~Jalan Dakwah~

Salamun 'alaikum...

Perjalanan hidup saya hari ini agak padat...
Tapi, antara pengisian hari ini yg membuatkan saya terfikir panjang ialah......
LAWATAN SAYA BERSAMA MY BEST FRIEND KE SEKOLAH LAMA

Konklusinya, sangat banyak perubahan setelah 2tahun tidak menjejakkan kaki
...PENTADBIRAN ATASAN (sama sekali berubah)...BANGUNAN (makin cantik)...GURU-GURU (bilangan yg berubah)...dan pastinya PELAJAR...

Sungguh saya kagum!! Sangat kagum!! Tarbiyah di sana semakin mantap dan ada penerusan.

Dan bertambah kagum, apabila saya mengetahui bahawa sistem pentarbiyahan ini adalah inisiatif mereka sendiri. Bukan paksaan tapi atas kesedaran dalam diri mereka. Lebih kagum lagi, pembimbing mereka juga dari golongan pelajar seperti kita.

Sungguh hebat!! Remaja dan belia sebeginilah yg sewajarnya menjadi pelapis bg tampuk pimpinan di masa akan datang.

Bukankah sering kita dengar, "Kekuatan sesebuah negara itu boleh dilihat melalui golongan muda".

YA!! Siapa lagi jika bukan kita? Yang akan menaikkan kembali nama Islam di mata dunia.

Suka untuk saya kongsikan lagu ini (tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang dalam kepala saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah yg saya kagumi)

JALAN DAKWAH - ALARM ME
(lyrics by ABU 'URWAH)
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
*this song is dedicated to du'at.
"Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan mereka yg menegakkan agamaMu"
JALAN DAKWAH IALAH JALAN AWAL YG SUKAR MENUJU JALAN AKHIR YG SENANG

4 comments:



aqeelah said...

smoga allah sentiasa memberkati hamba-Nya ini

.n.a.k. said...

semoga Allah memberkati kita semua..
AMIN

nur nailah said...

Alhamdulillah
doakn kami semua warga smkakl thabat fi sabilillah ^_^ insyaAllah

.n.a.k. said...

InsyaAllah
kita semua doa sama-sama
kekuatan itu dr Allah