~ HIJRAH ~


Assalamu'alaikum w.b.t

Dalam pencarian erti sebenar hidup ini...

Aku tahu aku perlu sentiasa berhijrah...

Kerana tahun juga berhijrah...

Bulan juga berhijrah...

Hari juga berhijrah...

Masa juga berhijrah...

Jadi, aku tak mahu ketinggalan sama...

Pilihan terletak di tanganku...

Ditinggalkan di belakang?...

Atau berhijrah sama?...


Dari halaqah usrah
Dari tarbiyah jiwa
Dalam pautan ukhuwah
Dalam bi'ah solehah
Di atas jalan dakwah
Di atas ikrar ar-ruh pada Allah!!

Aku harus perbaiki diri
Imanku harus diperbaharui
Dosaku sendiri perlu kujejaki
Aku harus tingkatkan ketaqwaan diri
Aku perlu tabahkan hati
Aku perlu ingatkan nafsi

Bahawa...

Untuk apa halaqah andai diri semakin leka
Untuk apa tarbiyah andai jiwa ini kian lemah
Apa gunanya ukhuwah andai diri ini sering lupa
Apa gunanya bi'ah andai iman ini kian parah
Dakwah pada diri semakin pudar
Kerana lupa pada ikrar ar-ruh pada Tuhan Yang Maha Esa
Allahu Rabbi

Ya!!

Aku tahu! Semestinya aku tahu!
Aku ini bukan malaikat
Bukan juga para nabi
Tidak juga para wali

Imanku ada pasang surutnya
Tapi surutnya tidak boleh dibiarkan lama
Sama sekali tidak!!
Aku mahu ia kembali pasang
Dengan kilauan pada biru laut oleh sang mentari
Seperti cahaya baru menerpa pagi

Begitulah!!

Aku perlu bangkit
Menongkah arus ujian hidup
Melaung gema kalimah Allah
Menyeru bersama Ad-Da'i
Menuju ke arah satu hala
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah

Aku perlu berhijrah
Tiada perubahan tanpa hijrah
Sia-sia hidup tanpa hijrah
Bukankah kelak kita juga akan ber'hijrah'?


Alangkah!!

beruntunglah kepada mereka yg terdidik dlm bi'ah solehah, ada penerusan tarbiyah melalui usrah, bergerak dalam aktiviti dakwah...

Namun, golongan ini perlu sedar bahawa semakin lama mengecap kehidupan dlm suasana ini, sepatutnya semakin bertambah kekuatan walaupun kadangkala iman ada turun naiknya

Bukannya, kehidupan yg seperti itu dijadikan seperti 'bonus' yg tidak dikira..

Sepatutnya, golongan ini bisa mengukur imannya, sama ada diri semakin dekat dgn Allah atau semakin hanyut dr Allah!!(Na'uzubillah)

Itulah ujian yg harus dihadapi...

Untuk mengamalkan apa yg telah kita ketahui!!


>>Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg dirahmatiNya<<


Wallahua'lam..

2 comments:



nur nailah said...

bak kata murabbiah ana, yg pntg adalah amal. BERBUATLAH...! itu kata2nya yg tanpa jemu diulang... alhamdulillah,nice post! ^-^

.n.a.k. said...

Alhamdulillah...
Semoga Allah beri kekuatan kpd kita sumer