Assalamu'alaikum
Tarikh : 22 Jumadal Ula 1430H / 15 Mei 2009
Hari : Sabtu / Jumaat
Masa : Yg pasti selepas maghrib...secara tepatnya..rahsia!!
Tempat : Depan rumah sahabat lama, Nur Hanisah Omar
Agenda : 'Meeting' ttg kehidupan yg telah, sedang dan akan dijalani
Panel : Farah
Ilani Amirah
Nur Hanisah
Nadhirah
Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak bertemu (walaupun kami dalam satu lorong), akhirnya Allah pertemukan kami, sahabat-sahabat sepermainan yg setelah masuk ke sekolah menengah membawa diri msing-masing.
Sebenarnya, sayalah yg dtg paling lambat sekali ke 'meeting yg ditakdirkan' tersebut. Sungguh saya terkejut apabila mendapati rupanya meeting itu rupanya buat kali pertama. Saya sangkakan saya telah terlepas bnyk meeting sebelum ini. Allah Maha Merancang. Dia Yg mentakdirkan ukhuwah kami berkekalan, terbina semula...
Dari 'meeting' ini, bnyk juga yg saya dpt... Kami mula menyedari bahawa jiran yg hanya selang beberapa buah rumah tidak kami kenali. Ada antara kami yg tidak pernah bertegur sapa. Malah ada juga yg tidak menyedari kewujudan jiran selorong. Saya tidak mengatakan siapa-siapa. Mungkin saya. Mungkin juga mereka.
Hmm.. mungkin agak kelakar. Namun, jika difikir perkara yg disebaliknya, situasi-situasi seperti inilah yg dimahukan 'kafirin' dan 'musyrikin'. Iaitu, tika umat Islam tidak bersatu. Tidak mempedulikan antara satu sama lain. Tidak mempunyai rasa kasih sayang antara saudara seagama. Tidak ada penyatuan. Jika tiada penyatuan, tiadalah kekuatan. Sungguh!! Ramai antara kita yg berjaya dipecah belahkan.
Tak hairanlah ramai yg tidak mahu mengambil tahu ttg saudara kita nun jauh di sana yg sdg berperang dgn musuh kita. Sedangkan di sini, ramai juga yg tidak mengambil tahu. Mungkin, dasar sekarang ini yg menggunakan konsep 'jgn jaga tepi kain org'
Oh, teringat pula ketika ayah saya memberi tazkirah mengenai hidup bermasyarakat...
~BUKANKAH SAUDARA SEISLAM ITU BERSAUDARA...DAN BUKANKAH ISLAM ITU PENYATUAN~
2 comments:
yup! islam itu penyatuan. org mukmin itu bersaudara ye...
kenalilah erti ukhuwah yg sebenarnya..bukan hanya teman ktk suka..tmpt meluah ktk duka...tp sahabat adalh amanah dan anugerah
Post a Comment