg menyumbang kpd jenayah dan keruntuhan moral dalam negara.
Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti apa yg dikatakan oleh Robert Samuelson "America's glories and evils are tightly together"

Menyentuh tentang sumbangan untuk Ummah, saya terfikir bahawa andainya pembangunan dan penguasaan negara kita dipelopori oleh golongan bukan Islam, saya pasti inilah apa yg dimahukan oleh puak Zionis Israel khususnya iaitu ketidakwujudan manusia yang betul-betul Islam dalam hatinya di dunia ini. Lihat saja pada agenda-agenda tersembunyi mereka yg memusnahkan keislaman masyarakat Islam biarpun masih beragama Islam. Hiburan contohnya, yg begitu merosakkan pemikiran manusia pada zaman ini dengan adanya media-media yg menyalurkan rancangan yg mengajar kita untuk mengejar populariti, bukannya mengejar intelektualiti atau spiritualiti.
Saya pasti gejala-gejala parah ini akan dapat ditapis seandainya muncul mereka yg 'concern' untuk membantu Ummah. Konklusinya, negara kita tidak hanya memerlukan golongan yg dipanggil Ustaz untuk meng'Islam'kan kembali negara ini dgn Islam yg sebenar, namun kita memerlukan golongan profesional+ustaz = 'prostaz'.

Pernah saya terbaca dari buku 'Bila Tuhan Berbicara' karya Faisal Tehrani,
"Saintis juga adalah ulama. sains itu adalah takwil atau pencarian dan penemuan makna tersembunyi kepada Tuhan. Tetapi takwil itu mestilah bersandarkan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Takwil tidak boleh bercanggah dgn makna yg jelas."

Nah, Sains juga boleh mendekatkan diri dgn Allah. Bukankah ini salah satu cara utk mendapat redhaNya. (Ingin sekali saya menjadi seperti ahli falsafah Islam zaman dahulu yg mampu mengaitkan sains dan Al-Quran serta As-Sunnah.)

Hakikatnya, belajar dan bekerja juga merupakan satu wasilah untuk kita memperjuangkan Islam. Islam bukanlah hanya mementingkan akhirat semata-mata. Tapi, Islam mengajak penganutnya memperjuangkan agama yg satu-satunya diiktiraf di akhirat nanti ketika di dunia.

Firman Allah, "Kejarlah akhirat tanpa melupakan dunia" (28:77)

P/S: Isi saya masih lagi tidak mantap. Saya perlu lebih banyak menuntut ilmu. Sebarang penambahan amat dialu-alukan.

1 comments:



nur nailah said...

alhamdulillah...
islam itu syumul-merangkumi setiap aspek kehidupan
jd, segala pekerjaan/perbuatan yg dilakukan pastikn niat itu di landasan yg btol, lillahi ta'ala
klai Allah sntiasa di ingatan, pasti kemungkaran x akn brlaku,kn?